Friday 31 May 2013

The latest Zarra Sophea...

Kakak ni, 4 tahun bulan September ni.. Bijak, banyak akal, banyak cakap, banyak tanya.. Kadang2 apa yang dia cakap tu kita tak sangka!

Kakak and Mummy in blue color theme..

Tu gambar latest Zarra Sophea. Masa tu dia teman Mummy gi Majlis Persaraan boss Mummy.. Mummy jadi emcee malam tu. Mula2 tak nak bawak, sebab Abahnya tak nak ikut, tapi dia tengok Mummy bersiap cantik2, terus dia pun nak bersiap jugak! Siap suruh make up dia.. Hai la Zarra, big girl dah...

Yes, she's not a baby anymore. Dah boleh harap (tapi ikut mood dia jugak..). Boleh tolong2 jaga adik (ikut mood dia jugak..), makan tetap banyak walaupun badan tak berisi mcm dulu lagi dah... Setakat ni dah kenal A,B,C, 1,2,3 dan lancar baca Iqra'. Alhamdulillah.. Teruslah membesar dengan sempurna ye wahai anak!


Johnson's Baby of The Year..

Lama dah contest ni kan sebenarnya.. Dari zaman Zarra Sophea kecik2 dulu Mummynya ni teringin nak masukkan anak contest tu.. Sudahnya tangguh2, sampai dah closing date! HAMPEH!

This year berangan lagi nak masukkan adik Zazza Teahara pulak. Sebab kakak dah terlebih age limit. Syaratnya:

1) Baby born after August 2011
2) Purchase any Johnson's product worth RM10.00 and above
3) Submit 2 pieces of baby's photos - close-up & full body

Syarat no.1 tu ok, lulus. Syarat no.2 tu senang je nanti bila2 kelapangan Mummy gi beli barang Johnson's. Memang selama ni pun pakai barang Johnson's especially body wash & shampoo. Syarat no.3 tu macam payah sikit. Gambar close up guna yang ini boleh???




 Smile....:)


Gambar full body kena usaha lebih sikit untuk dapatkannya.. Payah naw amek gambar si kecik ni sekarang, asyik berlari je... Nak2 Mummynya ni bukan professional photographer! Uuuurrrmmm doakan Mummy berjaya capture gambar adik ye!

Kalau dah cukup semua benda, bolehla try hantar penyertaan. Mana tau rezeki menyebelahi adik.... Aminnnnn.... Tapi tidaklah berharap sgt! :)

Thursday 30 May 2013

Astacol Premium..

Ini adalah business keluarga. Tapi tidak dinafikan khasiatnya.. Ku dah cuba dan kesannya telah dapat dilihat kini. Paling nyata, kulit tidak lagi kering...

Kelebihan Astacol

•    Mengandungi antioksidan yang sangat kuat
•    Membantu memutih dan melicinkan kulit
•    Mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan
•    Meningkatkan keanjalan dan kelembutan kulit
•    Membantu melembab dan menguatkan rambut
•    Membantu mengekalkan kesihatan gigi
•    Mengurangkan kesakitan sendi
•    Meningkatkan sistem imunisasi dengan meningkatkan anti-bodi
•    Membantu menghalang penyakit merbahaya
•    Menstabilkan tekanan darah
•    Melindungi semua bahagian sel daripada kerosakan oksidatif


Berminat?? Layari blog ini untuk details! Jom Astacol!

Wednesday 29 May 2013

Luncheon bersama YB Menteri..

Kejadian ni berlaku pada 25 April 2013.

Lokasi: Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Saya dan kawan-kawan di Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Jabatan Penerangan Malaysia  dijemput untuk menghadiri majlis makan tengahari bersama YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (yang lama), Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Motifnya adalah sebagai tanda penghargaan Menteri kepada kami warga penerbitan yang telah banyak menghasilkan bahan2 penerbitan (buku-risalah-coffee table books) sepanjang pentadbiran beliau.

Waktu majlis tu belum lagi pilihanraya, tapi semua pun dah maklum yang Dato' Seri Dr Rais tidak bertanding dalam PRU-13, seterusnya mengesahkan bahawa kami akan mendapat Menteri baru selepas pilihanraya. 

