Tuesday 25 October 2011

Sedia! 1,2, go!!!!

Yieha!! Hari yang ditunggu2 telah tiba... Hari ni last day saya bertugas di Wisma Sime Darby.. Esok kontraktor angkat segala barang kat ofis ni, & lusa mula la beroperasi di Bangunan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Presint 4, Putrajaya! Can't wait!!

Segalanya hampir selesai dikemas.. Saya tak mampu la nak tolong banyak sangat, tolong mana2 yang patut je sebab keadaan tidak mengizinkan untukku angkat benda2 berat! Ampun ye kawan2... 

Barang sendiri settle, 1 kotak je.. Tu pun yg personal sangat saya dah masuk dalam kereta.. Harap2 segalanya selamat & takde la apa2 hilang.. Sebabnya, semua benda saya dah letak nama! Kalau hilang jugak tak taulah Hahahah..

Monitor siap!

CPU & booster siap!

Keyboard juga siap!

Mouse yang cinonet ni pun ada nama! :)

Jangan hilang ye sayang2 semua... Saya masih memerlukan kamu!! Jap lagi komputer akan dicabut & dihantar ke Putrajaya.. Apa nak buat ntah kalau takde PC? Ntah!

Monday 24 October 2011

Zarra's new toy!

Syukur, dapat membuatkan si kecil Zarra happy.. Dah lama dah dia mintak nak 'tital' atau basikal dalam bahasa orang tua! Ntah mana dia tau benda alah tu bernama basikal.. Kat Putrajaya tu ramai pulak orang naik basikal, sana sini dia nampak orang kayuh basikal & tiap kali tu jugakla dia tak pernah give up cakap "Mummy, Arra nak tital!" 

Semalam, berdua je dengan dia, saya bawak dia gi beli basikal.. 

Mula2 pergi kedai basikal betul2 punya, tapi tak banyak choice! Saya tak suka sangat pergi tempat yang limited choice ni, nak beli pun macam sebab dah terpaksa sebab tak payah pilihan.. So terus ke KL, tempat wholesale barang permainan kanak2! Ha hambek, puas hati sampai rambang mata nak pilih! Zarra sendiri pun sampai rambang mata, siap last2 cakap tak nak pulak! Hahahaha...

 Macam masuk syurga mainan! Basikal display kat belakang sekali tu!

Nak motor la, nak kereta la, lupa jap pasal tital dia..Rambang mata betul dia!

 Ok dah pilih! Tunggu 'atel' tu tukar tiub tital dia jap!

Ok never give up nampaknya, sampai gini la gaya dia!

Happy sangat dia! Tital masuk bonet, kejap2 dia pandang belakang nak tengok tital dia.. 

Lepas tu, tiba2 saya dapat idea nak bawak dia gi main tital dia kat taman.. So taman yang paling dekat -- Taman Tasik Titiwangsa! Masa tu dah kul 6pm! Orang pun ramai, tapi tak kisah la, janji dapat bawak Zarra main.. Alhamdulillah, parking pun senang dapat, rezeki masa tu ngam2 ada orang keluar dr lot parking dia...

Apa lagi makcik kecik tu, turun je kereta, terus naik tital... Walaupun tak pandai kayuh, gigih gak ni nak naik tital! Mummy la yang tolak, apa lagi! Peluh!



Minum susu pun atas tital ni!
 
Dah pukul 7pm, kena pujuk ajak balik..Kalau ikut dia, memang tak nak balik la.. Happy je dia! Tu yang penting, sebab rezeki yang Mummy ada pun untuk happykan Zarra! Tido pun siap ngigau2 nak tital! Hahahah... 

Zarra, andai satu hari nanti Zarra baca blog ni, Mummy nak Zarra tau, apa je yang Zarra mintak Mummy akan usahakan, asalkan anak Mummy happy! Apa yang Mummy nak, dah besar nanti Zarra jangan lupa jasa Mummy & Abah ye sayang... Belajar rajin2 untuk masa depan Zarra! Walau susah macam mana pun, Mummy akan usahakan apa saja, asalkan Zarra happy! (Mood masa tulis tengah jiwang & happy sebab tak pernah tengok Zarra sehappy semalam!)

