Thursday 31 January 2013

I'm a strong woman!

Tajuk di atas ditujukan kepada diri sendiri.... Untuk menguatkan semangat sendiri, untuk beri motivasi pada diri sendiri....

Allah mengujiku, aku redha... 

Pasti ada hikmah di sebaliknya... Ku cuba usaha selesaikan semua kekusutan yang melanda, selebihnya aku pasrah dan berserah...

Ya Allah ya Tuhanku... Aku insan yang lemah sebenarnya... Mohon diberikan kekuatan untuk aku mengharungi semua ujian... Aminnnnn...

Wednesday 30 January 2013

10 Months!!

Ish cepat sangat masa berlalu.....

Dah 10 bulan dah umur Zazza Teahara.. Makin macam2 kerenah, makin comel, makin berisi badannya sebab makan banyak, makin bising mulutnya & yang penting Mummy makin sayang.. :)

 Pandai makan gula-gula dah... Walaupun gigi belum tumbuh, makan bukan main selera lagi..

 Smile.... 

 Dah ada 'kereta' sendiri, an advance birthday gift from Mummy...

Tumpang kereta kakak...

Dear Zazza Teahara... Mummy love u so much.. And kakak too.. You and kakak are my everything, I'll do anything for you, now and forever.. Membesarlah dengan sihat dan jadilah anak yang solehah ye sayang...

Progress: Dah berdiri sambil lepas tangan kejap2, dengan beraninya nak melangkah walaupun jatuh terduduk banyak kali.. It's ok baby, slowly, sooner or later u'll be walking..

Tuesday 22 January 2013

Januari 2013..

Bulan pertama di tahun baru...

Semua pun mengharapkan tahun baru membawa lebih kebahagiaan, lebih kegembiraan, lebih kesenangan dan segalanya lebih baik dari tahun sebelumnya.. Saya sendiri yakin tiada siapa yang mengharapkan perkara2 tidak baik berlaku, bukan sahaja pada tahun baru, pada setiap hari pun kalau boleh kita tak nak benda tak baik jadi pada kita..

Tapi kita tak boleh melawan Qada' dan Qadar Allah....

Dugaan bertimpa2 terjadi padaku dan suami.... Bermula hujung Disember dan berterusan diuji lagi pada pertengahan Januari...

Terduduk?? Berasa seperti jatuh tapi bila dikenang kembali, jatuh dan tidak bangkit bukan boleh menyelesaikan masalah...

Jadi, kami bangkit, bangun dan berjalan semula, kalau bisa mahu berlari meninggalkan masalah serta ujian di belakang.... Subhanallah, kami tidak minta diuji, tapi Tuhan itu adil, Dia tidak menguji hambaNya yang lemah...

Ya Allah Ya Tuhanku, kami redha dengan ujianMu, namun kami harapkan agar Kau berikan kami kekuatan bagi menempuh ujianMu... Aminnnn....

Monday 21 January 2013

Family Day BPDN.. Story #4..

Rasanya ni post terakhir pasal family day ofisku kot.. Dah abis citer dah... Berbulan nak tunggu habis mengarang! Apakan daya, ku bukanlah blogger tegar kan... Hahahaha...

Ok, this time nak cerita pasal si kecil Zazza Teahara.... Haruslah bawak skali gi Melaka tu kan, takkan nak tinggal pulak.. Walaupun perlu mengangkut segala macam barang dia, mummy & abah gagah tau demi Tiya sorang...

Ingat Tiya yang kecik tu tak involved apa2 ke? Salah ye.. Bosku yang baik hati tu tetap sediakan games untuk babies berumur bawah 12 bulan.. Ala comel je.. Caranya, campak bola2 kecik, coklat & gula2 & tengok 'kecekapan' anak2 kecik ini merangkak.. 

Memang games tu paling comel.. Ala budak besar Tiya tu, dapat satu barang dah puas hati dah,, Digigitnya benda alah yang dia pegang tu.. Mana la reti nak amek banyak2.. Sudahnya, abang2, kakak2 besar masuk campur sebab nak habiskan semua benda atas pentas tu! 

 Mana Tiya? Tu.. Dia seorang je girl, yang pakai baju merah & ikat rambut sejemput tu..

 Dah duduk dekat sikit dengan mainan.. Tapi tetap satu je dia pegang..

 Abang2 & kakak2 dah masuk campur.. hahahah comel!

Tiya, abah & poksu dia.. Macam Minnie Mouse la pakai hair clip gitu!

Tamat sudah kisah family daya Bahagian Penerbitan Dasar Negara untuk tahun 2012.. Tahun ni bosku pencen, dapat bos baru harapnya dia meneruskan tradisi buat family day begini.. Setahun sekali, tapi memang meriah... Iyelah bukan senang nak kumpul ramai2 kan... Thank u Datin Omi Habibah!

Tuesday 15 January 2013

Family Day BPDN.. Story #3..

Masa Malam Mesra Jalinan Kasih bahagian Penerbitan Dasar Negara, ada 1 acara yang ku rasakan paling menarik.. Iaitu -- Pertandingan Pakaian Beragam Kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah..