Itu majlis terakhir kami bersama Dato' Seri Dr. Rais, majlis yang simple tetapi cukup bermakna. Dalam menjadi tetamu, kitorang jadi AJK juga. 'Watak' ku lagi penting, jadi pengacara majlis (emcee). Perrrggghh sejak tau2 kena jadi emcee tu, mula la tido tak lena! Giler tak nervous, majlis Menteri tu!!!


Me in action! Muka nampak tenang tapi gigil sebenarnya!!

Majlis stop sekejap untuk lunch.. Tapi ku makan tak kenyang mana pun, makan cepat2 dah kena naik stage balik.. Rugi! Dahla lunch by Pak Engku...

 Group photo with Dato' Seri Dr. Rais. Turut serta Ketua Pengarah Penerangan - Dato' Haji Ibrahim Abdul Rahman, Timb.Ketua Pengarah Penerangan - Datuk Hajah Poziah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komuikasi dan Kebudayaan.

 Terima 'amanat' personally daripada Dato' Seri Rais.

Lama jugak Dato' Seri Rais luangkan masa dengan kitorang.. Sempat jugak dia bagi amanat personally padaku. Katanya 'suara bagus, ada bakat jadi emcee, cuma perlu lebihkan eye-contact dengan audience.." InsyaAllah Dato' Seri, saya akan perbaiki segala kekurangan. Saya budak baru dalam bidang ni.. :)

Warga BPDN bersama Pengarah, Datin Omi Habibah Shariff. Masa ni birthday Datin, dan Datin bersara secara rasmi.. (Datin in grey tudung)

Acara selepas majlis selesai! Mampu posing tengah bandar gini?? From left - Kak Zureen, Roslen, Hidayah & Me!

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu mengacarakan majlis yang dihadiri Menteri. Tak sia-sia tido tak lena! Hahahah...

Zazza Teahara in a new nursery!

Dah lama nak tulis pasal ni, tapi memanjang lupa je...

Tiya officially moved to the new nursery on 2nd May 2013. Dah masuk Taska Laman Cerdik, sama dengan kakaknya.. Cuma dipisahkan dengan bilik berbeza. Kakak punya area kat belakang, untuk kids from 4-6 years old. Bilik budak2 1 year+ depan sekali, besar ruangnya.. Kat situ la anak2 comel ni main, tido, makan semua.. 

Ni gambar lama... The 4th pic is Tiya's area..  1st and 2nd pics tu area kakak..


 Pics courtesy from Ijang.. Ku tak sempat amek gambar Tiya, hari2 letak je dia dalam bilik tu, terus lari keluar cepat2 sebelum dia meraung! hahahaha...

So far, dah hampir sebulan Tiya kat situ.. Masih dalam proses membiasakan diri.. Awal2 dulu memang menangis la sebab tak kenal teacher baru.. Tu la masalah kalau tukar taska, taska lama dulu ok, takde masalah langsung, Tiya pun serasi dengan Teachers semua. Tapi disebabkan faktor lokasi dan masa, Mummy terpaksa pindahkan Tiya ke taska bawah pejabat ni. Puas menunggu Tiya cukup umur, sebab Taska Laman Cerdik cuma terima anak bermula setahun 6 bulan, tu pun Tiya dapat gak masuk walaupun baru setahun sebulan...(Daftar sejak umur Tiya 3 bulan tau!)

Tukarkan Tiya ke taska baru ni ada pros and cons la kan.. Have to accept everything, asalkan tiada kejadian2 yang melampau sudah..

Satu tak bestnya, taska ni aircond 100%, walaupun aircondnya taklah sekuat aircond kat pejabat, but still, babies kalau tak selesema tak sah! Kuat ye anak, InsyaAllah nanti kamu biasa... Zarra dulu pun memanjang selesema, tapi sekarang dah imune agaknya.. Hahahha..

Yang bestnya, Mummy tak payah kelam-kabut berkejar nak punch card pagi2, sebab dua2 anak Mummy dah duduk taska yang sama, bawah ofis pulak tu, lebih bahagia di situ...

