Thursday 9 August 2012

Day 3 at Mummy's office...

Inilah anakku yang kuat!

Hari2 dibangunkan kul 7.15 pagi, disiapkan nak bawak gi ofis Mummy...

Hari ni hari ketiga baby Tiya ikut Mummy gi kerja...


Haruslah mengantuk kan.. Dah bangun awal... Dalam kul 9 pagi dia akan tido gitu.. Lepas tu bangun main2 dengan kawan2 Mummy, dalam kul 10.45 pagi saya hantar dia balik rumah.. Biasanya terus masukkan dia dalam buai, dia terus tido! Semalam Abah dia kata dia tido dari balik tu sampai pukul 4 petang! Penatnya dia..

Latest update, saya & hubby terpaksa bersabar bersusah2 begini sampai cuti raya nanti.. Saya dah dapat taska untuk Tiya. Taska baru, kat Desa Pinggiran Putra, bukak 27 Ogos nanti. Owner taska tu dah ada 1 taska, tapi taska tu dah penuh. So dia masukkan Tiya ke taska baru dia. Taska tu amek baby paling ramai pun 4 orang je.. Setakat hari saya daftar tu, baru ada 3 babies..

Rasanya tu la tempat terbaik untuk Tiya.. Cari pengasuh tak jumpa, lagipun pengasuh sorang jaga ramai2.. Kalau taska, 4 orang baby, pengasuh 2 orang.. Kalau Tiya meragam at least ada la 2 orang yang boleh gilir2 jaga dia...

Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan anakku, tak kira di mana jua dia berada...

1 comment:

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...