Friday 21 October 2011

Dappppp eeerrrrr.....

Sejak dua menjak ni, I'm addicted to this 1 kind of bread.. Nak kata roti pun tidak, nak kata apa ek? Nama dia prata. Ni kawan saya (Yanoor) punya pasal gi introduce menda alah ni kat saya.. Dah tu sebagai ibu mengandung, terus jadi over dan rasa mcm nak makan hari2.. Mati la kalau makan hari2, bukan sebab mahal pun, tp sebab susah sikit nak dapat benda ni... Ada few places je yg jual benda ni...

Ni la dia benda alah tu.. Hot & roll prata..

Buat masa ni (baru 2 kali) saya gi beli kat Sogo..Lepas ni dah pindah ofis harus dah payah nak beli prata ni..Paling dekat dengan rumah ada kat The Mines & IOI Mall Puchong..

Sedapnya prata ni.. Harga RM3.90. Dalamnya ada inti, ikut la kita pilih apa.. So far saya dah rasa 3 flavor, Chicken Cheese, BBQ Chicken & Blackpepper Beef. Semuanya sedap2, makan lak masa tengah panas2! Perghhhh!!!

This is the actual size, tak besar mana pun, kalau tengah lapar2 makan benda ni je memang tak kenyang la! Hahaha...

Aduhai..dah rasa teringin lagi ni...helpppp!!!! Siapa nak cari kat mana outlet Hot & roll ni, check kat website ni >> www.hotandroll.com

Wednesday 19 October 2011

Mengidam ke mengada?

Dah mengidam pulak...Ke mengada2 sebenarnya?? Hehehe tak kisahlah, tapi saya bukan mengidam benda susah2 nak cari pun, bukan mengidam benda mahal pun.. Tau tak saya mengidam apa sekarang ni (sejak semalam)... Ni ha!


Siapa tau ni ikan apa? Rupa macam buruk kan, tapi rasa dia, perrgghhh memang terbaik dan menjadi igauan la.. Tak pasal2 saya mengidam ikan ni.. Nama dia ikan mayong! 

So, petang semalam saya ajak hubyy gi pasar malam Presint 2 semata-mata nak cari ikan mayong! Sebelum ni makan mama masak je, tak pernah beli or masak sendiri. Selalu kat rumah saya masak ikan kembung, ikan cencaru, ikan siakap, ikan bawal je.. Sangat tak variety kan! Sebenarnya saya tak kenal sangat ikan! Hahahaa... Gi pasar semalam pun tanya je org jual tu mana ikan mayong, suruh cari sendiri sungguh tak kenal ikan! Alhamdulillah rezeki ada, saya beli 4 slices ikan mayong, nk beli seekor besar sangat!

Jadinya, cita-cita petang ni nak masak asam pedas ikan mayong untuk memenuhi tekak sendiri! Bagus kan, sendiri mengidam, sendiri gi beli, sendiri masak! Hamek..Harap2 menjadi la kan! Cuba bayangkan.....


~~~~~~~~






