Friday 29 June 2012

My happy 3 months old baby..

26 Jun 2012, baby Tiya genap berusia 3 bulan!



Pandai tengok kamera, macam faham je..


Progress? Pandai angkat kepala, badan dah keras, pandai senyum & dah mula mengiring... 


Ready nak gi injection..

Check up semalam, Alhamdulillah Tiya sihat.. Cumanya dia ni agak kurus slim melim.. Tak macam kakak dia dulu, bam bam bam... Berat 3 bulan tak sampai 5kg pun! Naik few grams je dari umur 2 bulan, baru 4 kilo lebih.. Takpelah adik, nanti minum susu banyak2 lagi ye... Janji adik sihat cukup!

Bila Tiya dah 3 bulan, Mummynya dah sedih2 dah.. Kenapa?

Sebab.... Mummynya dah kena start kerja dah.. Kerajaan bagi cuti 90 hari je, jangan over! Tapi over gak sebab saya amek extra 4 hari cuti rehat, sebabnya takde orang nak jaga anak2... 2 Julai baru saya start kerja, Zarra pun start sekolah bawah ofis saya tu... 

Tiya siapa lak jaga sebab Nendanya balik KL on 16th July.. Abahnya la... Tapi nanti saya kena cuti jugak, ada 11 hari bekerja sementara Nenda nak balik, so hubby cuti separuh, saya cuti separuh.. Apa blh buat... Ampunkan saya bos!!

Wednesday 27 June 2012

Anak, Kakak, Mummy & Isteri...

Rasa macam 'anak yatim piatu' lak sekarang...

Mana taknya, dua2 Mama & Abah takde dalam Malaysia... :( Dua2 kat UK...

Mama pergi dah lama, sejak2 ku habis pantang (15 Mei) sampai 16 Julai baru balik sini.. Yes!! 2 bulan ye!!


Saje pergi berehat, berjalan2 & yang paling penting nak bagi moral support kat adikku Udin masa final exam.. & Alhamdulillah Udin pun dah lulus exam

Last 10 days, Akak pulak gi sana.. Bestnya, dia jalan2 kat London, Paris, Venice & last sekali gi rumah Udin kat Newcastle.. Akak takde, I'm taking over her responsibility as a big sister.. Walaupun takde buat benda sangat, adik2 dah besar...


Ok makan hati!

Dan tiba2 rasa macam besar lak tanggungjawab, bila Abah pulak pergi semalam! Abah pergi 3 minggu pulak.. Tunggu Udin konvo & sementara tu Abah nak pergi tengok venue Sukan Olimpik & gi jalan ke Ireland..
Abah, Mama, Akak & Udin kat Malaysia Hall, London..

InsyaAllah, Abah, Mama & Udin will be back on 16th July. Akak lak sampai sini esok...

Ya Allah Ya Tuhanku, mohon tiada kesukaran padaku dan adik2 ku sepanjang ketiadaan Abah & Mama.. I'm a super daughter, sister, wife & Mummy now! :) Next week dah kerja lak, bertambah super la jawabnya..

p/s: Abah, Mama, Akak & Udin... I really miss u guys!

Tuesday 26 June 2012

The best activity in life!

What's the best activity in your life??

As for me.... I really love........















SHOPPING!!!

Hahahahah.. Ada ke pompuan tak suka shopping? Jangan tipu... Suka kan, tapi kalau takde duit atau duit kurang terus jadi tak suka..

Minggu ni adalah my last week of 3 months holiday.. Pejam celik pejam celik dah nak start kerja dah minggu depan (2 Julai..) Zarra pun akan mula sekolah minggu depan. Tahun ni dia belum pakai uniform lagi, so benda yang memeningkan Mummy bila dia nak start sekolah ni mesti la pasal baju dia!

Bila dibelek2 dalam almari, rasanya macam dah lama tak beli baju untuk Zarra. Last shopping hari tu belikan untuk adiknya je.. Nak gi sekolah nanti, kena 'bekalkan' 3 set baju sehari. Sepasang dipakai lepas mandi pagi, sepasang lepas mandi petang & sepasang lagi buat spare kot2 baju kotor ke, dia muntah ke, basah ke... So seminggu kena ada 15 set baju! (sebab haruslah Mummynya takkan basuh baju hari2 kan!)

15??? Confirm tak cukup stok!

Apa lagi? Jom shopping!

27 & 28 Jun ada AEON member's sale kat AEON Taman Maluri (previously known as Jusco). 28 Jun - 1 Julai ada KL Sogo Warehouse Clearance lak.. Dulu masa kerja kat Sime Darby, wajib kot pegi Warehouse Clearance KL Sogot tu! Berbaloi2!

Hubby.. tolong jaga anak2 boleh??? :)

Wednesday 20 June 2012

My pink girls!

Girls sangat sinonim dengan color pink!

