Friday 6 December 2013

Zafrie & Zety's Wedding...

Zafrie, adik sulungku, selamat menjadi suami kepada Zety Erlina. Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar, dari Kuala Lumpur kami ke Ipoh untuk majlis pernikahan dan persandingan sebelah Zety. Seminggu lepas tu majlis sebelah kami pulak di Sri Petaling...

Nikah : 9 November 2013, Taman Meru, Ipoh. 

Sah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah...





 Yay dapat aunty baru!


Bride's reception : 10 November, Hotel Heritage, Ipoh.

 3 beradik siap nak gi wedding uncle Afi & Aunty Zety!

 Me and my angels!

Cantik sangat diorang ni! Tema weddingnya pun cantik dan lembut je...




 Sibuk tengok ikan dalam kolam!





Groom's reception : 16 November 2013, Dewan Komuniti Sri Petaling



 Candy buffet = Diabetis kaunter! Hahaha... Tempat ni yang 'licin' dulu...





 My angels, my flower girls!



 Siblings!


 Family are getting bigger!

 Mak mertuaku yg sporting kat photo booth..

 Us..Pengantin 5 tahun lalu.. :)

Pengantin dengan family mertuaku..

Adik nak kawen, kakak yang busy.. Biasa! Hahahah.. Kakak siap amek cuti tau, jangan main2! Alhamdulillah, majlis sebelah kami berjalan lancar (rasanya la).. Terima kasih buat orang kuat majlis - Aunty Ani (ibu mertua kakakku) & the team... Pelamin, hall deco, photo booth, candy buffet, hiasan meja pengantin, baju pengantin, kek semua Aunty Ani & team yang buat. 

Live band - band RAMD, Tentera Darat. Lagu best2, puas hati sangat!

MC - Shah Arshad. Good job Shah! Thanks a lot!

Lega sangat majlis kami berjalan seperti yang dikehendaki.. Lepas ni ntah bila pulak nak kenduri gini kan? Lambat lagi kot, adik yg sorang sibuk kerja, adik bongsu kecik lagi! Kecik??? Hahahaha... 

Apa pun terima kasih sangat pada semua yang terlibat, terima kasih buat keluarga yang sudi mengikut kami ke Ipoh & sudi memeriahkan majlis di Sri Petaling.. Saya kalian! Lastly, terima kasih jugak buat semua tetamu yang sudi datang bertandang.. Panjang umur, kita jumpa lagi....

Thursday 5 December 2013

Tadika oh tadika!!!!

Stress betul bila fikir bab tadika anak ni...

Ini kisah anak sulungku - Zarra Sophea. Dah hampir 2 tahun dia diletakkan di Laman Cerdik, satu bangunan dengan pejabatku. Adiknya pun dah masuk situ dah.. So far so good, bab pembelajaran bagus, penjagaan bagus, kuranglah dengar Zarra merungut2 itu ini tak kena...

Malang berlaku, satu hari di bulan November, kami ibu bapa dipanggil pihak pengurusan Kementerian untuk berbincang perihal Laman Cerdik ni. Kami diminta untuk memilih antara taska dan tadika. Sebabnya, untuk mendapatkan lesen Jabatan Kebajikan Masyarakat, taska dan tadika tak boleh beroperasi di tempat yang sama! Aduhai!!!!!

Keputusan memihak kepada taska... Berat, tapi kena terima. Jadinya terpaksalah mencari tadika baru untuk Zarra. Adik masih boleh kekal di bawah pejabat Mummy. Macam2 Mummy fikir ;

1) Kos (Yuran tahunan & bulanan)
2) Lokasi (antara rumah ke pejabat ke tadika)
3) Silibus (sebab Zarra dah ada buku yang belum habis belajar lagi tahun ni)

Mula2 saya daftar Zarra di Laman Cerdik jugak, cawangan Presint 9. Bayar dah pun deposit RM200. Tapi bila difikir balik bab yuran tahunan dan bulanan tu, terus jadi tercekik. Mahal naw!!! Yuran tahunan RM1714. Tolak la kos uniform (sbb guna uniform yang sama mcm di Laman Cerdik Kementerian) & kos buku, tetap mahal jugak. Yuran bulanan dia pulak RM390, selama ni saya bayar RM240 je sebulan... Uuuuwwwaaaa stress!!

Cari lagi tadika lain. Ofis mate recommend Cendekiawan Educare kat Presint 18. Saya daftar online, dapat confirmation & pergi lah bayar deposit RM200. Yuran tahunan situ hampir RM1000, bulanan RM320 (full day-pagi sampai petang). Setakat ini, hatiku memilih untuk hantar Zarra ke sana. Susah hati sebenarnya ni.... Sebab Zarra dah serasi sangat dengan Laman Cerdik, ni semua pun bertukar, tempat baru, silibus lain, cikgu baru, baju baru.. Aduhai, harap2 semuanya ok, janganlah jadi apa2 yang buruk kat Zarra. Tawakal dan pasrah jela Mummy oi! 