~~~~~~~~





~~~~~~~~





MasyaAllah sedapnya!!!! Hampir meleleh dah air liur ni!

Happy Birthday Abang Kakak!

Abang kakak ni pasangan kembar, anak buah saya la (anak kakak hubby).. Diorang ni lahir sama tahun dengan Zarra, tapi Zarra lahir 1 September 2009, diorang lahir 16 Oktober 2009. Kira ni sepupu paling rapat dengan Zarra la..Asal hujung minggu je mesti gi 'lepak' dengan abang kakak!

Exactly on 16th Oktober tu, parents diorang buat birthday party kat McDonalds Bandar Tun Hussein Onn.. Tema -- merah & putih! So kitorang pakai je apa yang ada, janji kena dgn tema...


 Zarra & abang..

 Zarra & kakak..


 Main games la konon, sudahnya mak2 yang main sebab anak2 tak faham! Hahahah...





 Macam birthday Zarra lak, dia yang sibuk..


Happy 2nd birthday Abang Kakak.. Moga menjadi anak yang sihat, anak yang akan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa korang ek.. Mummy sayang both of u!

Nanti Zarra dah besar sikit, Mummy buat birthday party best2 untuk Zarra ye.. Sekarang ni buat pun Zarra bukan faham & tak pandai appreciate pun.. Heheheh...


Friday 14 October 2011

Nak pindah!!

Yay!! Ofis nak pindah dah... Pagi tadi saya sampai ofis dah nampak kotak kat meja.. Maknanya masanya hampir tiba!

Comel je kotaknya, tapi cukupla sbb barang saya tak banyak pun.. Masuk je semua barang yg perlu dibawa dalam ni, nanti movers angkut ke ofis baru!

Banyak ke barangku? Banyak ni je...

 Ni barang lepas setahun kerja, nasib baru setahun, kalau dah bertahun2, kena bawak lori sendiri rasanya! LOL! 

Tak sabarnya nak pindah ofis. Tarikh utk bahagianku berpindah pada 26 Oktober (Deepavali). So,  mulai 27 Oktober saya dah tak perlu datang KL dah... Start enjin kereta, 5 minit selepas tu sampailah ke pejabat baru.. :) Alhamdulillah, berakhir juga penyiksaan ulang alik Putrajaya-Wisma Sime Darby sejauh 45km sehari! Tu belum masuk 30km kalau pergi hantar Zarra ke Taman Minang rumah Nenda dia! Pengsan kan!!

Kt mana ofis baru ni sebenarnya?


Tu ha..belakang Zarra tu, salah satu bangunan kat Presint 4.
Bila arahan berpindah dah keluar, ada yang suka, ada yang duka..Biasalah kan, lumrah dunia, susah la kalau nk puaskan hati semua orang. Tapi saya simpati juga pada kawan2 yang menetap kat KL, tapi perlu ke Putrajaya setiap hari..Uuurrmm tak tau nak cakap macam mana, moga2 mereka akan kuat..

Lepas ni saya jadi anak jati Putrajaya la..Rumah, pejabat, sekolah Zarra semua kat Putrajaya.. Adik Zarra nanti pun InsyaAllah lahir di Putrajaya.. Tapi baru 2 bulan duduk Putrajaya dah rindu KL..Sg.Wang, BB, Pavilion, KLCC...aku rindu padamu!!!

Thursday 13 October 2011

Rakan 1Klik...

Siapa pernah baca blog Rakan 1Klik? Kalau dah pernah, thanks a lot..Kalau belum pernah, klik je ni >> http://rakan1klik.blogspot.com/ . Macam2 ada...:)

Artikel tulisan saya pun ada kat situ, nickname saya 'ZARRA'. Setakat ni dah 15 episod dah saya tulis, ada yg 100% karya saya, dan ada juga idea atau fakta yang diambil dari sumber lain then saya edit semula dengan kebenaran..

Latest, pasal anak lambat bercakap.. Mungkin ada parents yang mempunyai anak bermasalah dalam pertuturan, apa kata jom baca artikel saya.. Klik je bawah ni k! Thanks!!

Tuesday 11 October 2011

Ain kawin...Tahniah!

Siapa Ain? Ain ni adik hubby, so my adik ipar la kan.. Selamat mendirikan rumah tangga pada 8 Oktober 2011, kat Melaka.. Kenapa kat Melaka?? Sebab di sana la Ain dibesarkan.. Dia tak membesar kat KL, cuma skrg ni je duduk & bekerja kat KL..

