Monday 27 February 2012

Surprise Part III..

Macam mana saya disurprise?? Ni kronologinya :

  • Sabtu, 25 Februari 2012, saya bangun seawal 3.45am, sebab kerja kat Bernama Radio24 kul 5am.
  • Balik rumah kul 11 lbh, terus siap2 sebab nak gi wedding best fren Hubby kat Klang. Tanya Hubby nak bwk baju salin tak, sebab plannya lepas wedding nak gi shopping barang baby. Katanya bawak je..
  • Sampai Klang dalam kul 1.30pm, Hubby lepak lama, jumpa kawan2 dia.. Me bawak Zarra gi Jusco sbb dewan tu blkg Jusco Bukit Tinggi je..
  • Kul 3.45pm, dia ajak balik...
  • Masuk dalam kereta, saya yang drive, tanya dia nak gi mana? Dia kata balik la.. Saya dah monyok dah, td kata nak gi shopping, dia kata balik la dulu sebab dia nak salin baju, nak rest jap.. Apa lagi, masam la muka sepanjang jalan!
  • Sampai Putrajaya dalam kul 4.30pm. Naik parking tgkt 1, ternampak kereta Abah. Aik? Kenapa kereta Abah kat sini.. Hubby kata bukanlah.. So saya pun mcm was-was la, mungkin bukan kot, tiba2 terus ala2 lupa plat nombor kereta Abah!
  • Naik rumah, Hubby suruh saya masuk dulu, dia dukung Zarra sambil cakap telefon kat luar rumah..
  • Dengan muka ketat, saya bukak pintu, tiba2 .. SURPRISE!!!!

Sunday 26 February 2012

Suprise Part II..

Susulan daripada entry lalu, ini adalah mereka yang bertanggungjawab membuatkan jantungku hampir gugur!

Family...

 Bff -- Kam & Tina

 Hubby & Tina's hubby...

 Lovely girls - Aisyah, Amanda & Icha..

 Affan & Aisyah

 Family yg selalu sporting - Armand, Amanda, Wani, Pakki & Makmi..

 Closest cousin forever - Wani..

Hubby love..:)

Tak ramai pun, tapi cukup meriah dengan theme color purple & telah meninggalkan kesan abadi! Gitu!! Sayang korang, thanks once again!

Surprise!!!

Ok!Rasa macam kena kejutan elektrik di mana seseorang mangsa akan keras kejung dan tidak boleh berkata2!

Tepat! Mana tak kejung kalau balik rumah dgn mood tgh marah2 tiba2 bukak pintu org jerit 'SURPRISE!!!' siap kena spray dgn buih2 & bunyi tiup2 segala! Mujur tak terus kena push bersalin on the spot! Apa rupa? Ntahla... Mak redha je konsepnya!! Hahahaha...

Entry ni saya nak sampaikan my appreciation speech dulu k! Gambar later la sbb byk kat kamera org lain,tuan punya badan ada gambar selepas kejadian je...:)

Thanks to:

1) Mastermind & planner - Akak (dulu kita buat kat dia,skrg dia balas dendam!)

2) Pembantu mastermind & interior designer - Kam daling (sampai plg awal kena kemas rumah, thanks jugak bwk cupcakes walaupun ada kisah di sebaliknya!)

3) Penyedia makanan tersohor - haruslah Mama kan!Walaupun angah tak makan sgt akibat blur yg tak habis2,angah tau semua pun sedap! :)

4) Dua penyokong kuat majlis,sorang bwk puding jagung,sorang bwk gula2 - Wani sepupuku & Tina bffku (anda brdua sgt sweet sesweet makanan yg dibawak! :)

5) Orang2 penting dlm setiap acara,tanpa anda pastinya majlis kurang meninggalkan kesan! - Abah, Zafrie, Zafran, Abg Opie, Rizqy, Aishah, Makmi, Pakki, Armand, Amanda, Icha, Nenek & Bibik! Anda mmg sgt penting di hati Angah...:)

6) Last but not least,pada org yg kena bebel sebab tak bawak saya gi shopping & terpaksa redha tgk muka 'ketatku' all the way dr Klang ke Putrajaya - Hubby! Sorry but u know,tanpa U confirm pakatan terancang ini tidak menjadi..Hope u still love me walau dah kena marah!

4.30pm - 7pm,25 Februari 21012, adalah waktu saya senyum segembiranya, dikelilingi insan-insan istimewa, terasa diri ini sgt disayangi & dhargai! Doa dari kalian agar saya selamat bersalin amat diperlukan.. Hanya Allah yang dapat membalasnya & hanya Allah juga yang tau betapa pentingnya kalian dalam hidup saya! No words can describe how much I love & appreciate each one of u..

