Monday 27 August 2012

Selepas Raya...

27 Ogos -- 9 Syawal, ku dah kembali bekerja... Walaupun mood Raya masih menebal! Hahahah...

Zarra Sophea sangat happy kembali bersekolah.. Iyelah dia cuti start 16 Ogos lagi, dah 10 hari tak gi sekolah, hari2 tanya bila school nak bukak....

Zazza Teahara??? Genap 5 bulan semalam (26 Ogos) & hari ni 1st day hantar dia ke taska Naliadif kat Desa Pinggiran Putra. Uuuuwwwaaa seribu satu rasa ni, risau, susah hati.. Dia dahlah tido buai kat rumah, tp kat taska tak boleh ada buai.. Harap2 dia ok, & hari ni pun dia half day je kat taska tu sbb lepas lunch ni nak bawak dia gi injection... & jangan taska tu reject dia sebab alasan nangis2 & tak tido macam cerita pengasuh dia dulu tu sudah!

Budak 5 bulan... 

Progress -- dah mula bergerak ke depan belakang, berpusing 360 darjah dah... Tak lama lagi dia vacuum satu rumah la ni.. :)

Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan lah anak-anakku, tak kira di mana jua mereka berada.. Sesungguhnya merekalah nyawaku... Aminnn...

Thursday 16 August 2012

Selamat Hari Raya!


Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Wednesday 15 August 2012

Menjelang Syawal...

Ish ish ish, tinggal lebih kurang 4 hari lagi semua umat Islam akan merayakan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa..

Syawal is just around the corner! Syukur Alhamdulillah, setakat 26 Ramadan ni ku masih berpuasa penuh.. Yieha, sila jangan jealous.. Inilah rezeki ibu yang masih menyusukan anak... Hahahah...

Ku masih bekerja.. Sampai Jumaat.. Hubby dah cuti... Zarra pulak sekolah dia tutup esok, Tiya masih takde babysitter.. Hari ni last la dia ikut Mummynya datang ofis, esok Zarra & Tiya akan dibabysit Abahnya...

Buat apa ntah kat ofis? Ntah! Ramai yang dah cuti, mood kerja pun dah takde, tapi dah tak apply cuti kan, so datang jelah kerja....

Persiapan raya? Oklah, lebih pada anak2, kuih pun saya beli sikit2 je, elakkan pembaziran... Tapi yang bestnya tahun ni kami 4 beranak tempah baju material sama, tak sabar nak pakai pagi raya... :) Color apa? Rahsia dulu la..

 Zarra's 1st raya -- 20 hari umurnya..

 Zarra's 2nd raya -- setahun 10 hari..

Zarra's 3rd raya -- exactly 2 years old! Celebrate birthday masa raya lagi..

Tahun ni, Zarra beraya dengan adik Tiya.. Excited sangat dia semalam try baju raya dia.. Skrg dah pandai nilai duit, kalau tanya dia duit raya nak buat apa? Dia jawab 'nak beli play doh..' Baiklah anak Mummy, nanti kita beli play doh pakai duit raya ye.. Dulu2 pun Mummy teringin nak beli play doh tapi tak mampu.. Sob sob.. :(

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin daripada Zaf, Aidil, Zarra & Teahara.. Siapa yang nak balik kampung tu, berhati2 di jalan raya ye....



Thursday 9 August 2012

Day 3 at Mummy's office...

Inilah anakku yang kuat!

Hari2 dibangunkan kul 7.15 pagi, disiapkan nak bawak gi ofis Mummy...

Hari ni hari ketiga baby Tiya ikut Mummy gi kerja...


Haruslah mengantuk kan.. Dah bangun awal... Dalam kul 9 pagi dia akan tido gitu.. Lepas tu bangun main2 dengan kawan2 Mummy, dalam kul 10.45 pagi saya hantar dia balik rumah.. Biasanya terus masukkan dia dalam buai, dia terus tido! Semalam Abah dia kata dia tido dari balik tu sampai pukul 4 petang! Penatnya dia..

Latest update, saya & hubby terpaksa bersabar bersusah2 begini sampai cuti raya nanti.. Saya dah dapat taska untuk Tiya. Taska baru, kat Desa Pinggiran Putra, bukak 27 Ogos nanti. Owner taska tu dah ada 1 taska, tapi taska tu dah penuh. So dia masukkan Tiya ke taska baru dia. Taska tu amek baby paling ramai pun 4 orang je.. Setakat hari saya daftar tu, baru ada 3 babies..

Rasanya tu la tempat terbaik untuk Tiya.. Cari pengasuh tak jumpa, lagipun pengasuh sorang jaga ramai2.. Kalau taska, 4 orang baby, pengasuh 2 orang.. Kalau Tiya meragam at least ada la 2 orang yang boleh gilir2 jaga dia...

Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan anakku, tak kira di mana jua dia berada...

Wednesday 8 August 2012

Kesian dia..

Rasa macam nak mengeluh panjang je kalau fikir 'masalah' ni.. Rasa macam nak nangis pun ada..

Sekarang life saya mcm kelam kabut sikit sebab baby Tiya takde orang jaga.. Lebih kurang 2 minggu Mama saya jaga. Dan lebih kurang 2 minggu la saya banyak duduk kat rumah Mama dari duduk rumah sendiri. Bila hubby cuti baru saya bawak anak2 balik sebab Hubby boleh jaga Tiya..

So mulai minggu ni patutnya hantar Tiya kat pengasuh.. Saya pun macam dah penat ulang-alik Cheras-Putrajaya, dengan jalan jamnya lagi. Tu yang cari pengasuh tu.. Zarra takde masalah sebab dia mmg dah gi sekolah bawah ofis saya.

Isnin lepas, tryla hantar Tiya kat sorang pengasuh kat Presint 9 ni. Tu pun kawan saya rekomen sebab dia jaga anak kawan saya tu.. Ingatkan okla, sekali bila saya amek Tiya, kakak pengasuh tu cakap dia tak nak jaga Tiya! Alasan -- Tiya nangis2, tak nak tido! Saya pujuk suruh jaga seminggu dulu, sebab mungkin Tiya belum kenal dia, belum kenal rumah dia tu, tak nak dia, tolak mentah2! Bengang pun iye gak, dia sendiri cakap, budak2 yg dia jaga dulu pun nangis2 gak, tapi skrg dah besar dah semua.. Abis tu kak, dah memang baby mcm tu perangainya, kenapa akak terus reject Tiya camtu je??

Saya pun angkut jela semua barang2 Tiya, dah dia tak nak jaga nak buat mcm mana kan.. Karang dipaksa2 dia buat apa2 lak kat Tiya, dah satu hal pulak!

So semalam, saya bawak Tiya datang ofis.. Hari ni pun sama... Dan mungkin hari2 berikutnya begini jua selagi takde pengasuh! Kesian Tiya, elok2 tido, saya angkat, lap2 badan dia, tukarkan baju dia.. 

 Day 1 at Mummy's office..

Day 2.. Kesian dia, tido camtu jela..

Hubby kerja 10 malam sampai 10 pagi. So dia sampai rumah dalam kul 10.45 pagi, saya hantar la Tiya balik.. Sedihnya, tapi saya takde pilihan, takkan saya nak cuti lama2 pulak kan!

Sabar ye anak Mummy, i'll get a good place for u soon...

Siapa ada contact babysitter around Putrajaya, please help me...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...