Saya tak dapat join majlis nikah & majlis berinai besar masa 8 Oktober tu sebab kan kena gi kursus dari 7-9 Oktober kat Ayer Keroh. Sedih jugak, tapi tuntutan kursus yang mewajibkan saya datang, terpaksa la mintak ampun maaf dengan family mertua walaupun tau markah sebagai menantu dah kena potong! Hahaha...

On the 9th, cepat2 amek sijil masa majlis penutup, beg pun dah saya letak kat reception dari awal lagi, baju 'uniform' family pun dah dipakai dari awal, hubby pun dah sampai, terus zzzaaasss ke Bukit Rambai.. Lebih kurang 40 minit jugakla perjalanan nk sampai rumah pengantin tu!

Jom tengok gambar!
The bride and the groom..Comel color baju diorang!

 Pengantin baru dengan pengantin lama..

 Ain with her siblings... Atas kiri - abang long (1st), Apit, Ain (5th), Botak (4th).
Bawah kiri - hubby (3rd), kak Abby (2nd) & Maman (bongsu)..

The whole family Mak Midah & Pak Khamis...

Macam pelik sebab gambar Zarra & sepupu2nya takde. Yang nampak kat atas sorang je..Mana yang lain?? Apa lagi, main la, mana reti nk duduk diam..Ada dia kesah orang amek gambar ke apa?


Tahniah Ain & Apit.. Moga berkekalan ke anak cucu & moga tabah hadapi sebarang dugaan dalam rumah tangga...



Friday 7 October 2011

I'm sweet 28!

Wah..sweet 28 ni!! Yes, it's my birthday! I was born at Hospital Sungai Petani, Kedah.. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkanku untuk menikmati hidup di dunia, seterusnya berbakti kepada ibu bapa, keluarga & negara! Wah!

Nothing special, hubby pun bukan jenis pandai buat surprise, didnt expect any surprise or anything special from him.. Kalau ada Alhamdulillah..:) I received lots of lots wish from Facebook, Twitter, BBM & sms.. Yg call pun ada.. Thanks a lot..

But there's one really special for me on my special day! It's from Udin yang ada kat UK skrg.Dia buat special post for me kat his tumblr..Jom tgk.... 


Thanks a lot Udin.really appreciate it! 

My wishes on my birthday -- to be a better muslimah, to be the greatest wife & mummy, to be the best child & to be a better person than before..InsyaAllah...

P/S: agak frust sebab kena gi kursus hari ni sampai Ahad kat Melaka..Got to go now, nak sambung packing! Doakan yang terbaik untuk saya ye!


Thursday 6 October 2011

Selamat Pengantin Baru...

Yana @ Hazlianayati -- kawan & adik teman segosip, one of  the best buddy kat ofis selamat menjadi isteri kepada Abdul Haidir pada 24 September lepas. Saya sempat ke majlis perkahwinannya pada 25 September, kat Bukit Antarabangsa...

Sempat snap few pics je sebab saya rush nak gi kerja..Tak dapat lepak lama, tak dapat pose2 gedik sgt! :)

Tahniah Yana & Haidir..selamat menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar, & semoga perkahwinan kalian berkekalan ke anak cucu...Amin....





Ni pun kawan-kawan yang best gak ni..semua belum kawen except me la kan! Cepat kawen ye kawan2..! :)

Wednesday 5 October 2011

Bali last day...

Masuk hari keempat, last day kitorang kat Bali.. Flight saya, hubby & Zarra kul 2.30pm, flight akak & abg Opie malam. Kitorang bangun awal, sebab malam tadi masing-masing pengsan awal.. Breakfast dulu, lepas tu hubby ajak jalan2 ke pantai, jalan2 area Legian, last2 dia gi massage.. Saya gak yang nganga sebab orang pregnant dilarang bermassage...

Zarra tak nak mandi pool..so pose jelah..

So, saya & Zarra balik hotel, Zarra layan kartun, Mummy dia packing barang. Kul 11am, Yanto sampai, kitorang terus check out & singgah Krishna lagi sekali utk habiskan duit apa yang ada...Hahaha..


Settle kat Krishna, kitorang terus ke airport...Sampai airport dalam kul 1pm, tak makan pun sebab saya dah pre-booked food dalam flight.. Zarra lak belum apa2 dah lena.. So lebih senang nak uruskan segala..Naik flight pun dia tido lagi.. Bagus, so mummy & abah dia blh makan dgn senang hati...