Tak gegirl la kalau tak pink kan! :)



Ish2, cair sungguh tengok budak berdua ni! Macam mana Mummy nak gi kerja Julai ni sayang-sayang Mummy?? I'm gonna miss our 3 months' moment together..:(

Monday 18 June 2012

Back to school..

Dah lama Zarra tak pergi school.. Dia just pergi few days je masa bulan Januari, lepas tu nak jadi citer dia sakit admitted kat hospital sampai 8 hari pulak!

As advised by the doctor, Zarra kena direhatkan daripada bercampur dengan ramai budak2 dulu, biar dia sihat betul2 sebab takut kalau bercampur nnt, buatnya ada yang sakit, jangkit pulak kat Zarra.. Lepas tu Mummy cuti bersalin dari Mac sampaila Jun, so memang Zarra tak pergi sekolah langsung la..

Plan awalnya, habis pantang saya nak hantar Zarra masuk sekolah balik.. Tapi tiba2 ada ofis mate sms bgtau ada taklimat pasal taska bawah ofis saya, yang katanya akan dibukak tak lama lagi, so saya hold la dulu dari hantar Zarra masuk school lama dia tu.. 

Saya pegi dengar taklimat taska tu, dan yang happy & leganya bila diberitahu taska bawah ofis tu akan mula beroperasi pada 18 Jun 2012.. Penantian berakhir jua, senang banyak la kalau taska bawah ofis dah bukak..

Terus saya register & bayar yuran sekolah Zarra tu.. Last 15th June, taska tu buat open day & majlis doa selamat.. So, saya bawak la Zarra tengok2 sekolah dia.. Dia punyalah excited & happy bila masuk & tengok sekolah dia.. Siap tak nak balik!





 Salam all the teachers.. Gud girl!

Pose2 kat lobby ofis Mummy kejap sementara tunggu kawan2 Mummy turun nak tengok baby Tiya..

Cantik kan sekolah Zarra, jauh beza dengan sekolah lama dia tapi yuran lagi murah dari dulu.. Rezeki Zarra.. Nanti baby Tiya dah setahun, insyaAllah saya nak masukkan dia kat situ jugak, so senang dua2 dekat dengan saya...

2 Julai ni Zarra akan start sekolah baru.. Lebih kurang 5 bulan ni dia lebih pada playschool, main2, belajar pun benda simple2 je dulu. Tapi start Januari tahun depan, Zarra dah masuk tadika. Yang bestnya taska tu, dia ada tadika sekali untuk budak 4-6 tahun. Senang kan, terus kat situ je sampai umur 6 tahun.. So next year, Zarra akan pakai uniform tadika! Ya Allah, cant wait!

Cepatnya masa berlalu, cepat betul anak Mummy membesar, paling tak sabar nak tengok dia pakai uniform next year.. Belajar pandai2 ye sayang!

Sunday 17 June 2012

Happy Abah's Day!

Abah... Namanya Abd. Rahman Hj. Ghazali.. Seorang abah yang sangat cool, relax, kuat bekerja, pembersih, kemas dan rajin! Sayang Abah selamanya.. Moga Abah diberikan kesihatan yang baik & semoga Abah pada anak2 Angah sekuat dan sehebat Abah! 

Abah, Mama & baby Tiya..

Abah pada my daughters, Zarra dan Tiya.. Namanya Mohd. Aidil Khamis.. Dia Abah yang sangat sempoi! Nampak macam rock2, tapi pandai melayan anak! Kalau tinggal anak kat rumah, insyaAllah selamat.. Dia suka beli mainan untuk anak dia, tapi bila bersepah, dia juga yang akan buang mainan tu! Hahahaha... Mummy sayang Abah sangat2, and continue being a good father ok!



Abah mertuaku, namanya Khamis Pit. Orangnya periang, rajin, kuat semangat dan sangat positif.. Abah nampak macam garang, tapi punya hati yang sangat baik.. Zaf doakan Abah sihat dan happy selalu ye bah!



To all fathers, Happy Father's Day.. Do u know that Mothers are the strongest person on earth, but we will be more stronger if u are around!  :)

Saturday 16 June 2012

Raikan Cinta..

14 Jun 2012, nak plan macam2 untuk celebrate anniversary agak payah, sebab ada baby.. Mulanya nak gi vacation, tapi long journey haruslah memenatkan dengan baby.. Nak tinggal anak2 tak mungkin la..

Jadinya, untuk tidak menghampakan each other, kitorang celebrate our anniversary dengan lunch yang simple tapi sedap, kenyang & selesa untuk bawak anak-anak...

Kat mana? Quality Hotel, KL....

Makan apa? Buffet Dim Sum... Favorite kami berdua, rasanya last kitorang makan dim sum last year masa anniversary gak.. Dah duduk Putrajaya ni agak payah la nak gi makan dim sum, dulu catwalk je dr ofis lama ku.. Nak2 dia lunch time je ada, kalau dah kerja memang payah!


