Thursday 24 October 2013

Shooting TV Commercial

Kelas anak2 Mummy, kecik2 dah shooting tau!

12 Oktober 2013, dua beradik tu, Zarra & Tiya shoot iklan produk Cocobelle - collagen drinks & energy bar.. Watak takde la besar sangat, jadi anak2 pada si model. Model tu plak kakakku, aunty diorang la.. Lagi senang sebab masing2 dah serasi...

Sebelum shoot, kena la make-up dulu.. Bukan main rela lagi hulur muka kat make-up artist! Hahaha..


1st scene, 3 beradik (Zarra, Tiya & Rizqy) main2, lepas tu Mama diorang enterframe...




 Nice shot!

Susah jugak scene ni, sbb Rizqy sibuk nak keluar frame, si Zarra sibuk tengok kamera & automatik jadi keras, yg real si Tiya je, longgok mainan depan dia, dia main macam takde masalah.. But at last berjaya jugak la dapat shot cantik, walaupun Mama kena buli dengan Rizqy!

2nd scene, 1 family tengah breakfast. Ha scene ni memang senang, sebab semua pun lapar agaknya, makan je tanpa ada masalah... Kejap je dah dapat shot cantik!



Cantik..

3rd scene, Zarra dengan Mama dia berdua je. Kekonon Zarra tengah buat homework, Mama monitor dia.. 



Petang jugaklah baru selesai shoot scene budak2 tu... Nasib la shoot kat rumah, so bila budak2 tu mengantuk senang bagi tido... First experience for them & mummy, I like it.. Tak sabar nak tunggu hasilnya.. Iklan ni akan ditayangkan buat pertama kalinya 29 Oktober ni, sempena majlis pelancaran produk Cocobelle.. Tak sabar! Well done DoubleZ!

Wednesday 9 October 2013

My Best Friend's Wedding..

28 September 2013... Tarikh resepsi Hidayah & Nazrin.. Hidayah ni pegawai kat ofisku, another close friend of mine..

Masa last day Dayah kerja sebelum cuti panjang, ku peluk dia & cakap kat dia, 'susah ke senang, I'll be in Melaka on your wedding day.. See u on 28th!'

Nak jadi cerita, Tiya warded kat Columbia Asia. Dari 1st day Tiya warded tu saya dah mesej Dayah, mintak doakan Tiya cepat sihat & discharge, so that saya boleh datang wedding dia... Wedding Dayah Sabtu, tapi hari Jumaat kami masih di hospital.. Masa tu dah rasa macam tak dapat nak pergi dah wedding Dayah, tapi agaknya Tuhan memahami hatiku ini, doktor bagi Tiya discharge Jumaat malam Sabtu tu.. Alhamdulillah....

So, Sabtu pagi saya amek Mama (Hubby kerja, so Mama teman gi Melaka).. Bergeraklah ke Melaka kami 4 beranak. Masa nak ke Melaka tu banyak kali jugak berhenti, sebab Tiya masih cirit-birit.. Dugaan.. Tapi Dayah punya pasal, ku gagahi jua!

 Puas hati dapat peluk Dayah!!

 Zarra sangat excited tengok cicik Dayah kawen.. Adik yang baru keluar wad takde perasaan sangat! Hahahah..

Cantiknya kawan saya ni..

Puas hati sangat2 dapat tengok Dayah bersanding. I was with her since she been proposed, when she's down, sad and finally I'm seeing her big smile on her big day!! Alhamdulillah, jodohnya ditetapkan dengan jiran sebelah rumah dia, siapa sangka! But Allah knows everything...



Selamat pengantin baru Dayah & Nazrin.. Be happy forever, ada anak ramai2, bahagia sampai jannah! I'm always there for u, no matter when u're happy or sad..

Dayah, I curi gambar u sekeping... Cantik sangat u tu! :) I love u sis!

Tuesday 8 October 2013

Rotavirus..

Kisahnya begini ..  

Ahad (22 Sept) : Tiya muntah2 dan cirit-birit. Banyak kali! Tapi dia masih ada selera makan. Abis semua yang dia makan keluar masa dia muntah..