Ni gambar yang saya ambil masa pergi bayar deposit. Sekali tengok ok la environment dia tp jangan compare dengan Laman Cerdik, sebab Laman Cerdik lagi cantik dan selesa.. (Tadika baru la katakan..)

Sekarang ni tunggu hari orientasi, kena bawak Zarra & parents sekali untuk dikenalkan pada cikgu, pada sekolah & untuk dengar taklimat cikgu... Kita cuba la dulu ye Zarra... Bismillah....



Wednesday 6 November 2013

Brother's wedding...

9 November 2013 tarikhnya...

Adikku, Zafrie bakal melangsungkan pernikahan dengan Zety Erlina, di Ipoh.. 16 November pulak majlis resepsi sebelah keluargaku.. Dah lama rasanya tak buat majlis kenduri kendara, last tahun 2008 dulu. 5 tahun dah kau!

Jumaat ni kami sekeluarga akan berangkat ke Ipoh. Sabtu nikah, Ahad bersanding.. Doakan segalanya berjalan lancar...

Buat Zafrie & Zety, selamat melangkah ke alam perkahwinan, moga perkahwinan kalian berakhir ke Jannah.. Aminnnn...


Angah is excited but nervous at the same time.. Eh macam aku pulak yang nak kawen! Hahaha....

Thursday 24 October 2013

Shooting TV Commercial

Kelas anak2 Mummy, kecik2 dah shooting tau!

12 Oktober 2013, dua beradik tu, Zarra & Tiya shoot iklan produk Cocobelle - collagen drinks & energy bar.. Watak takde la besar sangat, jadi anak2 pada si model. Model tu plak kakakku, aunty diorang la.. Lagi senang sebab masing2 dah serasi...

Sebelum shoot, kena la make-up dulu.. Bukan main rela lagi hulur muka kat make-up artist! Hahaha..


1st scene, 3 beradik (Zarra, Tiya & Rizqy) main2, lepas tu Mama diorang enterframe...




 Nice shot!

Susah jugak scene ni, sbb Rizqy sibuk nak keluar frame, si Zarra sibuk tengok kamera & automatik jadi keras, yg real si Tiya je, longgok mainan depan dia, dia main macam takde masalah.. But at last berjaya jugak la dapat shot cantik, walaupun Mama kena buli dengan Rizqy!

2nd scene, 1 family tengah breakfast. Ha scene ni memang senang, sebab semua pun lapar agaknya, makan je tanpa ada masalah... Kejap je dah dapat shot cantik!



Cantik..

3rd scene, Zarra dengan Mama dia berdua je. Kekonon Zarra tengah buat homework, Mama monitor dia.. 



Petang jugaklah baru selesai shoot scene budak2 tu... Nasib la shoot kat rumah, so bila budak2 tu mengantuk senang bagi tido... First experience for them & mummy, I like it.. Tak sabar nak tunggu hasilnya.. Iklan ni akan ditayangkan buat pertama kalinya 29 Oktober ni, sempena majlis pelancaran produk Cocobelle.. Tak sabar! Well done DoubleZ!

Wednesday 9 October 2013

My Best Friend's Wedding..

28 September 2013... Tarikh resepsi Hidayah & Nazrin.. Hidayah ni pegawai kat ofisku, another close friend of mine..

Masa last day Dayah kerja sebelum cuti panjang, ku peluk dia & cakap kat dia, 'susah ke senang, I'll be in Melaka on your wedding day.. See u on 28th!'

Nak jadi cerita, Tiya warded kat Columbia Asia. Dari 1st day Tiya warded tu saya dah mesej Dayah, mintak doakan Tiya cepat sihat & discharge, so that saya boleh datang wedding dia... Wedding Dayah Sabtu, tapi hari Jumaat kami masih di hospital.. Masa tu dah rasa macam tak dapat nak pergi dah wedding Dayah, tapi agaknya Tuhan memahami hatiku ini, doktor bagi Tiya discharge Jumaat malam Sabtu tu.. Alhamdulillah....

So, Sabtu pagi saya amek Mama (Hubby kerja, so Mama teman gi Melaka).. Bergeraklah ke Melaka kami 4 beranak. Masa nak ke Melaka tu banyak kali jugak berhenti, sebab Tiya masih cirit-birit.. Dugaan.. Tapi Dayah punya pasal, ku gagahi jua!

 Puas hati dapat peluk Dayah!!

 Zarra sangat excited tengok cicik Dayah kawen.. Adik yang baru keluar wad takde perasaan sangat! Hahahah..

Cantiknya kawan saya ni..

Puas hati sangat2 dapat tengok Dayah bersanding. I was with her since she been proposed, when she's down, sad and finally I'm seeing her big smile on her big day!! Alhamdulillah, jodohnya ditetapkan dengan jiran sebelah rumah dia, siapa sangka! But Allah knows everything...



Selamat pengantin baru Dayah & Nazrin.. Be happy forever, ada anak ramai2, bahagia sampai jannah! I'm always there for u, no matter when u're happy or sad..

Dayah, I curi gambar u sekeping... Cantik sangat u tu! :) I love u sis!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...