Dessert? Ice-cream cake from Baskin Robbins... Nyum nyum sedapnya!! Dah 4 hari pun tak abis lagi! Hahahaha...



Kek anniversary Mummy & Abah tapi dia yang excited lebih macam birthday dia!

Next year, boleh la fikir something more interesting to celebrate our 5th anniversary.. Nak bawak anak-anak pun dah senang sebab dua2 dah besar.. Atau pun tinggal kejap, Mummy & Abah gi honeymoon berdua! Wink wink...:)

Happy 4th Anniversary hubby! Love u so much!!

I'm a proud sister!!


Postpone jap citer pasal anniversary celebration, sebabnya ada lagi 1 benda yg lebih menarik utk diwar-warkan!!

I'm a proud sister to Dr. Mohd. Zafiruddin Abd. Rahman, MBBS (Newcastle)!

Alhamdulillah, adikku Udin dah lulus exam dan kini bergelar Doktor!!! Syukur, terima kasih Ya Allah atas kekuatan dan kecerdikan yang Kau anugerahkan pada adikku..

6 tahun menuntut ilmu di Newcastle, jauh dengan family, susah payah sendiri, Udin sangat kuat dan cekal! Kini cita-citanya, impian dan harapan kami sekeluarga dah berjaya digapai!



Us last year in G Hotel, Penang..


Sekarang Udin tengah happy, jalan2 dengan Mama & Akak gi London, Venice, Paris segala sementara tunggu convocation next month. He'll be back in KL, fews days before puasa.. Tapi 2nd Syawal, Udin kena report duty kat Hospital in Singapore.. Siap dah ada kerja ye! Rezeki Udin...

Once again, big congratulation to Dr. Zafiruddin, susah payah Udin dah berhasil, I'm a proud sister to a handsome and young Doctor! :)

Thursday 14 June 2012

4 Tahun Lalu...

4 tahun lalu... Umurku 25, umur dia 26...

4 tahun lalu... Aku masih di bawah jagaan Mama & Abahku, sehingga 14 Jun, sekitar jam 5 petang...

4 tahun lalu.. Aku seorang, tiada tanggungan mahupun sesiapa yang perlu aku bela..

4 tahun lalu... Aku bersedia bertukar status, satu keputusan hidup dan matiku...


14 Jun 2008, status bujang bertukar kepada status isteri..

14 Jun 2012, status terus berubah menjadi ibu kepada 2 anak perempuan, dan masih menjadi isteri yang bahagia!

14 Jun 2012, Zafirah dan Aidil masih kukuh bersatu sebagai suami isteri, meraikan ulang tahun perkahwinan keempat kami dengan Zarra & Zazza.. Alhamdulillah, moga ikatan ini berakhir di syurga...

Moga senyuman pada waktu ini tidak berubah selamanya...

To my dearest hubby, terima kasih kerana memahami jiwa ini, jadilah sahabat dan teman saya selamanya, jadilah Abah yang terbaik untuk anak-anak kita.. Hanya maut yang mampu memisahkan kita.. Aminnn...

Kekuatan Mummy & Abah..

Tuesday 12 June 2012

Berjaya!

Yay, rasanya macam berjaya la jugak..

Berjaya apanya??

Berjaya ajar Zarra shi shi & yak kat toilet! Giler tak happy, bila anak yang dah nak masuk 3 tahun dah tak pakai pampers di siang hari! (walaupun mcm agak lambat!)

Kiranya kejayaan terbesar Mummy dalam tempoh cuti 3 bulan ni la.. Berisi gak cuti Mummy, bukan setakat rest kat rumah je..

Big girl Mummy.. I'm proud of u!

Mcm mana ajar dia? Mula2 dulu masa dalam pantang dah ajar slow2, bukak pampers dia siang2, masa tu ramai yg boleh tolong, Hubby ada, Mama ada, even bibik pun ada.. Dia memang ada la kencing bersepah, agak penat & hampir give up jugak la!!

Lepas tu bagi dia pakai pampers balik.. Nak jadi citer, dia kena nappy rash, tak baik2, ubat dah habis dah.. Last2 pujuk dia, cakap kat dia tak payah pakai pampers la, mcm mana nak baik gatal tu kalau pakai pampers.. Suruh dia gi kencing kat toilet...

Awalnya, setiap setengah jam saya bawak dia masuk toilet... Bila dia berjaya shi shi dalam toilet dia bukan main happy lagi.. Janji la macam2 dengan dia, asalkan dia shi shi kat toilet...

Alhamdulillah, sekarang ni, rasanya dah 3 minggu dia tak pakai pampers siang2. Kalau tido je saya pakaikan..