Nasi lemak ni rasa sedap giler bila dimakan waktu lapar giler!

Bye2 Bali...InsyaAllah kami datang lagi sebab hubby dah jatuh cinta dengan keindahan Bali...:)

Bali day 3...

Hari ketiga kat Bali memang world!! Mau taknya, kul 2 pagi dah bangun, kul 2.30 pagi kitorang dah bertolak dari hotel ke Lovina.. Nak tau kenapa pagi2 buta? Sebabnya perjalanan ke Lovina amek masa 3 jam, dah tu semua nak kejar sampai sana b4 6 pagi, sebabnya nak tgk DOLPHIN!!!! Dolphin adalah satu2nya tarikan di Lovina, kalau takde dolphin tu mmg mati la tempat tu!

So, Zarra tido dengan baju cantik malam tu, kul 2 lbh dukung je dia masuk dalam kereta. Dia tido sepanjang perjalanan, dah sampai sana, kul 5.30 pagi saya kejut dia sebab nak siap2 nak ke laut. Nasib dia tak meragam, redha je dengan aktiviti Mummy Abahnya..:)

Seorang kena bayar IDR150,000 untuk sewa bot & life jacket. Bot kecik je, mmg muat kami berlima je..Gelap2 lagi kitorang dah meredah lautan! Sampai tengah laut tepat kul 6 pagi.. Apa yg kitorang nampak? Mestilah dolphin kan, takkan ikan duyung lak! Real betul, bukan main dia lompat2 depan kitorang. Masa kami tengok tu, tak banyak lagi bot yang sampai, dalam 3 bot gitu je.. Kitorang excited betul! Tak pernah tengok dolphin live depan mata!


 Muka cuak naik bot! hahahaha...

Matahari tengah naik..cantik kan..ni dalam kul 6 lebih ni..sana matahari naik cepat..

 Ni je gambar dolphin yg paling cantik berjaya dicapture.. 

Makin cerah, makin banyak bot kat tengah laut tu...Dah boleh jam kat tengah laut! Dolphin lak mcm malu2, sekali muncul, dia nyorok, pastu muncul lak tempat lain..Berkejar2 semua pilot bot serbu port dolphin tu! Best sangat experience tu!

Dalam kul 7.45am, kitorang dah selamat kembali ke darat..Zarra sempat tido lagi atas bot, ada dia kesah???


On the way pulang, banyak la tempat kitorang singgah...Mula2 pergi tengok air terjun berkembar kat Gitgit. Subhanallah, memang sangat2 cantik tempat tu, air jernih & dalam.. Tapi ia tak menjadi port berkelah macam kat Msia ni, sbb orang sana ada kepercayaan sendiri yang membuatkan diorang tak mandi kat situ..




Lepas dah amek angin, dah puas pose, perut pun dah lapar, kitorang gi 'brunch' dulu kat restoran makanan Padang. Siap mandikan Zarra kat situ lagi.. Dah makan kitorang ke Bedugul, kat situ tengok kuil, sebab kat Bali memang banyak kuil2 yang cantik, yang jadi destinasi wajib dilawat kalau pergi Bali...

Zarra pose ikut patung tu!




Lepas Bedugul, kitorang bergerak pulak ke Tanah Lot. Siapa pergi Bali tapi tak pergi Tanah Lot ala2 tak sah la tripnya! Tanah Lot ni ada kuil kat tengah laut, kalau air pasang memang tak boleh la nak gi ke kuil tu.. Cantik tempatnya...




Dah selesai ke Tanah Lot, kitorang bergerak ke Krishna..Krishna ni tempat beli souvenir Bali..Best, harga pun bagus..Hubby sempat lukis tatu berangan kat situ..Berangan sangat! Lepas selesai, gi makan nasi padang lak, baru terasa lapar sebab belum lunch..Sedapnya lahai nasi padang tu!

Hubby yang berangan orang local..
Kitorang balik hotel awal, iyelah masing2 dah penat! Mau tak penat, pagi2 buta dah keluar tengok dolphin...Kul 5pm camtu dah sampai hotel...Ingat malas nk kuar dah, tiba2 akak ajak gi pantai, tengok sunset..Tergoda la pulak dengan ajakan itu...


 Anak Mummy 'peghak' main pasir!


Malam tu tak gi mana2 pun...Jalan2 area Legian je, lepas tu beli maggi makan dalam bilik..Legian susah sikit nak cari makanan halal, Kuta lebih senang..So Maggi pun Maggi la..lepas tu zzzz..tamat sudah hari ketiga kami..Esok nak balik dah!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...