Tuesday 31 July 2012

4 months!

Zazza Teahara dah 4 bulan dah 26 Julai 2012 lepas..

Progress -- dah boleh meniarap & dah boleh pusing balik dah pun.. Rasa mcm cepat pulak, badan ringan kot.. 5.3kg at the age of 4 months old.. Ala comel-comel slim anak Mummy.. :)

 Saya dah pandai meniarap.. Eksyen kan muka saya.. Hahaha..

 Cak Mummy!

Ish penatla, rehat hisap jari jap la..

Friday 27 July 2012

Jalan-jalan ke Istana Negara

Last Wednesday, saya ikut office mate gi Jabatan Warisan Negara untuk urusan kerja. Kebetulan pejabat Jabatan Warisan kat Istana Negara lama tu. So dah selesai urusan kerja, kitorang pun jalan2 la kat Istana tu. Kebetulan tengah ada pameran Raja Kita. Kalau tak pasal pameran mana mungkin dapat masuk istana tu kan.. 

Tapi agak frust la, expectation bukan main tinggi, ingatkan dapat tour 1 istana tu, rupanya boleh masuk kawasan pameran je, which is at the balairong seri tu.. Uuuurrrrmm hampa!

Tengok jela gambar ye!



Balairong Seri Utama..


 Tengoklah chandelier & curtain yang besar dan gah itu!


 Nobat


 Pingat kebesaran Diraja..

 Muskat - pakaian rasmi Seri Paduka Baginda dan Pegawai-pegawai Istiadat Istana Negara.
 
 Pakaian rasmi Raja Permaisuri Agong

 Datanglah Pameran Raja Kita.. Pameran ni habis 31 Disember 2012

Istana ni asalnya adalah sebuah banglo - dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000. Dulu RM150,000 dah dapat istana u olls.. Sekarang? Dapat rumah flat jela..

Ish bestnya kalau dapat tour 1 istana.. Tapi ada officer Jabatan Warisan cakap mungkin istana ni akan dibuka untuk pameran tak lama lagi.. Bestnya kalau betul!

Wednesday 25 July 2012

Kenduri kesyukuran...

Syukur Alhamdulillah.. Dah masuk Ramadhan pun kan.. Selamat berpuasa buat semua, dah 5 hari dah baru sempat saya wish, takpela better late than never kan!

Anyway, few days sebelum Ramadhan, Mama & Abah buat kenduri kesyukuran kat rumah.. Best sebab dapat berkumpul dengan adik beradik,  & dengan family semua.. Walaupun majlisnya simple, tapi dengan makanan yang sangat superb, dengan ramai yang datang, meriahla jadinya! Syukur...

 Mummy & baby Tiya..

 Mummy, Nenda, Zarra & Baby Tiya..

 Akak, abg Opie, Rizqy, Zarra & baby Tiya.. Tengokla Rizqy & Zarra tu dah berpeluh dah, majlis belum start lagi...

 Zarra & ibu Wani mengintai kek Udin..

 Kek utk Udin yang sangat sedap!

 Zarra & Abahnya.. Dah lama dia aim bunga kat kek tu, finally dapat gak!

Eh Johan "Botak" Ashari pun datang.. sempatla Mummy & baby Tiya bergambar...

Ni je gambar yang sempat dicaptured! Masing2 bz dengan urusan masing2.. Okla dari takde kan...

Selamat berpuasa semua.. Semoga amalan kita diterima Illahi, elakkan pembaziran tau! :)

Thursday 12 July 2012

Dr. Mohd Zafiruddin Abd.Rahman

Alhamdulillah..

Congrats brother!

 On his gradution day..

 Proud parents with the doctor!

 Doctor handsome! 

Nice jubah! Ada kepak lagi..

10 Julai, graduation Udin.. Hari yang paling ditunggu Udin. 5 tahun belajar di perantauan, selesai segalanya! Alhamdulillah... Ada live streaming, saya punya la tunggu kat dpn PC, last2 terlepas sebab dia dok loading tak abis2.. Hampeh!

Apa pun, he's a doctor now! Big congratulations from Angah, Abg Aidil, Zarra & Baby Tiya to Dr. Mohd. Zafiruddin Abd. Rahman...

Dear Udin, happy working... Be a great doctor & be strong always k! Love u much! See u soon..

Wednesday 11 July 2012

Dalam dilema..

Happy, excited, sad... Mixed feelings! Not good at all coz there's a negative feeling between 2 positive feelings!

Why am i happy & excited? Sebab tak sabar nak tunggu Mama, Abah & Udin balik Isnin depan.. 16 Julai diorang akan sampai, insyaAllah... Zarra pun dah banyak kali sgt tanya Nenda, Tok Ayah & Adin dia.. 