Masa acara tu, tugas emcee diambil alih oleh Aayuni.. Ku yang jadi emcee majlis dari awal tu, terus lari2 turun pentas, nak siapkan Zarra pulak... Most of the kids yang masuk pertandingan tu dah bersiap dengan pakaian masing2 dari awal majlis.. Tapi Mummy Zarra ni nak surprise la konon, last2 minit baru siapkan Zarra.. :)

Ada 12 contestant kalau tak silap... Zarra peserta no.5.. Tema Zarra ialah angel! Naik pentas dengan penuh confident.. That's my girl!

  Interview sikit2.. Ish apahal ntah gambar gegar2 ni??



  Kanak-kanak comel.. Jangan tanya mana kasut Zarra, memang sengaja bagi dia berkaki ayam.. Eh angel memang tak pakai kasut, Mummy dah google dah! Hahaha..

 
Angel with the fairies.... Kiri kanan Zarra tu kembar..

Kepak Fairy & cekak Zarra tu Mummynya ni beli kat Berjaya Times Square. Memang purposely pergi situ sebab kat sana memang ada kedai jual baju2 berkonsep gitu. Macam tema ada, u name it u got it! Paling geram tengok baju snow white, tapi sebab mahal lupakan aje....

Kepak: RM19.90
Cekak Fairy : RM9.90
Tongkat bintang Fairy : Kawan Mummy sponsor, siap ada lampu.. (Thanks Dayah)
Baju gown: Recycle je apa yang ada..

Bila keputusan diumumkan. hanya 4 tempat teratas yang dapat hadiah special.. Tapi semua peserta pun dapat hadiah, bak kata bosku, effort mak2 siapkan anak kena appreciate.. 4 orang pemenang tu dapat lebih la... & guess what?? Zarra dapat no.4!!! Yay tahniah anak Mummy... 1st place to 3rd place semua lelaki.. Okla tu kan, 1st try dah berjaya..


Angel dengan abah rock!

Sayangnya Mummy tak sempat amek gambar dengan Zarra.. Maklumla maknya ni sibuk jadi emcee malam tu.. Apa pun, bangga dengan keberanian dan keyakinan Zarra.. Good job my baby!

Thursday 10 January 2013

Family Day BPDN.. Story #2

Ish dah nak usang dah cerita family day ni.. Ni sambungan episod 1 yang saya dah tulis dulu...

Malam 8 Disember tu, lepas Magrib, semuanya bersiap cantik2 untuk Majlis Malam Mesra Jalinan Kasih Bahagian Penerbitan Dasar Negara.. Tema malam tu merah dan hitam.. 

Antara intipati program selain makan, ada games lagi, ada cabutan bertuah, ada karaoke & paling best ada pertandingan pakaian beragam..

Ku tidaklah mampu mengenjoykan diriku sangat, sebabnya saya lah emcee, sayalah mak yang sibuk nak tengok anak2, sayalah jugak yang siapkan anak untuk masuk pertandingan pakaian beragam.. Makan pun tak kenyang tau! Redha! Jom tengok gambar...

 
 Mummy, Zarra & Tiya in black/red..

 My minnie Tiya..

Kakak in red/black.. Susah betul nak suruh bergambar..

'Tak cukup kerusi la Mummy, adik duduk jela atas meja ni ye..'

 Ye sayalah emcee malam itu. Kejap atas stage, kejap gi meja tengok anak2 pulak... kejap turun bawah tukar pampers Tiya lak.. pergh, mencabar...



 Pengarah Bahagian, Datin Omi Habibah bagi ucapan penutup..

Kebanyakan warga BPDN.. ada beberapa orang aje yang tak datang..

Meriah.. semua pun nampak meriah dengan baju merah hitam... Hadiah cabutan bertuah paling best adalah TV LCD, best giler kalau dapat! Of coz la tak dapat kan, ku cuma dapat kipas meja... Hahahaha boleh lah tu! 

Ada cerita lagi, to be continue in another part ya!

Pics courtesy kawan2 & sikit kamera sendiri..

Wednesday 9 January 2013

Happy Birthday Rizqy Harris!

Rindu nak update blog.. Tapi busy sangat lately ni, tak sempat langsung nak mengarang dan mengarut!

29 Disember lepas, kakakku buat celebration birthday anaknya -- Rizqy Harris yang ke-2. Just a simple celebration, jemputan pun tak ramai setakat family ku & family mertua kakak... Budak2 pun ada 3 orang je, Rizqy, Zarra & Tiya...

 Rizqy suka sangat Pocoyo.. Haruslah kek pun gambar Pocoyo kan!

 Birthday boy dengan kakak Zarra.. Zarra punya semangat macam birthday dia lak!

 Mummy, Abah, kakak Zarra & adik Tiya dengan birthday boy!

 Cucu-cucu dengan Nenda, Tok Ayah, Nenek & Atuk Rizqy..

 Banyaknya kenderaan dalam rumah! Rizqy dengan basikal baru Tok Ayah & Nenda hadiahkan..

 Ha baju Pocoyo tu Zarra pilih untuk Rizqy!

 Zarra pun dapat hadiah, Padin dia bagi..