Isnin (23 Sept) : Saya EL sebab Tiya masih muntah2 dan cirit-birit... Pergi klinik, klinik cuma bagi ORS - Oral Rehydration Salt. Masuk dalam air, bagi Tiya minum, sikit je dia minum, mgkin tak sedap. Yang sedihnya, dia tak nak makan apa2..

Selasa (24 Sept) : Saya kerja macam biasa, malam tadi Tiya dah tak muntah dah. Tu yang berani hantar gi taska balik. Tapi tengahari saya amek dia, sebab Teacher mesej bgtau Tiya muntah 2 kali kat school. Masih lagi cirit-birit, siap demam sikit. Ingatkan nak gi emergency Hospital Putrajaya tp takut kena menunggu lama sorang2 sebab hubby kerja. So tak jadi, just monitor dia kat rumah je...

Rabu (25 Sept) : Decided to bring Tiya to paediatrician. Hubby hantar Zarra kat school, Mummy yg gigih ni pergi la klinik sorang2 bawak Tiya. Dia tak sihat, senyap je duduk kat passenger seat dalam kereta tu walaupun takde baby seat. Cuba kalau dia sihat, mana mungkin dia nak duduk diam..

Ku pergi paediatrician kat Kajang Plaza Medical Centre. Tu je yang terlintas dalam kepala. Paeds tu cakap, Tiya suspected kena rotavirus! Makan langsung taknak, susu pun kurang, cirit-birit masih heavy. So dia advice tahan Tiya kat wad untuk monitor & drip air. Malangnya, Kajang Plaza takde katil kosong! Mak aih, ramainya orang sakit!!! So ku mintak dia refer Tiya pada Hospital Columbia Asia, Cheras..

Terus lah Mummy bawak Tiya ke sana. On the way tu dia tido je. Takde energy langsung sebab dah 3 hari tak makan.. Sedih betul tengok dia! Puas ku kuatkan semangat ni untuk dia.... Jumpa paeds kat situ - Dr. Hew, terus dia suruh admit. Tapi situ pun takde wad kosong jugak!! But good news, ada sorang patient dah nak discharge, so tunggu semua clear dulu then Tiya boleh masuk wad... 


Camwhoring 2 beranak sementara tunggu nak masuk wad.. She looks ok, but the reality she's not!

Tiya dapat single bed, sebab Doc mintak dia diasingkan in case of she's positive with rotavirus, virus tu berbahaya dan sangat senang berjangkit dengan patient lain.. Bahagia jugakla duduk situ! Hahahah... Masuk bilik, Doc datang & cucuk dia.. Kuat dia ni, sikit je nangis... 


Marah betul dia tangan kena cucuk.. Susah nak bergerak...

Petang tu Hubby datang hospital lepas habis kerja.. Teman kami sampai malam.. Zarra duduk dengan Nenda dia.. Nasib baiklah rumah Nenda tu dekat je... Saya tido dengan Tiya kat hospital sebab dia ni memang 'melekat' dengan Mummy... 

Khamis (26 Sept) : Pagi2 hubby dah datang bawak breakfast.. Doc cakap Tiya positive kena rotavirus. Virus ni berpunca daripada bahan-bahan tercemar, contohnya air atau mainan yg ada bakteria. Umur2 dia ni, semua benda pun nak masuk dalam mulut, so tak tau la apa yg bervirus sampai jangkit kat dia.. Takde ubat, just masukkan air untuk elak dia dehydrate & make sure dia minum air/susu banyak.
 

Sayu betul la tengok dia macam ni!

 Kakak jaga adik... Tapi kakak taknak duduk hospital dengan adik, sebab dia 'fobia' dengan hospital tu, dulu pernah warded situ 8 hari!

 TQ Nenda sebab tolong jaga kakak Zarra & selalu datang hospital bawak makanan, jenguk Tiya..

Bukak sekejap drip, bukan main happy lagi dia!

Tangan bengkak sebab air tak masuk ke 'saluran' yang betul.. :(

Jumaat (27 Sept) : Pagi2 Dr. Hew datang sebab nak cucuk tangan kanan Tiya, sebab tangan kiri dah bengkak.. Tapi bila dia tengok Tiya aktif berlari, dia tak jadi cucuk. Dr. Hew cakap biar dulu, just make sure dia minum susu macam biasa (atau lebih banyak) & petang nanti dia datang lagi sekali tengok macam mana. Alhamdulillah Tiya nampak sihat, cuma dia masih kurang makan... 

