Tuesday 15 March 2011

Botol susu pun jadi isu...

Seantero Malaysia bercakap tentang pengharaman botol susu polikarbonat yang mengandungi ''Bisphenol A" atau (BPA) ketika ini. Menurut Menteri Kesihatan, tindakan pengharaman penjualannya akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2012.

Aik? Setahun lagi baru nak haramkan? Kalau betul bahaya, kenapa tak haramkan terus je dari sekarang? Jawapannya, kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. Ayat yang agak berbelit, tapi cuba diringkaskan, nak kata selamat tidak, tapi nak kata tak selamat pun tidak..Hahahaha...

Bercakap pasal botol susu..Some mothers are very concern about their babies' bottle. Ada yang suka membeli botol yang mahal2 la, ada yang membeli sebab botol tu cantik, gemuk, buntal, stylo, kata mereka. Ada yang membeli sebab nak jaga standard kerana hanya ibu2 yang memahami harga botol susu yang akan dipegang oleh anak-anak ketika berlari2 di shopping mall! So, kalau tengok anak pegang botol susu 'cap' mahal, confirmlah dalam hati ibu lain yang memandang akan berkata-kata, "wow, mahal botol susu budak tu, haruslah mak pak dia kaya!"



Owh seksinya dia..

Meriahnya korang!

So, terpulang, lain ibu lain cara membelinya. Lain ibu lain seleranya...

Tapi anak mummy, si Zarra Sophea tu adalah anak yang agak kos rendah.Hahhahaha..Ada dia kesah botol tu cap apa? Ada dia kesah puting botol tu cap apa? Tidak sama sekali ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang dia tau, bila dia nak susu dia akan cakap : 'Mummy..memilk'. So mummy dia pun ada kesah nak beli botol mahal? Hahaha.. Mummy biasanya beli botol murah tapi cantik, tapi jangan kerut dahi dulu ye, sebabnya mummy akan buang botol dia yang-agak-murah selepas sebulan digunakan ye! Hahahaha...Dia suka kalau botol dia ada gambar kartun. Sambil memilk, sambil tengok kartun2 itu dengan gembiranya!!


Pernah sekali dulu mummy beli botol Nuby gemuk color pink macam kat bawah ni untuk Zarra. Sebabnya, mummy dia jatuh cinta dengan reka bentuk botol itu. Botol itu adalah botol termahal yang dibeli setakat ini. Balik, dengan gembiranya bancuh susu & bagi Zarra. Tau apa reaksi dia? Dia campaknya botol tu! Pastu dia amek balik, dia tengok je puting botol tu yang lebar dan agak susah nak dimasukkan kesemuanya ke dalam mulut beliau. Jadinya, mummy simpan je botol tu untuk perhiasan.

Kesimpulannya, selepas ini mummy ada alasan ke pusat membeli-belah untuk membeli botol BPA free untuk Zarra! Yieha!!!! Tapi mummy takkan membazir, agak2 jela..Abah Zarra ada cakap, botol apa pun Zarra sihat gemuk jugak! :)

Terfikir ibu bapa yang membesarkan kita dulu, ada kesah ke pasal botol BPA free ke apa ke? Besar jugak kita ni kan? Sihat walafiat je.. Siapa nak jawab tu?

2 comments:

  1. itu la kan, kenapa nak tunggu 2012 baru nak diharamkan?
    Kalau Hu sblm Nea lahir lagi Hu dh research pasal botol susu ni..sbb tu setiap 6 bulan Hu tukar botol susu & pastikan botol tu 'BPA Free'.
    dulu dan sekarang tak sama.
    ape2 pun, terpulang la..kita sbgai ibu bapa hanya nakkan yang terbaik utk anak2 kita..

    ReplyDelete
  2. iye terpulang pada individu, terpulang pada poket juga.hahaha..kesian juga kalau botol murah diharamkan nanti, bagaimana pula nasib ibu bapa yang kurang berkemampuan, nak2 anak pula ramai?

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...