Monday 18 June 2012

Back to school..

Dah lama Zarra tak pergi school.. Dia just pergi few days je masa bulan Januari, lepas tu nak jadi citer dia sakit admitted kat hospital sampai 8 hari pulak!

As advised by the doctor, Zarra kena direhatkan daripada bercampur dengan ramai budak2 dulu, biar dia sihat betul2 sebab takut kalau bercampur nnt, buatnya ada yang sakit, jangkit pulak kat Zarra.. Lepas tu Mummy cuti bersalin dari Mac sampaila Jun, so memang Zarra tak pergi sekolah langsung la..

Plan awalnya, habis pantang saya nak hantar Zarra masuk sekolah balik.. Tapi tiba2 ada ofis mate sms bgtau ada taklimat pasal taska bawah ofis saya, yang katanya akan dibukak tak lama lagi, so saya hold la dulu dari hantar Zarra masuk school lama dia tu.. 

Saya pegi dengar taklimat taska tu, dan yang happy & leganya bila diberitahu taska bawah ofis tu akan mula beroperasi pada 18 Jun 2012.. Penantian berakhir jua, senang banyak la kalau taska bawah ofis dah bukak..

Terus saya register & bayar yuran sekolah Zarra tu.. Last 15th June, taska tu buat open day & majlis doa selamat.. So, saya bawak la Zarra tengok2 sekolah dia.. Dia punyalah excited & happy bila masuk & tengok sekolah dia.. Siap tak nak balik!





 Salam all the teachers.. Gud girl!

Pose2 kat lobby ofis Mummy kejap sementara tunggu kawan2 Mummy turun nak tengok baby Tiya..

Cantik kan sekolah Zarra, jauh beza dengan sekolah lama dia tapi yuran lagi murah dari dulu.. Rezeki Zarra.. Nanti baby Tiya dah setahun, insyaAllah saya nak masukkan dia kat situ jugak, so senang dua2 dekat dengan saya...

2 Julai ni Zarra akan start sekolah baru.. Lebih kurang 5 bulan ni dia lebih pada playschool, main2, belajar pun benda simple2 je dulu. Tapi start Januari tahun depan, Zarra dah masuk tadika. Yang bestnya taska tu, dia ada tadika sekali untuk budak 4-6 tahun. Senang kan, terus kat situ je sampai umur 6 tahun.. So next year, Zarra akan pakai uniform tadika! Ya Allah, cant wait!

Cepatnya masa berlalu, cepat betul anak Mummy membesar, paling tak sabar nak tengok dia pakai uniform next year.. Belajar pandai2 ye sayang!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...