Saturday 30 July 2011

2 hari sebelum Ramadhan....

30 Julai -- cuti hujung minggu, dua hari sebelum puasa, 
5 hari selepas gaji....

Apa aktiviti anda??

Saya dah buat pakatan terancang bersama geng2 bersaudara untuk shopping!!!! Yay!!!


Aktiviti kami akan bermula pada pukul 10.30 pagi till....till when? Shop till u drop la konsepnya! Selagi tak penat, tak puas hati, duit belum habis, kita jalan jela.....Hahahah....

Lokasi? Rahsia..will update later ok!

Happy weekend guys! 

Selamat Menyambut Ramadhan juga.....

Eh! Zarra mana? Oh anakanda geng2 yang terlibat kena tinggal, supaya program ibu2 berjalan dengan lancarnya! :)

Thursday 28 July 2011

Happening sungguh!

Semalam (27 Julai 2011), saya terlibat untuk bertugas di majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang oleh PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Stesen Sentral, KL. 

Yang buat lagi best, Mama pun terlibat sama, tapi bukan bertugas, tapi dia terpilih untuk mewakili Persatuan Anak Merdeka, terima Jalur Gemilang daripada PM! Kelas mama, untung dilahirkan 31 Ogos!!

Event tu sangat2 meriah. Ramai sangat yang involved, anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, so ramailah staff2 jabatan berkaitan turun padang, adik2 PLKN pun ada memeriahkan suasana.. Semua Menteri Kabinet pun turun, saya agak excited dapat tengok Menteri2 ni live depan bijik mata! :)

Jom tengok gambar! Let the photos describe the excitement!



 





 
 Ramai giler photographer!

Sempat bergambar dengan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil..

 Dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Mama yang happy dapat salam PM..Udin teman setia mama!

Jom kita kibar Jalur Gemilang! Raya, raya jugak, jangan lupa semarakkan Jalur Gemilang anda!! Tahun ni kita sambut raya dalam mood merdeka ye! Siapa nak bendera free?? Hehehe...

Dia dah balik...

Yay PaDin dah balik! PaDin @ Udin, adik kedua saya, tgh belajar medical di Newcastle, UK. So far tiap2 tahun dia balik Malaysia, cuma selalu dia balik paling lama pun 2 bulan & tak pernah dapat raya sama2. Tahun ni InsyaAllah kami akan beraya bersama-sama, sebab kebetulan date raya jatuh masa dia tengah bercuti. 

Udin sampai KL Isnin (25 Julai) malam...Jom tgk gambar PaDin masa dia berkesempatan balik KL, 2/3 years back till the latest taken yesterday!

This was in 2009. Few days sebelum saya deliver Zarra, sempat buat photoshoot family...

 31st August 2009, at PPUKM tunggu saya deliver!

PaDin's 1st kiss..dapat tengok Zarra 3/4 hari je lepas tu dia balik UK..

PaDin jumpa Zarra after almost a year. This was in June, 2010..

 The whole family in Universal Studio, Singapore, June 2010..

Ni latest, 27th July 2011, Stesen Sentral KL di majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang..

Happy holiday Udin...Have fun in KL..:) & thanks for the cK! woot woot!

P/S: Zarra asyik sebut 'Adin' je, tau la dapat bear Harrods kan!

Wednesday 27 July 2011

Zarra lagi..

Jom baca sambungan isu anak demam! Klik je gambar bawah ni k...

Zarra tak nak demam lagi ye!

Tapi lately ni Zarra cam ada masalah membuang air besar la pulak..2,3 hari tak membuang, lepas tu keras & payah nak membuang..Ada suggestion apa2 tak wahai ibu2 di luar sana?

Monday 25 July 2011

Doa untuk sahabat...

Tina, sahabat sejatiku akan melahirkan anaknya bulan depan. Lagi sorang anak Ramadhan akan lahir (sama ngan Zarra)! 

Semalam Tina buat kenduri doa selamat sempena kedatangan Ramadhan & juga doa supaya dia mudah melahirkan selain mendoakan keselamatan ibu dan anak! Tapi sebabkan saya kerja kat Bernama Radio24 dari 10am-4pm, saya hanya sempat jenguk majlis sesudah segalanya selesai!

