Friday 6 December 2013

Zafrie & Zety's Wedding...

Zafrie, adik sulungku, selamat menjadi suami kepada Zety Erlina. Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar, dari Kuala Lumpur kami ke Ipoh untuk majlis pernikahan dan persandingan sebelah Zety. Seminggu lepas tu majlis sebelah kami pulak di Sri Petaling...

Nikah : 9 November 2013, Taman Meru, Ipoh. 

Sah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah...





 Yay dapat aunty baru!


Bride's reception : 10 November, Hotel Heritage, Ipoh.

 3 beradik siap nak gi wedding uncle Afi & Aunty Zety!

 Me and my angels!

Cantik sangat diorang ni! Tema weddingnya pun cantik dan lembut je...




 Sibuk tengok ikan dalam kolam!





Groom's reception : 16 November 2013, Dewan Komuniti Sri Petaling



 Candy buffet = Diabetis kaunter! Hahaha... Tempat ni yang 'licin' dulu...





 My angels, my flower girls!



 Siblings!


 Family are getting bigger!

 Mak mertuaku yg sporting kat photo booth..

 Us..Pengantin 5 tahun lalu.. :)

Pengantin dengan family mertuaku..

Adik nak kawen, kakak yang busy.. Biasa! Hahahah.. Kakak siap amek cuti tau, jangan main2! Alhamdulillah, majlis sebelah kami berjalan lancar (rasanya la).. Terima kasih buat orang kuat majlis - Aunty Ani (ibu mertua kakakku) & the team... Pelamin, hall deco, photo booth, candy buffet, hiasan meja pengantin, baju pengantin, kek semua Aunty Ani & team yang buat. 

Live band - band RAMD, Tentera Darat. Lagu best2, puas hati sangat!

MC - Shah Arshad. Good job Shah! Thanks a lot!

Lega sangat majlis kami berjalan seperti yang dikehendaki.. Lepas ni ntah bila pulak nak kenduri gini kan? Lambat lagi kot, adik yg sorang sibuk kerja, adik bongsu kecik lagi! Kecik??? Hahahaha... 

Apa pun terima kasih sangat pada semua yang terlibat, terima kasih buat keluarga yang sudi mengikut kami ke Ipoh & sudi memeriahkan majlis di Sri Petaling.. Saya kalian! Lastly, terima kasih jugak buat semua tetamu yang sudi datang bertandang.. Panjang umur, kita jumpa lagi....

Thursday 5 December 2013

Tadika oh tadika!!!!

Stress betul bila fikir bab tadika anak ni...

Ini kisah anak sulungku - Zarra Sophea. Dah hampir 2 tahun dia diletakkan di Laman Cerdik, satu bangunan dengan pejabatku. Adiknya pun dah masuk situ dah.. So far so good, bab pembelajaran bagus, penjagaan bagus, kuranglah dengar Zarra merungut2 itu ini tak kena...

Malang berlaku, satu hari di bulan November, kami ibu bapa dipanggil pihak pengurusan Kementerian untuk berbincang perihal Laman Cerdik ni. Kami diminta untuk memilih antara taska dan tadika. Sebabnya, untuk mendapatkan lesen Jabatan Kebajikan Masyarakat, taska dan tadika tak boleh beroperasi di tempat yang sama! Aduhai!!!!!

Keputusan memihak kepada taska... Berat, tapi kena terima. Jadinya terpaksalah mencari tadika baru untuk Zarra. Adik masih boleh kekal di bawah pejabat Mummy. Macam2 Mummy fikir ;

1) Kos (Yuran tahunan & bulanan)
2) Lokasi (antara rumah ke pejabat ke tadika)
3) Silibus (sebab Zarra dah ada buku yang belum habis belajar lagi tahun ni)

Mula2 saya daftar Zarra di Laman Cerdik jugak, cawangan Presint 9. Bayar dah pun deposit RM200. Tapi bila difikir balik bab yuran tahunan dan bulanan tu, terus jadi tercekik. Mahal naw!!! Yuran tahunan RM1714. Tolak la kos uniform (sbb guna uniform yang sama mcm di Laman Cerdik Kementerian) & kos buku, tetap mahal jugak. Yuran bulanan dia pulak RM390, selama ni saya bayar RM240 je sebulan... Uuuuwwwaaaa stress!!

Cari lagi tadika lain. Ofis mate recommend Cendekiawan Educare kat Presint 18. Saya daftar online, dapat confirmation & pergi lah bayar deposit RM200. Yuran tahunan situ hampir RM1000, bulanan RM320 (full day-pagi sampai petang). Setakat ini, hatiku memilih untuk hantar Zarra ke sana. Susah hati sebenarnya ni.... Sebab Zarra dah serasi sangat dengan Laman Cerdik, ni semua pun bertukar, tempat baru, silibus lain, cikgu baru, baju baru.. Aduhai, harap2 semuanya ok, janganlah jadi apa2 yang buruk kat Zarra. Tawakal dan pasrah jela Mummy oi! 



Ni gambar yang saya ambil masa pergi bayar deposit. Sekali tengok ok la environment dia tp jangan compare dengan Laman Cerdik, sebab Laman Cerdik lagi cantik dan selesa.. (Tadika baru la katakan..)

Sekarang ni tunggu hari orientasi, kena bawak Zarra & parents sekali untuk dikenalkan pada cikgu, pada sekolah & untuk dengar taklimat cikgu... Kita cuba la dulu ye Zarra... Bismillah....



Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...