Monday 24 September 2012

Gathering..

5 tahun sebagai penari latar, 3 tahun sebagai pembatu peribadi (P.A)..

Cukup untuk merapatkan kami, menjadikan kami bagai sebuah keluarga kecil... Walau terpisah dek perubahan karier, perubahan status, setahun sekali tetap berjumpa (biasanya masa raya) untuk merapatkan ukhwah! Chewahhhh!!!

She's my ex-boss & my sister..

Date: 14 September 2012
Venue : House+Co Bangsar Shopping Complex
Agenda : Perjumpaan semula geng-geng lama EFE (Erra Fazira Entertainment) sampai lunch...


 Us... susah nak berkumpul ramai2 gini.. Masing2 dah ada karier masing2..

 Akak & Erra.. Akak pun dulu permanent back-up dancer Erra.. skrg kami dah pencen menari dah.. Yang kecik tu Aleesya, anak Erra..

 Amy & Erra.. Amy pun dancer Erra dulu.. Skrg Amy masih lagi menari & maintain je camtu..

 Ni Erra's favorite make-up artiste -- Kay Azman Ramli..

 Simon.. dulu selalu jadi soundman kalau Erra ada event besar..

 Zaini.. one of the dancer..Zaini masih menari & dah menyanyi pulak skrg.. Maintain muda!!

The beauty Mom & daughter.. Aleesya ni sebaya dengan my Zarra, tapi badan dia besar... Comel & cantik sangat, just like her mom..

Lagi gambar kredit to Simon..





Rasanya lepak dari kul 12.30pm sampai 3pm.. Lama jugak tapi macam tak puas, macam2 benda nak cerita.. Thanks for your time kak Erra & paling penting thanks for not forgetting us... Nanti ada masa kita jumpa lagi ye!

Thursday 20 September 2012

Raya 2012..

La, dah habis Syawal dah, rupanya cerita raya pun ku belum buat.. Tak prasan!

Raya 2012, menarik & meriah sebab raya berempat! Abah+Mummy+Zarra Sophea+Zazza Teahara.. Zarra dah besar dan bijak. Dah pandai request nak beli itu ini dengan duit raya dia... Tiya baru berusia 4 bulan lebih, gelak jela dia pandai & of coz, collect duit raya! Hahaha..

Tahun ni ku beraya di sekitar Cheras, KL, Putrajaya je.. Tapi raya pertama tu jugak sempat gi Merlimau, ikut family hubby beraya, tu pun 1 rumah je & balik hari je...

Tengok gambar jela jom!

 4 of us, pagi raya wajib di Kemensah, sejak2 nenekku dah tak duduk kat Kedah dah..

 Zarra Sophea!

 Zazza Teahara! Tahun depan baru pakai baju kurung ye..

 Lengkap family Abd. Rahman & Zainun tahun ni.. Siap ada tambahan sorang lagi cucu..


 5 beradik dengan Mama & Abah.. Adik2.. apasal korang pose gitu ntah?

 Siblings!

 Kaum lelaki dalam family..

 Kaum wanita pulak..


 Petang raya kat Melimau.. Kejar ayam!!

 Raya kat Midvaley jap! Hahahah..

 Raya ke-6, sempat jumpa kawan2 lama masa kat SMK Puterijaya..

 Nenda & Tok Ayah dengan 3 cucu..

Gambar paling cantik! Kredit to abg Arie..

Tahun ni raya dirasakan macam cepat sangat berlalu.. Tak sempat sangat berjalan sana sini.. Lagi2 bila dah start kerja, lagi la cepat raya tu habis...Bye2 Syawal, see u next year kalau panjang umur! :)

Tuesday 11 September 2012

Poor baby..

Umur baru 5 bulan setengah, tapi dah demam+batuk+selesema...

Faktor cuaca?? Jangkit dari orang lain yang tak sihat?? Ntahla, tak kisah pun dari mana sakitnya, itu ujian pada baby Tiya & Mummy Abahnya juga...

Takde parents dalam dunia yang mintak anaknya sakit, kita hanya mampu berdoa dan seterusnya bersabar uruskan anak yang tak sihat...

Demam dari Khamis lepas....

Demam dah kurang, batuk berkahak pulak.. Sampai hilang suara dia... Nangis pun slow je... :(

 1st time demam sejak lahir, sedih betul tgk dia gini..

 Senyum jugak ni walaupun tak sihat.. Makin kurus la anak Mummy ni..

Tengok tu budak tak sihat ni, layan Tayo Tayo bukan main lagi..

Get well soon my baby.. Kalau lah sakit itu boleh 'ditransfer' padaku, ku sanggup.. Seksa tengok dia batuk, tido pun tak lena...

Minggu ni tak hantar Tiya pergi taska, Abahnya amek cuti nak jaga Tiya.. Syukur ada suami begitu... Thanks a zillion hubby!

Tuesday 4 September 2012

I'm Happy When She's Happy..

Post ni agak emo...

Sebabnya ku berjaya membuatkan anakku happy.. Senyum sengih yang sangat berharga....

Bergembiralah anak, selagi Mummy mampu, Mummy akan buat Zarra gembira sehingga ke akhir hayat!!



 
Timmy Time birthday cake, Zarra sendiri pilih nak kek Timmy Time.. Icing image tu ku order online thru Edible Print, kek tu office mate ku buatkan...






This is my happy birthday girl.. Memang ku sengaja pilih nak celebrate birthday dia kat school, dia pun nak kawan2 nyanyi birthday song untuk dia.. Sementara nak sampai hari nak celebrate, hari2 dia tanya kek dah siap ke belum? :)

Zarra seronok sangat dapat bagi party hat kat kawan2.. Rasanya dia orang pertama yang celebrate birthday kat school! And now, I'm a happy Mummy!!!!

Saturday 1 September 2012

Her 3rd Birthday..

Happy birthday Zarra Sophea...


Dah 3 tahun dah dia.. Macam kejap sangat masa berlalu.. Teringat2 lagi pengalaman bersalinkan dia 3 tahun lepas...

Macam nak nangis je peluk cium dia semalam, tepat pukul 12 malam.. Dah besar anak Mummy....



Dia seorang yang sangat aktif, sangat petah bercakap, sangat lincah, kuat minum susu & kuat makan, dah pandai baca ABC, 123 Melayu & English & dah pandai baca Alif Ba Ta..

Oh.. Dia juga seorang kakak yang sayang adiknya, tapi suka cium adik kuat2!



Happy 3rd birthday Zarra.. Semoga Zarra terus-terusan sihat & menjadi anak yang bijak dan cerdik... Mummy sayang Zarra sampai mati!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...