Thanks a lot, terima kasih daun keladi!!

With love,
ANGAH,ZAF & WIFEY yang terjaga tengah malam,gelak sorang2 & terus tulis post ni! :)

Friday 17 February 2012

Besarnya Pengorbanan Ibu...

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Subhanallah, besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang ibu. Saya bangga menjadi kaum wanita! Macam nak nangis baca artikel ni, takut pun iye jugak terutamanya point no.6 tu!

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkan proses kelahiran anak keduaku ini.. Moga kali ini, sukarnya tidak sesukar kelahiran sulung.. Selamatkan ku dan anakku Ya Allah.. Aminnn...

Copyright© LifeFit.my

Penantian bakal berakhir...

Tajuk mcm gempak je! Hahahah...

Pagi ni rasa seram sejuk lak tengok benda alah ni!


34 weeks... Maknanya lagi 2 minggu, kandunganku ini akan genap 9 bulan! Lepas tu menunggu hari jela... Biar betul!!!!

This week saya ala2 bz mencari mak bidan & hospital untuk bersalin.. All this while saya buat check up kat Klinik Kesihatan Presint 3 je, tak buat kat hospital pun! Tapi bila dah dekat2 nak bersalin ni, baru terhegeh2 nak cari hospital nak bersalin, keputusannya Hubby suruh gi hospital swasta, sebenarnya saya pun takut gak nak bersalin kat hospital kerajaan. Bukannya menidakkan kepakaran  & perkhidmatan hospital Kerajaan, tapi atas beberapa masalah & pengalaman yang lalu, we chose to go to private!

Bak kata Hubby, 'takpela, duit boleh cari, janji awak & baby selamat & selesa..'

Dulu masa Zarra, saya check up & bersalin kat UKM Specialist Center.. Sekali kena ceaser, ha hamek kau 5 ribu lebih melayang!

Kali ni, selepas call sana sini, tanya sana sini, akhirnya ada pakar kat Pusat Pakar Hospital Putrajaya yang sudi menerimaku.. Mula2 ingatkan dah takde peluang dah sbb staff nurse kata biasanya dah 8 bulan ni gynae tak nak amik dah, tp dah rezeki kan, staff nurse tu call balik & terus set appoinment dengan Dr. Wan Hazim on 23rd February nanti! Alhamdulillah...


Mak bidan pun dah dapat, sebab nanti saya akan berpantang kat rumah sendiri je kat Putrajaya, sambil2 dibantu Mama, Hubby & bibik! Mak bidan kat area2 Putrajaya skrg ada yang dah macam business minded melampau, ada tu pakejnya 3 hari urut bertungku segala sampai RM480!! Mak aih, dia ingat org Putrajaya ni kaya ke?? Mak bidan yang saya dapat ni pun ofis mate yg bagi contact, Makcik tu org Sg.Merab, Bangi..

So apa lagi yang belum ada?? Check list dah siap ni, shopping la apa lagi!! :) Tapi kena tunggu 24hb ni, nak cuti sehari, gi Sogo & kawasan yang sewaktu dengannya, shopping segalanya sampai habis duit! Hahahah...

P/S: Lil-Z, Mummy can't wait to see u!! :)

Thursday 9 February 2012

Takut tapi excited!

Macam dah lama tak update, nasib blog ni takde sawang, kalau tak harus dah bersawang!!

Apa nak update ek?? Ntah la, mcm kurang benda menarik, atau ada yg menarik tapi bukan untuk pengetahuan umum kot!

Yang penting, bulan ni adalah bulan bergembira dan menggembirakan hati.. Sebabnya bulan membeli-belah rasmi untukku! Gituuu!! Siap nanti 24hb nak mintak amek cuti sehari, untuk membeli-belah sepuas mungkin di Sogo sbb ada Warehouse Clearance!! :) Kalau gi weekend haruslah berlaga punggung kan!

Apa yang kau sakan sangat shopping ni Zaf oi? Haruslah untuk my upcoming baby boy! Yieha!! Semangatnya mcm nak sambut anak pertama, tapi bila fikir azab sebelum dapat menyambut tu taubat rasanya! Uuuuwwaa takut!!!


Gambar ni ala2 my 1st experience sebab ceaser.. Yg kedua ni tak tau la camne, harap2 boleh bersalin normal! Tapi takut!!!!


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...