Monday 26 August 2013

Syawal 2013..

Hari ni dah 19 Syawal.. Cepatnya masa berlalu... Cerita raya pun belum publish lagi...

It's not that late to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...

Baju raya kami tahun ni.. Tema - Hijau & Pink.. Semua pun beli ready made..

Raya pertama macam biasa, di Cheras dan Kemensah.. Raya tahun ni kurang best sebab hubby kerja.. Dapat raya sama2 pagi raya tu je, petang raya tu dia kerja.. :(

Disebabkan hubby kerja, maka disuruhnya ku dan anak2 ikut Mama 1 family beraya ke Utara.. So, raya kedua sampai raya kelima kami beraya sungguh2 di Perak, Penang & Kedah!

Tak nak cakap banyakla, jom layan gambar!

 Zarra & Tiya di pagi raya..

 Dengan Nenda & Tok Ayah..

 My family...

 
 Raya keenam kami bersama...

 Me, Mama & Akak..

 Zarra, Tiya, Uzma & Syakir.. Masa ni beraya kat Sri Sabah rumah ibu mertuaku...

Kakak iparku, biras2ku & anak2 buah sebelah hubby..


 Raya kedua, ke Tg. Malim, Ipoh & straight to Penang..

 Raya ketiga, dari Summit Hotel Bukit Mertajam, seharian beraya di Kedah...

3 sekawan dah siap nak gi collect duit raya.. :)

Orang beraya, diorang ni sibuk mandi pool..

 Beraya depan Komtar..

Tuesday 6 August 2013

HFMD!!

HFMD! Atau nama Melayunya penyakit tangan, kaki dan mulut. Ntah macam mana la boleh terjangkit kat Zarra.. Mula2 dia cakap dia sakit mulut, lepas tu dia tunjuk kaki dia kat abah, ada bijik2. Abah dia kata allergic, saya lak tak rasa dia allergic sbb setahu saya Zarra memang takde allergic apa2....

Esoknya, saya tengok tapak tangan dia pun ada bintik2. Dah sudah, lain macam je ni.. Tapi dia steady, sebab dia tak demam.. Cuma dia kurang makan & minum sebab ada ulcer dalam mulut dia.

Sabtu lepas berbuka, saya terus bawak dia gi klinik. Dan confirm dia positif HFMD! Hai la anak, nak raya dah ni.. Saya risau jangkit kat adik dia je. Suruh duduk dengan Nenda, dia tak nak. Drama bagai, nangis2 siap tak nak berpisah dengan adik..

Sehingga ke hari ni, dah 4 hari setengah penyakit tu menjangkiti Zarra, dia pun masih makan antibiotik & nak kena habiskan. So far Alhamdulillah, adik tak terjangkit & Zarra pun makin sihat.. Kuat ye anak! Adik pun kena kuat, harap2 tak berjangkit kat adik terus!

 Makan ubat dan zzzzzz.. Gambar kanan -- bintik2 merah kat tapak kaki dia.

 Makan aiskrim antara cara nak bagi ulcer dalam mulut cepat baik Tapi adik yang lebih comot!

Thursday 1 August 2013

Ramadan berlalu Syawal menjelang..

Hari ni Khamis, 23 Ramadan, Khamis minggu depan insyaAllah semua umat Islam akan meraikan Syawal.. Cepat betul masa berlalu.. Alhamdulillah masih bernyawa dan berpeluang menunaikan ibadah puasa dan yang penting puasa masih penuh! Hahahah gelak jahat!!!

Raya kat mana??

Raya pertama ku di Cheras & sekitar KL je. Hubby pun tak cuti (SEDIH!!!) Raya nanti dia kerja pukul 2.30 petang. Dapat beraya pagi je.. Lepas tu raya kedua sampai kelima ku ikut Mama & family beraya kat Kedah & Penang. Duduk rumah pun hubby kerja, sedih jugak.. So suami pun bagi kebenaran ku ikut Mama beraya, bawaklah anak2 sekali tanpa suami.. Sob sob sob!

Persiapan Raya??

Macam biasa je.. Beli baju Melayu hubby, baju kurung anak2, baju sendiri, beli kuih serba sikit, tukar duit raya, langsir tak tukar, recycle yang lama je... Tapi tahun ni kos macam tinggi pulak rasanya, sebab semua baju pun nak kena beli 2 pasang.. Apasal tahun lepas tak rasa kos tinggi pulak ye? Ntah, mungkin sebab tahun lepas si Zazza Teahara baru 4 bulan je umurnya, baju pun pakai baju 'baby2' je. Tahun ni, beli baju kurung 2 pasang, gown pun kena 2 pasang, kasut 2 pasang, baju2 lain semua pun kena 2 pasang la pendek kata! Takpela, setahun sekali je, biarlah anak melawa.. Lain2 hari diorang pakai baju biasa2 je...

 Zazza Teahara 'tolong' abah pasang langsir..

 Cewah.. Kakak Zarra Sophea buat kuih raya.. Sejenis je pun kuihnya, dia nak sangat buat kuih raya lepas tengok Upin Ipin..

Dua beradik main bunga api.. Duduk apartment, main kat balkony jelah..

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada Zaf, Aidil, Zarra Sophea & Zazza Teahara. Berhati2 di jalan raya..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...