 Cewah bergaya betul dengan hadiah drum set dia!

Tiya muka cuak dengan uncle2 handsome!

Zarra dah pandai sekarang, tengok Rizqy bukak hadiah banyak2 dia menangis.. Dia cakap dia nak hadiah jugak.. Ala shian anak Mummy... Nanti Zarra punya birthday Mummy buat celebration ye, insyaAllah... Dia dah pandai appreciate, best sikit buat celebration....

Anyway, back to Rizqy Harris, happy 2nd birthday baby boy! Dah besar, dah lasak, dan banyak akal & handsome! Be a good boy ok sayang... Mummy love u!

Thursday 3 January 2013

Picnic!!!

31 Disember 2012 - hari terakhir 2012 dipenuhkan dengan aktiviti bersama keluarga.. Skema naw ayat kau kan!!

Pagi 31 Disember tu saya bertugas di Dataran Merdeka sempena Larian Tahun Baru anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.. Seawal 6.30 pagi lagi dah sampai sana.. Habis duty dalam kul 10, bos cakap tak payah masuk pejabat.. So teruslah balik... Yay!!

Hubby called few times tanya kat mana... Ada projek katanya... Ku ingatkan projek apa, rupanya berkelah 4 beranak di Sg. Tekala, Semenyih... Barang semua dia dah pack dah, tinggal tunggu saya sampai je....

Ke Tekala la kami... Cuaca hari tu sangat best, redup je, matahari pun takde.. Sampai Tekala dalam kul 12.. Bayangkan kalau ada matahari, mau panas terik yang amat la kan.. Tapi as i said redup je....

 Abah the planner with the kids..

 Kakak Zarra yang excited.. siap bawak pelampung kiri kanan..

 Adik Tiya mcm excited jugak tengok air.. Walaupun dia tak tau air tu yg buat dia terkejut akibat kesejukan!

Mummy yang excited jugak tp lebih pada excited amek gambar anak2.. Dengan muka tak semenggah bangun kul 5 pagi tu!

 Bagi adik celup kaki dulu... Bunyi gakla dia sebab air tu sejuk... 

 Yes kakak memang sangat gumbira!

Adik dah ok sikit sebab dapat pelampung..

 Anak siapa yang terbiar ni?

 Ish kat mana la saya ni?

 Mummy jom balik... Tengok adik dah meraung tu..

We had fun (walaupun ku tak mandi pun).. Tenang rasa jiwa tgk air sungai yang mengalir, wajah2 kesayangan tengah bergumbira... Tambah2 pulak orang tak ramai sebab 31 Disember bukan hari cuti.. So I like la pendek kata! :)

Masuk je kereta, dua beradik itu terus zzzzzzzzzzzzzzzz..............

Wednesday 2 January 2013

1st day at school..

Happy new year semua!!

Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi asyik tertangguh je.. Hari ni saya nak cerita benda yang paling best untuk permulaan tahun 2013 ni...

Kisah si anak sulung saya yang dah mula bersekolah secara formal... Syahdunya hati ibu ini, pabila melihat Zarra memakai uniform.. Nampak macam dah besar sangat dah dia! Comel, of course! :)

 
Suka tengok design uniform dia, ala2 maxi gitu... Siap ada reben kat belakang!

Pagi tadi macam pesta kat tingkat 2 tu.. Dengan budak menangisnya, dengan penuh dengan parents lagi.. Zarra pun macam pelik, nak simpan kasut pun penuh rak kasut tu.. Dia relax je, orang lain nangis, dia sibuk tengok keliling sebab dah banyak 'muka baru'... Macam 'otai' pulak dia, siap bye2 Mummy dia.. Tak suruh tunggu pun.. Untung jugak expose dia dari last year, so dia dah biasa dengan environment sekolah tu...

 
Geng 4 tahun..

Ni best friend Zarra, dari hari pertama dia masuk school tu last year dia memang berkepit je.. Mia nama kawan dia ni. Mia cuti 3 bulan sebab Mama dia bersalin, so tadi ala2 jejak kasih la dengan Mia, siap peluk2! Rindu sangatlah kononnya....

 Duduk lepak2 sementara semua selesai... Ramai gak parents teman anak2, tapi ku tak tunggu pun sebab tengok Zarra ok je.. Dah biasalah katakan..

Sementara nak tunggu uniform, dia 'berkelah' dengan Auni dulu..

 Ibu Auni ni satu pejabat dengan saya.. Auni tahun ni 3 tahun, tapi sama besar dah dengan Zarra..

Yuran Zarra tahun ni mahal sikit.. Eh mahal banyak kot... Tapi saya compare dengan Tadika luar pejabat, lagi mahal.... So Mummy redha la, asalkan anak Mummy dapat bersekolah & dekat dengan Mummy..

Yuran tahunan : RM618 (termasuk uniform, buku, konvokesyen, report card, alat tulis & mcm2 lagi la..)
Yuran bulanan : RM240 (tadika + day  care + Kafa + makan minum)

Belajar rajin2 ye Zarra Sophea! Mummy tak sabar nak tengok Zarra pandai membaca....

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...