Showing posts with label Aktiviti hu-ha.... Show all posts
Showing posts with label Aktiviti hu-ha.... Show all posts

Wednesday, 9 October 2013

My Best Friend's Wedding..

28 September 2013... Tarikh resepsi Hidayah & Nazrin.. Hidayah ni pegawai kat ofisku, another close friend of mine..

Masa last day Dayah kerja sebelum cuti panjang, ku peluk dia & cakap kat dia, 'susah ke senang, I'll be in Melaka on your wedding day.. See u on 28th!'

Nak jadi cerita, Tiya warded kat Columbia Asia. Dari 1st day Tiya warded tu saya dah mesej Dayah, mintak doakan Tiya cepat sihat & discharge, so that saya boleh datang wedding dia... Wedding Dayah Sabtu, tapi hari Jumaat kami masih di hospital.. Masa tu dah rasa macam tak dapat nak pergi dah wedding Dayah, tapi agaknya Tuhan memahami hatiku ini, doktor bagi Tiya discharge Jumaat malam Sabtu tu.. Alhamdulillah....

So, Sabtu pagi saya amek Mama (Hubby kerja, so Mama teman gi Melaka).. Bergeraklah ke Melaka kami 4 beranak. Masa nak ke Melaka tu banyak kali jugak berhenti, sebab Tiya masih cirit-birit.. Dugaan.. Tapi Dayah punya pasal, ku gagahi jua!

 Puas hati dapat peluk Dayah!!

 Zarra sangat excited tengok cicik Dayah kawen.. Adik yang baru keluar wad takde perasaan sangat! Hahahah..

Cantiknya kawan saya ni..

Puas hati sangat2 dapat tengok Dayah bersanding. I was with her since she been proposed, when she's down, sad and finally I'm seeing her big smile on her big day!! Alhamdulillah, jodohnya ditetapkan dengan jiran sebelah rumah dia, siapa sangka! But Allah knows everything...



Selamat pengantin baru Dayah & Nazrin.. Be happy forever, ada anak ramai2, bahagia sampai jannah! I'm always there for u, no matter when u're happy or sad..

Dayah, I curi gambar u sekeping... Cantik sangat u tu! :) I love u sis!

Monday, 9 September 2013

Bearilicious Birthday party!!

Date: 1st September 2013
Venue: A&W, Petaling Jaya..
Theme: Merah mak ngah!

My birthday girl! 4 tahun sudah...

The most favorite family potrait!







 


The guests.. Thanks to each and everyone of u... Takde korang tak meriah majlis! Tak dapat jemput ramai pun, sebab tau ajelah buat kat tempat gini, makanan ikut 'kepala'.. Kang jemput ramai-ramai, makanan tak cukup buat malu je... :) Sorry.....


Acara wajib.. cake cutting! Tahun ni Zarra nak kek princess... Dah pandai pilih sendiri!


Ada games... 3 games yang disediakan oleh A&W, semua hadiah disediakan A&W. Tengoklah suamiku "didera" isterinya.. Hahahah...




 The best part.. Appearance maskot A&W.. Macam2 gaya, ada anak yang takut, ada yang excited.. Org tua pun excited tengok big bear!

2 jam yang sangat best, sangat mesra, sangat santai & yang paling best, Zarra sangat-sangat happy! Happy jumpa cousins, uncles, aunties, Tok Ayah, Nenda & of coz happy dapat hadiah banyak.. Ada yang dijemput tak datang atas sebab-sebab tertentu.. Kakakku tak datang, parents mertuaku pun tak datang, my closest cousin (ibu Zarra) pun tak datang... Kalau tak mesti lagi meriah!!

Apa pun, saya harap semua yang datang happy, terima kasih banyak2 sebab sporting berbaju merah & bagi present kat Zarra.. Trust me, Zarra love all the presents, siap tido lewat nak main semua toys yang dia dapat! 

Happy birthday anak Mummy! Mummy sayang Zarra sampai hujung nyawa!

Wednesday, 19 June 2013

Laman Cerdik Sports Day..

Date : 15th June 2013
Venue : Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya

Ikutkan surat, 9.30 pagi mula pendaftaran pelajar. Pukul 8.30 pagi dah keluar rumah, pergi sarapan dulu. Iyelah kalau tak makan kang mau lapar sepanjang acara. Mummy excited, 1st time nak tengok anak bersukan. Zarra lagi excited, malam Jumaat tu siap masuk tido awal, nak bangun cepat esoknya dia kata. Siap ngigau tengah malam, cakap nak mandi sebab nak pegi sukan! Hai la Zarra!

 
Tengoklah budak excited nak bersukan tu!

Sports day ni involved semua kanak-kanak umur 4-6 tahun di semua cawangan Laman Cerdik - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Presint 9, Presint 11, Kota Warisan & Kajang. Meriah! Ramai parents yang datang bagi support kat anak2. Penuh 1 dewan tu. Ragam anak2 pun macam2. Masa nak berarak masuk tu la ada yang menangis, ada yang tak nak join, ada yang berkepit dengan parents.. 

 Comel sepanduk dia..


 Kontinjen Zarra - Laman Cerdik KKMM

 Ha tengok tu, Zarra berarak dalam tangisan.. Hahahha...

Sepanduk ni pun comel..