Gambar Zarra dah 'naik' kat dinding Laman Cerdik, akhirnya setelah berapa lama berhutang gambar.. Yang penting siap ada Mummy & Abah.. :)

Buat Pn. Yuzila (pemilik Taska Naliadif) dan semua teachers Taska Naliadif (taska lama Tiya), terima kasih kerana mengasuh Tiya/Zazza sejak umurnya 5 bulan sehingga dia berusia setahun sebulan. Tiada cacat celanya, saya sangat menghargai jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Buat ibu bapa yang mahu menghantar anak, saya recommend Taska Naliadif ni!

Tuesday 28 May 2013

Festival Belia 2013

Hujung minggu lepas, Putrajaya meriah dengan Festival Belia 2013. Ish ish ish, cepat betul masa berlalu, last year masa Festival Belia ni ku sedang berpantang di rumah...

This year, kebetulan Jumaat tu cuti hari Wesak, hubby sajelah ajak jalan2 bawak anak2 gi Festival Belia tu. Orang tak ramai sangatlah, tapi gerai/booth punyalah banyak, tak tau nak tuju mana satu. Rasanya ada la dalam 5km tapak festival tu... Kat situ la ada Jom Heboh, kat situ la byk pentas, byk gerai2 jualan, byk sports show, motor show bagai.. Mana nak gi ntah!

Jalan jelah, Zarra nampak org jual air memanjang nak beli.. Hai la anak....

Si adik lak, kejap duduk stroller, kejap nak berlari, kejap nak dukung....

Dah penat berjalan, kitorang naik shuttle pusing2 situ.... Tapi tetap tak 'tercover' seluruh area festival!

 
 Hubby & Zarra main giant bubble..

 Adik tukang kejar bubble..

 Nampak orang jual belon pulak..


Oh poney.. Zarra takut2, suruh naik tak nak..Pegang pun hujung2 je.. Topi koboi tu tak tahan!

Lepas makan, tengok konsert battle of the band kejap, then balik la.... 

Monday 20 May 2013

Gambar pasport!

Dah lama 'berhutang' nak bagi gambar pasport anak kat Taska.. Daripada mula2 Zarra seorang je kat taska tu, sampai adik pun dah masuk, rasa bersalah pulak tak bagi gambar anak2 kat sekolah!

So semalam, curi-curi masa, ku bawaklah dua beradik tu pergi amek gambar pasport. Tapi agak musykil sebab kedai tu kata dia tak amek gambar pasport baby. Elok lepas amek gambar Zarra, dia bukak lak tirai biru tu, biarkan putih je.. Motif?? Ada beza ke amek gambar pasport toddler & baby? Bayar sama je pun! Malas nak banyak2 tanya, ku pasrah jelah konsepnya...

Hasilnya???



Zarra sedaya upaya cuba senyum sambil cover gigi tak berapa cantik dia tu! hahahaha...

Adik pulak itu jelah hasil yang berjaya selepas 2 keping gambar awal tu gagal.. Nak tau sebab apa gagal?? Sebab dia pose gini...




~~~~~~~~~~~~~~~~~




~~~~~~~~~~~~~~~~~




~~~~~~~~~~~~~~~~~




~~~~~~~~~~~~~~~~~




 
Ya ampun, dia buat muka bagi orang geram! Hahahaha...

Happy Teacher's Day!

Anak kecil berusia 4 tahun pastinya masih tidak memahami erti sambutan Hari Guru... Tapi sebagai Mummy, ku rasakan tidak salah mendedahkannya, agar dia belajar menghargai gurunya seawal ini. Dia akan bersama guru-guru untuk tempoh yang lebih panjang. Harapnya dia akan lebih memahami selepas ini...

Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun. On 15th May, kebetulan ku keluar berjalan, teringat nak belikan sesuatu untuk Teacher Zarra. Takdelah mahal pun, tetapi cukuplah sebagai tanda ingatan..

On 16th May, ku bagi Zarra bawak present tu.. Suruh dia bagi pada Teacher Mas. Dia tanya kenapa? Ku cuba terangkan dalam cara yang paling simple sekali, supaya dia faham walau tak banyak. Dia bawak present tu, bagi kat Teacher Mas & ku suruh dia peluk Teacher... Dia buat je, malu2, Mummy yang syahdu.. Teacher gelak je, kawan2 dia semua tengok. Pelik agaknya kenapa Zarra bagi present kat teacher.

