Wednesday 21 March 2012

Big Balloon!!!

Saya bangga menjadi warga Putrajaya!

Sebabnya, banyak event2 menarik sepanjang tahun ada kat Putrajaya ni.. Selain tempatnya yang memang tenang, bersih & sangat mendamaikan! Cewahh!!!

Sebelum ni kalau ada apa2 event kat Putrajaya, rasa mcm nak pergi tapi tak terpergi pun sebab jauh!

Mcm baru-baru ni la, ada Hot Air Balloon Festival, rasanya festival ni ada tiap2 tahun, cumanya sebab this year dah duduk kat Putrajaya, so rasa teruja lebih lak nak pergi.. Alasan nak bawak Zarra! Padahal Mummy nya yang teringin! Hahahah.. Ada ke orang mengidam nak tengok hot air balloon?? Mengada kan!

Start Khamis (15 Mac) sampai Ahad (18 Mac). Nak pergi Khamis petang lepas kerja, hujan, try nak gi Jumaat, hujan jugak! Sabtu lak, dah gi meronda2 kat KL, balik Putrajaya tak hujan pulak! Tapi sebab dah lewat, so takdela pergi kan! Jadinya, Ahad jela tinggal untuk mencuba nasib..

Dan kami berjaya!! Yieha!!!


Mummy, Zarra & Lil-Z at the age of 38 weeks+ in the womb! Masih gigih ye!!




Zarra macam agak 'peghak'. Tak pernah2 dia tengok balloon sebesar2 gitu! Senyap je tengok balloon tu! Tanya dia nak naik tak? 'Nanak, ada api, Arra takut!' hahahah... Nasib baik tak nak naik, kalau nak naik jenuh nak kena beratur panjang!

Manusia memang ramaila kan, kata pun Ahad, last day lak tu! Ingatkan nak drive-thru je sebab takde parking, tapi dah rezeki ibu mengandung kan, dapat lak parking yang agak strategik, takdela jauh sangat kena berjalan! 

We had fun, walaupun just tengok2 je, nak naik org ramai, nak beli segala benda pun beratur panjang, just dapat belikan Zarra bubble gun je, sebab dia tengok ramai budak2 main, dia pun nak..

p/s: Zarra, next year kita bawak adik pulak gi tengok balloon ye, tapi kita jangan gi weekend, sesak sangat kan!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...