Rajin teachers semua buat sepanduk untuk anak2 murid diorang. Rasa kagum dengan semangat teachers. Anak2 pulak elok dengar cakap teacher, beratur elok2, duduk diam2... Itulah kuasa cikgu kan!

Bila dah berarak masuk dewan tu, ada baca ikrar, nyanyi lagu Negaraku dan lagu sekolah Laman Cerdik. Comel sangat semuanya!! Paling tak sangka, lepas tu ada sessi aerobik panaskan badan.. Bukan main lagi masing2 'menari' termasuklah anakku si Zarra Sophea.. 


Eeewwaaahhhh!!!

Lepas tu acara sukaneka pun bermula. Zarra masuk satu acara je. Itu pun acara berpasukan. Dapat tempat kedua. Good job kids!



Good start baby!

Abis je acara Zarra, ku mintak izin teacher nak balik. Katanya Zarra dah takde acara dah, cuma kalau rajin tunggu sampai habis, nanti ada acara untuk parents. Tak larat nak tunggu dah, si adik pun dah meragam nak tido. Tu pun siap terlelap sekejap atas riba abah masa kakak tengah bersukan....

Tiya dengan teacher dia....

 Supporter kakak yang paling kuat sekali.. Asyik nak duduk dengan kakak je...

 Besar dah anak Mummy.. Ya ampun Mummy berpeluh tak hengat!

Kakak... bila nak start sukan ni?? Adik dah penat ni...

Masuk je kereta, si Zarra terus lena.. Mak aih, penat betul anak Mummy.. Tu baru 1 masuk acara je.. Hahahah.. We had fun! Nasib baik Mummy tak sihat masa tu, batuk sampai takde suara, kalau tak harus suara Mummy je yang paling kuat! :) Lepas ni kita tunggu Laman Cerdik Concert pulak. Ha masa tu ntah apa la budak2 tu nak buat! Hujung tahun ni, cant wait!!

Tuesday, 28 May 2013

Festival Belia 2013

Hujung minggu lepas, Putrajaya meriah dengan Festival Belia 2013. Ish ish ish, cepat betul masa berlalu, last year masa Festival Belia ni ku sedang berpantang di rumah...

This year, kebetulan Jumaat tu cuti hari Wesak, hubby sajelah ajak jalan2 bawak anak2 gi Festival Belia tu. Orang tak ramai sangatlah, tapi gerai/booth punyalah banyak, tak tau nak tuju mana satu. Rasanya ada la dalam 5km tapak festival tu... Kat situ la ada Jom Heboh, kat situ la byk pentas, byk gerai2 jualan, byk sports show, motor show bagai.. Mana nak gi ntah!

Jalan jelah, Zarra nampak org jual air memanjang nak beli.. Hai la anak....

Si adik lak, kejap duduk stroller, kejap nak berlari, kejap nak dukung....

Dah penat berjalan, kitorang naik shuttle pusing2 situ.... Tapi tetap tak 'tercover' seluruh area festival!

 
 Hubby & Zarra main giant bubble..

 Adik tukang kejar bubble..

 Nampak orang jual belon pulak..


Oh poney.. Zarra takut2, suruh naik tak nak..Pegang pun hujung2 je.. Topi koboi tu tak tahan!

Lepas makan, tengok konsert battle of the band kejap, then balik la.... 

Monday, 13 May 2013

Happy Mother's Day!!

12 Mei 2013 - hari ibu disambut Malaysia.

Walaupun ada kata-kata yang melarang umat Islam menyambut hari ibu, tapi ku rasakan kalau niat kita betul, insyaAllah tidak terpesong. Perlu ke berniat lain selain mengingati/menghargai ibu kita?? Ntahla, lain orang lain penerimaannya kot...

12 Mei -- ku bekerja di Radio24. Habis kerja kul 4, dah pasang niat sendiri untuk bawak Zarra & Tiya jalan2, main basikal kat taman.. Iyelah, diorang pun kecik lagi, takkan nak harapkan diorang celebrate kot! Macam biasa, I dont expect anything from my husband, dia patut raikan maknya, bukan isterinya.. :)

Tapi Zarra macam dah bijak, Abah dia ajar kot.. Ku balik rumah, dia cakap "Selamat Hari Ibu, Mummy.." Alahai, cairnya.. Makin besar anak Mummy...

 Arra sayang Mummy.. Oh adik buat hal sendiri di situ...

 Me and my precious!
 Lokasi : Taman Botani Putrajaya.. Nampak Jabatan Perdana Menteri belakang tu!




Ni gambar masa bawak anak2 main basikal last week.. Zarra dah pandai kayuh basikal (akhirnya..) Tiya lak baru dapat basikal tu... Tu yg happy sgt tu!

Untuk Mama? Ku sempat tempah gambar ni untuk Mama.. Takdelah mahal pun, tapi itulah tanda ingatanku untuk Mama..

Takde rupa Mama sangat pun! Hahaha...

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu.. Tidak kira betapa susahnya kita memegang gelaran itu, kita adalah insan terhebat di muka bumi ini.... Moga kita semua akan terus sihat untuk berbakti pada keluarga... 

To Mama, Angah sayang Mama sangat2.. Terima kasih atas segalanya, hanya Allah yang mampu membalas jasa Mama.. You're my idol forever!


Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...