Yay, Zarra dah big girl! Congrats Zarra!!! Nanti Julai ni ikut Mummy gi work k, lepas tu Mummy hantar Zarra kat school baru... :)

Fenomena ni tak mungkin terjadi buat masa sekarang! 

Jimat la sikit duit beli pampers.. Kalau tak Mamy Poko sebungkus 50 keping rasanya dalam masa seminggu je habis! Pengsan!!! Skrg beli untuk adik je, tapi adik tak pakai banyak sangat.. Zarra lak 50 keping tu lambat la sikit habis.. Thanks Zarra sebab cut cost Mummy & Abah.. hehehehe...

Monday 11 June 2012

New addiction...

New ke? Kesian, orang lain dah lama dah main benda alah ni, ku ni baru je nak bertatih2 belajar.. hahahah.. Bolehlah, better late than never kan!

Apakah benda alah tu? Ni ha....


~~~~~~~~~~


~~~~~~~~~~





Yeah, Instagram!! 

Tu pun tak pandai sangat lagi, iyelah ipad pun baru je ada kan, benda alah ni boleh guna kalau ada ipad, note, tab, iphone dan sewaktu dengannya.. 

Gunanya? Amek gambar, edit sikit masuk effect (rasa kagum bila tengok gambar tu cantik), then upload kat instagram.. Org yang follow akaun instagram kita akan dptla tengok gambar yang kita upload tu, pastu boleh like or comment.. Simple je application ni, tapi best, leka tgk gambar org yang cantik2...

Yang lagi bestnya, upload kat instagram, blh terus link ke Fb or Twitter.. Ni contoh gambar2 instagramku..



Konon cantik la kan, dah masuk effect sikit.. hahahah..

So siapa ada instagram, follow me at zafirahnajmi k!

Friday 8 June 2012

Visitors.. All of you are lovely!

Bila baby Tiya lahir, maka ramailah kaum kerabat, kawan2 yang jauh, yang dekat datang tengok dia.. Tak mungkin la nak tengok mak dia kan, mak dia ni dah 29 tahun dah orang tengok! Hahaha...

For all visitors, thanks for spending some time to visit my lil baby.. Thanks jugak pada yang bawak hadiah, or yang bagi angpow utk Tiya! But maybe ada yang datang tengok Tiya tapi tak sempat dicapture gambar, I'm so sorry, it doesn't mean I forget u guys, u are always in my heart! Cuma mungkin masa tu saya kelam kabut sikit, tengah susukan Tiya ke, buat teh ke, goreng karipap ke.. :)

So, this post is special for all my lovely visitors.. Thanks a billion!

Abah & Mama or Tiya's Tok Ayah & Nenda.. visitor ke? :)

Mak Tok ku - Tiya's Tok Nek..

Maksu & Amanda - Tiya's Tok Su & Aunty De..

Afan my youngest brother (center) with his friends..

Zafrie my eldest brother..

Akak (my sister) dtg tengok kat rumah immediately lepas ku discharge..

Office mates (Yana, Yanoor & Kak Ann) with my bff-Tina..

My bff or daddy cool to Tiya - Kam!

Bff - Tina yang temanku dr malam nak kena ceaser...

Wani (cousin) or Tiya's ibu Wani dtg bawak rombongan Tok-tok. Wawa bff Wani pun dtg tengok Tiya tapi takde gambar pulak! Sorry Wawa..

Tokki!

Ha! ni the youngest visitor, aged 50 days tapi punya la semangat.. Bukan bergambar dengan Tiya, bergambar dengan Mummy pulak! Tak sempat amek gambar ibu dia (Izul), masing2 kelam kabut dengan baby..

Ni visitor paling jauh, dari Kuala Terengganu, Aizan adik angkatku.. 

Ni kawan baikku zaman sekolah menengah hingga kini -- Cikgu Zida!

Ni pulak kawan baik zaman kerja Radio24 - Husna Afifi!

Aisyah (Afan's gf).. Datang dengan kawannya.. Gambar dicilok dr Twitter dia.. :)

Azira yang datang tiba2.. pandai cari rumah..

Ni mama Azira.. Lama dah kami kenal, dari zaman kegemilangan ku jadi dancer Erra Fazira lagi..

Cat & Kak Ziti my office mates..

Roslen pun office mate ku jua...

Last pic yang ada, Yuni my office mate gak!

That's all gambar2 yang sempat saya amek, & saya 'curi' dr FB, Twitter empunya pelawat.. :) 

Thanks jugak pada hubby's family dan friends -- Ida, Raef, Cina & Tini yang datang tapi terlupa lak nak amek gambar korang dengan baby Tiya.. Sorry! 

Tetamu ada rezeki, terima kasih byk2 sebab datang & tengok baby Tiya.. Moga Allah memberi rezeki yang lebih padaku & pada kalian jua! Love u all...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...