Monday 25 February 2013

Tiya's First Swimming Experience...

Lokasi : Rumah Maksu kat Kemensah Residency

Tarikh : Tak ingat, somewhere between last January..





Ingatkan dia takut air, dahla air tu sejuk tapi bukan main lagi dia punya excited, mengalahkan kakaknya... kakak pun duduk tepi je... Tapi disebabkan takde pelampung, Mamanya la tolong 'swimkan' dia... Mummy tak bawak baju salin (alasan..) Hahaha...

  Keras je badan dia tu...

Hi Mummy, I'm fine here..

Bukan main melentik lagi, macam pandai swim...

Oklah first experience Tiya dimasukkan ke dalam pool.. Nampak macam suka.. Nanti kita swim lagi ye sayang, bila dua2 kakak dan adik dah tak selesema... Skrg ni baru nak sihat, so Mummy tak nak amek risiko bagi diorang swimming lagi...

Where's my swimming suit Mummy?? Oh oh!!!


Tuesday 19 February 2013

Kerja Allah...

Post ini ditulis kerana tersinggung dengan 'statement sentap seorang hamba Allah padaku...

Begini ayatnya : "Zaf, aku dengar anak kau selalu tak sihat, agaknya sebab kau hantar kat taska kot..."

Ok, soalan yang pertama : Kalau tak hantar kat taska, kau boleh jaga anak aku ke?

Soalan kedua : Patut ke salahkan taska sebagai punca anak aku sakit?

Soalan ketiga : Siapa kita nak melawan ketentuan Allah? 

Kalau anda ditanya soalan sedemikian di suatu pagi, oleh seseorang yang tidaklah rapat mana dengan anda, apa perasaan anda??

Haruslah tersentap bukan???

Yes, itulah perasaanku waktu itu.. Kecik aje ku pandang dia.. Hatiku sudah cukup sedih akibat anak sakit, tak perlulah menambah pedihku ini.. Tak faham kan, kenapa ada orang yang seolah-olah tiada hati dan perasaan bertanya soalan sedemikian.. Sekarang saya diuji, mana tau satu hari nanti anda pulak diduga.. Jadi di kala anak-anak anda sihat walafiat, ucapkan syukur, tak perlu mendabik dada.. Anda juga ibu, cuma mungkin rezeki anda lebih sebab anak anda neneknya yang jaga...

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan semangatku untuk membesarkan anak-anakku.. Kuatkan juga hatiku agar dapat menepis kata-kata jahat yang mampu menjatuhkan ku... Aminnnn......

 Pose menonggeng seorang anak kecil yang tak sihat...

Thursday 7 February 2013

Ilmu untuk diri sendiri...

Kalau cakap bab anak-anak ni, I'm very sure kebanyakan parents sangat concern pasal anak2 kan... Semua pun nak jadi parents terbaik, semua pun mahukan anak2 membesar dengan sempurna.. 

Saya terbaca 1 artikel yang agak menarik untuk dikongsi bersama.. Ada fakta yang kita dah tau, tapi ada juga fakta yang kita baru tau.. Saya dah copy-paste dan edit serba sikit untuk dimasukkan ke Portal1Klik Jabatan Penerangan Malaysia... Jom baca! (penat la nak tulis lagi skali.. :) )

Moga kita semua menjadi ibu bapa yang cemerlang demi melahirkan anak2 pewaris bangsa yang gemilang! 

Gambar hanya untuk hiasan. :)

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...