Taska Laman Cerdik buat sambutan Hari Guru pada 17 Mei. Dalam message book, parents digalakkan membawa makanan (kecuali junk food) untuk memeriahkan majlis sambutan.. Pasti meriah, walaupun parents tak dijemput join! Hahaha..

 Cantik kan deco dia.. Semua students masuk taska impressed!

 Tengoklah Zarra tu, sengih bukan main! 

 Dengan kawan2.. Look at her (2nd from right), sibuk berpeluk dengan Mia si best friendnya..

100 pcs apam polkadot ordered for them.. 50 daripada Zarra & 50 daripada Zazza.. :)

Adik dah duduk taska yang sama dengan kakak, cuma dipisahkan oleh bilik yang berlainan. Sebab tu gambar adik takde, Mummy tak sempat captured. Adik masih dalam proses menyesuaikan diri dengan taska baru.. So letak je dia dalam bilik tu, kena lari cepat2, nanti dia menangis nak ikut.. Hahaha... 

But from her teacher's feedback, adik ok, kuat makan, tido pun ok... Masa celebration teacher's day tu, teacher kata dia makan banyak!! Iye memang kuat makan sekarang, walaupun gigi cuma 3 batang...

Happy Teacher's Day to all teachers.. Semoga terus-terusan sihat untuk berbakti kepada anak bangsa..

Untuk Teachers di Laman Cerdik, terima kasih kerana menjaga dan mendidik Zarra & Zazza...

Monday 13 May 2013

Happy Mother's Day!!

12 Mei 2013 - hari ibu disambut Malaysia.

Walaupun ada kata-kata yang melarang umat Islam menyambut hari ibu, tapi ku rasakan kalau niat kita betul, insyaAllah tidak terpesong. Perlu ke berniat lain selain mengingati/menghargai ibu kita?? Ntahla, lain orang lain penerimaannya kot...

12 Mei -- ku bekerja di Radio24. Habis kerja kul 4, dah pasang niat sendiri untuk bawak Zarra & Tiya jalan2, main basikal kat taman.. Iyelah, diorang pun kecik lagi, takkan nak harapkan diorang celebrate kot! Macam biasa, I dont expect anything from my husband, dia patut raikan maknya, bukan isterinya.. :)

Tapi Zarra macam dah bijak, Abah dia ajar kot.. Ku balik rumah, dia cakap "Selamat Hari Ibu, Mummy.." Alahai, cairnya.. Makin besar anak Mummy...

 Arra sayang Mummy.. Oh adik buat hal sendiri di situ...

 Me and my precious!
 Lokasi : Taman Botani Putrajaya.. Nampak Jabatan Perdana Menteri belakang tu!




Ni gambar masa bawak anak2 main basikal last week.. Zarra dah pandai kayuh basikal (akhirnya..) Tiya lak baru dapat basikal tu... Tu yg happy sgt tu!

Untuk Mama? Ku sempat tempah gambar ni untuk Mama.. Takdelah mahal pun, tapi itulah tanda ingatanku untuk Mama..

Takde rupa Mama sangat pun! Hahaha...

Selamat Hari Ibu untuk semua wanita yang bergelar ibu.. Tidak kira betapa susahnya kita memegang gelaran itu, kita adalah insan terhebat di muka bumi ini.... Moga kita semua akan terus sihat untuk berbakti pada keluarga... 

To Mama, Angah sayang Mama sangat2.. Terima kasih atas segalanya, hanya Allah yang mampu membalas jasa Mama.. You're my idol forever!


Tuesday 7 May 2013

APC..

APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah berlangsung pada 18 April lepas di Istana Budaya...

As my previous post, dengan rasa rendah hati saya menerima APC tahun ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan meriah...

 Proud me! :)

 Sempat captured gambar masa closing show khas untuk Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim..

 Persembahan oleh artis budaya Istana Budaya..

Buat kali pertama berbaju batik 'pure'.. Itu pun sebab wajib berbatik.. Dekat 3 tahun kerja takde baju batik! Hahaha...

Ini ha sijilnya... :)

Gambar official.. Lebar naw sengih... Hahaha...

Moga anugerah ini memberikan semangat untukku terus berkhidmat dengan lebih cemerlang.. Aminnnn...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...