Thursday 7 June 2012

Oh bibik!

Maaf.. entry ini agak panjang sebab emosi lebih! Hahahaha...

Bibik atau maid.. Namanya Yuni. Dia bukan bibik saya sebenarnya.. Dia bibik Mama.. Abah amek dia & bayar RM4k lebih masa Mama sakit last year, untuk tengok2 Mama & buat kerja rumah.. Asalnya semua ok!

Mama bawak bibik datang rumah saya di Putrajaya masa saya dalam pantang.. Iyelah, dah Mama jaga saya berpantang kan, takkan nak tinggal bibik kat Cheras lak.. Masa Mama ada semua ok, mau tak ok kalau dah Mama garang & tegas, dia memang tak berani lawan Mama..

15 Mei, Mama gi UK untuk 2 bulan.. Jadinya bibik dipinjamkan pada saya.. Boleh la bantu2 jaga anak2 & kemas2 rumah.. Masak, tetap saya yang buat, setakat sediakan bahan2 boleh la suruh dia buat.. 

Suprisingly, on that 15th May, Mama baru je berlepas ke UK, rasanya belum pun panas punggung dalam flight tu, si bibik ni dah mintak cuti 1 hari dengan saya! Ai bibik, kau memang tunggu Mama takde je kan nak keluar? Dia lupa kot majikan dia (Abah saya) ada lagi kat Cheras tu.. So memang tak dapat la dia cuti, Mama cakap nanti Mama balik bulan 7, dia boleh cuti 2/3 hari..

Abis kisah cuti, kisah perangai macam2 dia pulak.. Apa yg Mama larang, semua dia buat masa kat rumah saya. Iyelah, anak Mama ni kan baik, so mungkin dia fikir dia boleh pijak la.. Contohnya bergayut telefon. Mama cakap masa rehat je boleh cakap telefon, tapi bila Mama takde, telefon berdering setiap setengah jam, lepas tu sambil buat kerja, telefon selit kat tudung! Kau mampu?? Lipat kain, telefon selit kat tudung, mop lantai pun selit phone kat tudung! Ai bibik, lebih betul kau ni! Tapi saya senyap lagi, malas nak bising...

Kemuncaknya, kesabaran saya diuji.. Saya tinggal anak2 sekejap dengan dia sebab saya nak gi bayar yuran taska Zarra kat ofis.. Sekejap je kot, belum pun sejam, saya balik.. Dia tak perasan saya bukak pintu (takde niat pun nak bukak perlahan2).. Apa saya nampak????



Memang la dia tak dgr saya bukak pintu sebabnya...... Tangan kiri sibuk buaikan baby Tiya, tangan kanan tengah tolak2 Zarra yang kacau kat buaian dan yang penting sekali, telefon selit kat tudung! Damn!!! Kan kau dah kena jerit dari pintu tu! Kau tak pernah tengok aku mengamuk kan, ha sekarang kau nampak dah yang anak Mama ni pun boleh jadi macam Mama!!!

Saya terus mengadu kat Abah & bbm Mama, menggigil2 tangan menahan marah! Bab jaga anak2 saya dia main2 memang cari pasal la kan, benda lain saya boleh sabar lagi..

Abah face to face dengan dia. tanya apa masalah dia? Tup2 dia cakap dia nak balik Indon bulan Jun! Eh Jun tinggal lagi brape hari je kot masa tu, melampau punya bibik! Tapi kalau betul dia nak balik Indon, kenapa tak mintak belikan tiket flight ke, hantar gi Port Klang ke kan, ni dia mintak Abah hantar dia gi Selayang! Cakap jela kau dah tak nak kerja bik, sebab tu kau cari pasal kan!

So dipendekkan cerita, Abah pun malas nak tahan2 dia. Nanti dia apa2kan anak2 saya lagi masalah, Abah pun nak gi UK hujung bulan ni, so dia taknak jadi apa2 masalah masa dia takde nanti. Biarlah dia nak blah pun, tapi yang penting, berani lagi mintak gaji Mei dia.. Abah berkeras taknak bayar, Abah cakap dia langgar perjanjian sebab kerja baru 8 bulan, dahla amek dia pun kena bayar 4 ribu lebih! Ha, tak pasal2 bibik buat kerja amal dalam bulan Mei.. Tapi, hari yg dia nak pergi tu, sikit pun takde rasa sedih nak tinggalkan kami, apa lagi sedih tak dapat gaji, memang tak la, muka bukan main happy lagi!

Pergi la bibik, moga kau gembira dengan jalan yang kau pilih.. Kalau kau ada pun, aku sendiri dah risau nak tinggalkan anak2 dengan kau, lagi payah! Apa guna ada bibik kalau tak boleh dipercayai kan!

P/s: Tamat sudah episod bibik dalam hidup kami sekeluarga.. Plan nak amek bibik bila dah beranak 2 ni kena difikir seribu kali dulu, serik rasanya!

2 comments:

  1. kalau yana pun,hangin org tolak2 anak kita sesuka hati.hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaf tak hangin pasal tolak2 tu yana, sbb tau zarra mmg nakal.. tapi hangin sbb dia bergayut phone sambil jaga anak2.. phone selit kat tudung yg tak tahan tu, punyala nak bergayut sgt kan...mcm takde waktu lain nak bergayut..mmg kena jerit la kan! skrg dah takde aman sikit walaupun penat buat semua kerja sendiri tak kisah..

      Delete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...