Sunday 14 April 2013

Rezeki.. Alhamdulillah..

Tika mengetahuinya, seribu rasa terbit!

Segan, rasa 'kecik', rasa bangga pun iye gak dan of coz la happy bersyukur sangat2..

Saya mula berkhidmat dalam sektor awam pada 15 Julai 2010, Julai tahun ini 'baru' 3 tahun perkhidmatanku.. Memang baru, rasa macam budak baru belajar sebab tu saya cakap saya segan...

Iyelah, segan apabila dipilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk tahun ini... Segan sangat, sampai rasa tak nak orang tau pun mengenainya..


Bak kata Mamaku pabila dimaklumkan padanya, 'hey, Mama nak pencen baru dapat APC tau!' Alahai, terus rasa 'kecik' sangat diriku ini....

Apa pun, syukur pada Allah, kerja-kerja ku selama berkhidmat di Jabatan Penerangan dihargai, terima kasih bos! (Ceh, macam ucapan kemenangan la pulak...) :)

18 April ini majlisnya, di Istana Budaya... Doakan ku akan terus cemerlang! Hahahahaha...

2 comments:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...