Petang lebih kurang pukul 6.30pm, Dr. Hew datang & cakap Tiya dah boleh discharge sebab dia nampak dah 'kuat'.. Yahooo! Alhamdulillah, Mummy yang happy! Tapi nak tunggu GL insurance semua, pukul 10 malam jugakla baru sampai rumah.. Malam tu bukan main bahagia dapat tido kat rumah sendiri....

Aksi bebas kat rumah.. Lega agaknya dapat balik rumah, 3 hari terperap dalam hospital...
3 hari 2 malam kat hospital, bil hampir RM1500.00. Nasib la insurance cover... Sekarang Tiya dah sihat dah, gi check up, berat naik hampir 1kg lepas 2 hari keluar hospital.. Dah kuat makan balik dah, Alhamdulillah... Terima kasih Dr. Hew, thank u to all nurses in Columbia Asia Cheras. Dah 2 kali anak warded situ, ku sangat puas hati dengan service & environment hospital tu.. Tapi kalau boleh, tak nak warded lagi.. :)



Monday 7 October 2013

30!

Ya Allah, bangun pagi ini, tiada lain melainkan ucapan Syukur kerana masih bernyawa, berpeluang meraikan ulang tahun ke-30! Alhamdulillah..

Lain macam lak rasa umur 30 ni! Pagi tadi tengok cermin lebih lama daripada biasa.. Hahahah...

I feel old.. "Old is gold" bak kata seorang sepupuku tika memberikan ucapan hari lahir... Yup, I should enjoy every single minutes in my life, as I enjoyed my past 30 years.. Life must go on, susah senang, suka duka, sakit sihat, jatuh bangun, semua dah ku rasa.. Pasti akan lebih banyak dugaan selepas ini. Pasti juga lebih banyak kegembiraan menantiku, insyaAllah....

Pintaku pada Allah, berikan aku kesihatan yang baik sentiasa agar aku dapat berbakti pada anak-anakku, pada ibu bapaku, pada negara dan seterusnya murahkan rezekiku serta jauhkan aku daripada kecelakan dan kesusahan... Aminnnn.....
Bye-bye 20's and hey world, I'm 30! So what?? Hahahahaha...

Tuesday 1 October 2013

Rezeki, Alhamdulillah..

Jun lepas, saya memberanikan diri untuk amek exam Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) untuk gred 41. Saya kan takde degree, jadi untuk naik gred 41 tu, selain kena ada degree, bg penjawat awam sedia ada, boleh juga amek exam KPSL. Lulus semua paper, itulah 'gantian' kepada degree untuk melayakkan seorang pegawai gred 27 mohon memasuki gred 41 pulak.

Ada 3 paper semuanya. 2 paper bertulis, 1 lagi pengucapan awam (pidato selama 30 minit). Betul la ramai yang cakap exam KPSL tu susah.. Giler kau tak susah! Orang susah2 amek degree sampai 2-3 tahun, kita ni amek exam 2 hari je boleh naik gred 41. Mestilah soalannya kaw-kaw punya!

Saya positif. Saya cuba buat yang terbaik. Kalau ada rezeki lulus semua, Alhamdulillah, andai kata ada yang gagal, repeat je la sampai lulus, apa masalahnya..  Hahahha.. Pendek kata, nak tak nak je!

Tunggu punya tunggu, genap 3 bulan sampailah result atas meja saya! Nervous giler nak bukak result tu!! 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Ya Allah syukur sangat pada Allah atas rezeki ini! So unexpected.. My first try tu!! Saya sendiri terkejut sebab tak sangka lulus tiga2 papers.. Dah la belajar malam2 masa Zarra & Tiya dah tido, lulus pulak semua papers, memang rasa berbaloi sangat usaha saya.. Terima kasih ya Allah...

What's next? Kawan-kawan kat ofis semua bagi semangat... Saya terus apply jawatan Pegawai Penerangan Gred S41, moga-moga ada rezeki untuk saya, untuk masa depan saya & untuk anak-anak saya. Apply online je, nanti bila ada kekosongan, dipanggil & interview la macam biasa... Bismillah...



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...