Wednesday 21 March 2012

Big Balloon!!!

Saya bangga menjadi warga Putrajaya!

Sebabnya, banyak event2 menarik sepanjang tahun ada kat Putrajaya ni.. Selain tempatnya yang memang tenang, bersih & sangat mendamaikan! Cewahh!!!

Sebelum ni kalau ada apa2 event kat Putrajaya, rasa mcm nak pergi tapi tak terpergi pun sebab jauh!

Mcm baru-baru ni la, ada Hot Air Balloon Festival, rasanya festival ni ada tiap2 tahun, cumanya sebab this year dah duduk kat Putrajaya, so rasa teruja lebih lak nak pergi.. Alasan nak bawak Zarra! Padahal Mummy nya yang teringin! Hahahah.. Ada ke orang mengidam nak tengok hot air balloon?? Mengada kan!

Start Khamis (15 Mac) sampai Ahad (18 Mac). Nak pergi Khamis petang lepas kerja, hujan, try nak gi Jumaat, hujan jugak! Sabtu lak, dah gi meronda2 kat KL, balik Putrajaya tak hujan pulak! Tapi sebab dah lewat, so takdela pergi kan! Jadinya, Ahad jela tinggal untuk mencuba nasib..

Dan kami berjaya!! Yieha!!!


Mummy, Zarra & Lil-Z at the age of 38 weeks+ in the womb! Masih gigih ye!!




Zarra macam agak 'peghak'. Tak pernah2 dia tengok balloon sebesar2 gitu! Senyap je tengok balloon tu! Tanya dia nak naik tak? 'Nanak, ada api, Arra takut!' hahahah... Nasib baik tak nak naik, kalau nak naik jenuh nak kena beratur panjang!

Manusia memang ramaila kan, kata pun Ahad, last day lak tu! Ingatkan nak drive-thru je sebab takde parking, tapi dah rezeki ibu mengandung kan, dapat lak parking yang agak strategik, takdela jauh sangat kena berjalan! 

We had fun, walaupun just tengok2 je, nak naik org ramai, nak beli segala benda pun beratur panjang, just dapat belikan Zarra bubble gun je, sebab dia tengok ramai budak2 main, dia pun nak..

p/s: Zarra, next year kita bawak adik pulak gi tengok balloon ye, tapi kita jangan gi weekend, sesak sangat kan!

Thursday 15 March 2012

38 weeks!

Entering my 38 weeks, atau dalam bahasa mudah 9 bulan 2 minggu dah...

Masih belum ada apa2 tanda nak bersalin...

Memang penantian itu satu penyiksaaan...

Saya masih ke pejabat seperti biasa.. Ramai yang tanya bila nak start cuti? Saya jawab, selagi larat saya dtg kerja mcm biasa, sebabnya duduk rumah sorang2 nak buat apa? Kalau kat pejabat, ada kawan2.. Mana tau sakit kat pejabat, ada kawan2 boleh tolong, tapi kalau sakit sorang2 kat rumah siapa nak jawab??


Macam ni la rupa #Lil-Z, 38 weeks in the womb.. Kepalanya dah kat bawah, memang kadang2 Mummy rasa senak ditendang.. But nervemind, i'm enjoying those lovely moments, lepas ni dia dah keluar dah takde dah rasa tu..

So sekarang ni, Mummy kena monitor pergerakan dia everday, kalau rasa kurang tendangan, kena gi hospital & monitor jugak segala tanda2 untuk bersalin..

Seram!!! Sebenarnya risau gak kot2 saya tak kenal tanda2 sakit nak bersalin tu camne, sebab dulu masa Zarra, saya serah diri untuk diinduce. Jadinya takdela apa2 tanda dirasai, dah masuk hospital baru sakit! 

But, I'm ready physically & mentally! 100% ready!! Mummy tak sabar nak jumpa #Lil-Z!

p/s: #Lil-Z jangan lambat sangat keluar ye, Mummy tak nak kena induce...

Tuesday 6 March 2012

Waiting patiently.....

I'm 37 weeks preggy atau dalam bahasa mudahnya 9 bulan seminggu dah! Masih menunggu detik2 istimewa itu dengan penuh sabar dan debar!! Walaupun kadang-kadang rasa tak sabar.. Hahaha.. Ala apa sangatla kan tunggu 2/3 minggu berbanding membawak perut ke hulu ke hilir dah 9 bulan lbh selama ni..

Sementara menunggu tu, Alhamdulillah persediaan menyambut Lil-Z dah selesai.. Tidak di lupa persediaan untuk kakak Zarra dia sekali la kan.. Mana blh lupa kat kakak Zarra busuk masam tu!

Ni benda paling last skali Mummy buat..Siap dah semua, tunggu 'tuan' dia lahir je.. Color agak play safe di situ sebab was-was lak dengan jantina Lil-Z! Hahaha...

Disebabkan ku akan berpantang di rumah sendiri je nanti, makanya perlu la disempurnakan bilik kedua dan ketiga untuk keselesaan semua..

Bilik kedua, dijadikan bilik Zarra & hubby teman dia, sebab Mummy akan tido dengan Lil-Z sepanjang dalam pantang nanti...

Bilik ketiga pulak, ala-ala bilik tetamu la untuk Mama, bibik atau siapa2 la yang akan datang melawat & menjagaku nanti..

Mummy & Lil-Z haruslah duduk master bedroom kan! Senang la sikit sebab ada toilet dalam bilik, orang dalam pantang kan tak boleh berjalan sgt! Gitu ayatnya... Hahaha....



Zarra dalam bilik dia.. So far nampak dia suka duduk dalam bilik ni.. Banyak mainan, ada small table & chairs utk dia main sekolah-sekolah, ada TV yang lengkap dengan CD Upin Ipin, Barney segala.. Cuma bila nak tido malam, ayat standard dia masih; 'Arra nak tido dengan Mummy, bilik Mummy ni bestlah!' Hampeh kan! Hahaha...

Alhamdulillah, semua dah ready, beg Lil-Z & mummy pun dah masuk dalam kereta, so anytime sakit boleh terus zassss ke hospital! Bilanya ntah??

Thursday 1 March 2012

Surprise Part IV..

This time tak nak banyak cakap la, tengok gambar je k! :)




 





Semua gambar courtesy akak..

I'm 36 weeks preggy now, dah 9 bulan dah, tunggu masa je nak bersalin... Tolong doakan semua selamat ye... Thanks to everyone who really care, concern & appreciate me, I love u guys so much!!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...