Saya dengan Tina ni sangat rapat sejak dari zaman UiTM. Jadi dah mcm trend untuk kami berdua akan cuba sedaya upaya menghadiri apa jua majlis yang diadakan antara satu sama lain, tak kira la lewat atau cepat, konsepnya janji datang, demi menghormati sabahat!

Best jugak datang lambat ni, dah takde tetamu, boleh borak sepuas hati, boleh makan sewenang-wenangnya (betul ke ayat tu)..Hahahaha....Sambil tu sempat la bergambar dengan bakal ibu yang masih maintain slim, perut je bunc!


Keciknye la hai perut dia, tak macam pregnant 8 bulan

All the best my dear, jumpa di hari kamu bersalin, InsyaAllah....aku doakan semua selamat ye! Tak sabar nk melihat baby kamu!!!

Us with Tina & her husband, Ly!

Sunday 24 July 2011

Zarra menulis lagi...

Lama rasanya tak update pasal blog Rakan1Klik ni..

Diam tak diam Zarra dah masuk episod ke-11.. Wah rajinnya saya menulis! Hahaha...

Siapa yang belum pernah baca blog tu, sila sila kan, banyak posts menarik, macam2 isu, macam2 suara!

Baca juga post latest saya ye! Post pasal demam di kalangan kanak-kanak. Betul2 berdasarkan pengalaman ni, iyelah seminggu menjaga Zarra yang demam...Klik aje gambar bawah ni k! Selamat membaca!


Friday 22 July 2011

Welcome home!

Alhamdulillah, Mama, Abah & Zafrie selamat tiba di KL dari UK semalam. Seronok dapat jemput diorang kat airport. Siap bawak Zarra sekali sebab dia nangis2 nak ikut Mummy keluar semalam...

Mula2 dia macam tak faham nk gi mana, bila tanya dia Zarra gi mana ni? Dia jawab "alannn..." Itu jawapan standard dia kalau naik kereta!

 Budak nak 'alann..'

Sampai kat area KLIA, dia nampak plane, pastu saya cakap kat dia, "tu plane bawak Deda!". Dia dengan suara excited jawab "Dedaaa??". So agaknya dia faham la nk gi amek Deda dia. Sampai kat airport sibuk panggil Deda, semua orang pakai tudung pun dia cakap Deda...

Where r u Deda??

Bila nampak kelibat Deda dia, laju je dia lari peluk kaki! And Deda dia pun sebak macam nak nangis tengok cucu yang ditinggalkan 14 hari! Oh syahdu di situ! Hahahaha...

Welcome home Mama, Abah & Zafrie. Can't wait for next week, Udin lak balik! Boleh puasa & raya sama2 dengan Udin..dah 5 tahun tak raya dengan dia!


Sampai rumah Deda, terus tak sabar2 godek toys yang Deda beli!

Ha ni Mummy punya! Tapi bukanlah semua...heheheh...

Wednesday 20 July 2011

29 tahun sudah...

29 tahun dah umur kamu!


Saya kenal kamu sejak kamu berusia 14 tahun! 
Saya sayang kamu sejak kamu berumur 22 tahun! 
Saya lahirkan anak kamu pabila kamu berusia 27 tahun.. 
Dan kini anak kamu berumur 2 tahun di usia kamu 29!


Umur kamu akan meningkat, makin hari makin matang menjadi ketua keluarga!


Happy birthday suami & abah Zarra Sophea!! 
Moga panjang umur, murah rezeki & bahagia selamanya...


Saya sayang kamu sgt2, Zarra Sophea juga begitu...


P/S: nanti saya belikan awak chocolate indulgence ye! :)

Monday 18 July 2011

Alahai Zarra....

Start Mummy on leave (11 Jun) sampai la sekarang Zarra demam..Ubat sampai dah habis dah..Tak cukup ubat klinik swasta, gi lak amek ubat klinik Gomen...