Sad??? Uuurrmmm susah nak describe.. Hanya hati seorang ibu sahaja yang memahami dan merasainya.. For this 2 weeks, baby Tiya dibabysit Abahnya, while I'm working & mama still kat UK.. Thanks hubby, u're such a great babysitter. Tak ramai lelaki yang mampu jaga 3 months old baby,but Hubby proof it to me! Alhamdulillah...

Tengok budak comel ni senyum2 abah dia amek gambar!

Ada yang gelak2, bila saya masuk status kat FB yg hubby jaga baby & masak sometimes. Gelak kononnya hubby takut bini! Eh tolongla, kolot sgt kot org yg gelak tu.. Kau takde anak lagi kau gelak la, nnt kau ada anak, aku nak tengok kau mampu ke jaga anak, especially masa baby2 lagi, lembik2 lagi! I'm proud having a very helpful husband! Kau ada???? Gelak la dulu skrg ni...

Ok, biarkan orang kolot dengan perangai kolotnya.. Kita yang dah pandang ke depan ni, jangan pandang belakang lagi tau! Back to my story...

Kenapa sedih?? Sedih sebab saya mungkin akan berpisah dengan baby Tiya during working days! Uuuuwaaa... Tiya nnt Mama saya jaga.. Plannya nak amek & hantar hari2, tapi bayangkan mcm mana pulak nak bawak 2 anak pagi2 turun lif, lepas tu nak ke Cheras drive sorang2, balik lak nak drive pulak ke Putrajaya dr Cheras tu.. Pukul brape nak keluar pagi2? Pukul brape lak nak sampai rumah petang2?

Tapi kalau tinggal dengan Nenda dia pulak, masalah jugak.. Sebabnya dia masih susu badan.. Adoi susahnya, dalam dilema betul la.. Hubby kata tinggal sana je, mcm kakak dia dulu, kalau Hubby off, dia jaga. Sebab dia kan kerja shift, so normally memang dia akan off during weekdays.. 

Sanggup ke??? Uuuuuwwwwaaa sedihnya!!!!

 Tengok dia senyum camni, sanggup ke nak berpisah??

Kesian kakak, mesti dia rindu adik dia nanti... :(

Thursday 5 July 2012

Latest Me!

It's me, lepas bersalin, lepas pantang, lepas cuti 3 bulan....

Maafkan hamba sebab semua gambar camwhoring sendiri amek kat cermin je.. Segan lak nak suruh orang snapkan gambar! Hahaha... Nasib ada cermin dalam lif, masa naik sorang2 terus zassss... :)



Kurus? Ntah biasa je...

Syukur la badan tak susah turun...

Berat sebelum mengandung : 49kg
39+ minggu mengandung : 63kg
Berat selepas pantang : 50kg

Kesimpulannya : Kalau jeans & baju2 lama masih boleh disarung, kira ok la, I'm happy enuff! :) Cuma bab perut tu susah sikit la nak hilang, maklumlah 2 kali beranak operation, mak redha!

Tuesday 3 July 2012

After 3 months...

Yes, the 'unwaited' day is finally here!

Dah sedap2 cuti 3 bulan lbh kan, semalam saya kembali berkhidmat untuk negara... Kembali la ke Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia...

Tapi semua dah lain macam... Tak sama macam 3 bulan dulu...

Apa yang lain??

1) Gi kerja bawak Zarra Sophea! Sebab hantar dia kat school kat tingkat 2 ofis ku....

Budak tak nak mandi sebab excited nak gi school..

Kawan-kawan semua dah mandi, dia excited dapat color-color.. 


Ok dah mandi! Ni semua geng2 budak umur 3 tahun.. Dah duduk dalam classroom & ada la aktiviti diorang sampai petang...

2) Gi kerja bukan bawak handbag je tapi siap bawak cooler bag.. Kena la pam susu kat ofis..

3) Gi kerja tapi kepala fikir hubby & baby Tiya kat rumah.. Untuk 2 minggu ni hubby babysit baby Tiya sebab Mamaku masih kat UK.. Semalam saya balik rumah masa lunch break, tengok baby Tiya tido je.. Rindunya nak peluk cium dia macam 3 bulan lepas... :(

4) Workstation dah bertukar! Sebabkan dapat ruang yang lebih, so workstation beberapa staff pun ditukarkan.. Semalam seharian saya mengemas jela, pindah barang dari workstation lama ke workstation baru. Nasib la baru kerja 2 tahun, so takdela banyak sangat barang.... 

5) I'm changing! Lain la sebab dah tak pakai maternity wear ke ofis.. Dah kembali berbaju kurung moden/kebaya. dah kembali bermake-up & berhigh heels setelah setahun lebih tak pakai! Hahahah.. Gambar? Nanti la, sebab takde orang nak snapkan my latest pic! Kesian...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...