Tapi hari ni, dia tetap tak sihat..I suppose to start working today, but pagi2 nak gi kerja, pegang badan dia panas sangat.. Susahnya hati...:( Doc pun dah pesan kalau seminggu tak sihat gak, kena pergi buat blood test! 

So Mummy cancel kerja, bawak Zarra gi buat blood test! Sengaja memilih untuk ke klinik Gomen (sbb my 1st last week was not bad). Takdela ramai orang, tunggu kejap je dah dapat jumpa doktor! 

Kat klinik, Zarra kena buat x-ray, sebab temperature dia 39 degree!! Pengsan!! Lepas x-ray buat blood test lak..Kesiannya tengok dia kena cucuk!!! :(

Ni la gaya dia selama seminggu...langsung tak aktif! :(

Tunggu result blood test agak lama, yang lain excellent service. I'm in love with government clinic, plus everything is free of charge! Culture shock jap, siap gi tanya kaunter, kena bayar apa2 tak? Hahaha.. Setahun kerja Gomen, ni la first time benefit itu digunakan!

Alhamdulillah, result darah & x-ray Zarra tidak membimbangkan, tiada denggi, tiada pneumonia, cuma dia ada bacteria infection sikit. Sambung makan ubat je & monitor dia from time to time!

Get well soon my baby!

Ni perangai budak demam, tak nak pakai seluar panjang, pilih sendiri seluar ni! hahaha...


Sunday 17 July 2011

Zarra's dictionary..

Zarra pandai cakap! Mulut tak berhenti, nak tido pun banyak cakap!! Ramai yg kata, tgkla Mummy dia..hahahah...terkena kat batang hidung sendiri pulak! Seriously, she is sooo like mother like daughter!!!

Entry kali ni, kita nak belajar faham bahasa Zarra..Tapi kadang2 Mummy & Abah pun tak faham dia cakap apa! :)

Arra = Zarra
Phapa = Sophea
Memilk = susu
Bobok = tido
Evy = TV
Voom voom = motor
Teter = kereta
Bash = bas
Ipash = lipas
Papersh = pampers
Atem = aiskrim
Ilo = milo
Deda = Nenda
Baby Thithi = baby Rizqy
Abam = Abang
Atel = Uncle
Enyam = kenyang
Pinpin = Upin Ipin

Tu antara perkataan2 yang dia selalu sebut. So, siapa yg rasa nak jaga Zarra, kena bukak kamus ni dulu! hahahah..

But what I'm proud of her is....dia sangat fluent menyebut Mummy & Abah! langsung tak pelat..

Ada satu scene kat kedai makan, yang Mummy takkan lupa! Dia tengah makan aiskrim, sampai je kat kedai makan tu terus tak nak makan. Then I asked her to eat it. Tau tak apa dia jawab? Nanak! Arra nak mamam tasyik!! Ok cuba translate!

Jawabnya ialah, tak nak, Zarra nak makan nasik! Oh sungguh dia sangat pok pek!!!

Bayangkan apa dia tengah cakap masa ni?? :)

Apa makna blog?

Ok....seriously, agak tersinggung dengan satu post kat dlm satu blog kawan ni! Kawan ke???? Ntah, kalau kawan takkan dia nak mengata kaw2 kawan dia sendiri kan? So tak tau la nak label dia sebagai apa....

Biarlah, mungkin blog atau social network yang lain adalah medium seseorang untuk melepaskan geram, marah, atau paling teruk mencemuh orang lain! 

Anda gunakan blog untuk apa???


To me...I write if I feel like writing! Tulis pasal benda2 menarik yang berlaku dalam hidup, atau benda2 menarik yang berlaku sekelilingku! Tiada langsung niat dalam hati untuk menunjuk2 kemampuan diri berjalan ke dalam negeri/luar negara atau mendatangkan cemburu kepada individu lain....

Kalau dilihat secara kasarnya, kebanyakan blogger famous, yang kaya raya dengan blogging, jarang ada post yang menyakitkan hati orang..

  • Hanis Zalikha punya blog sangat sempoi, sesuai dgn perwatakannya..kita baca pun blh gelak! Ada ke post yg mengumpat? Takde kot...

  • Abg Nara pulak sgt updated dengan cerita2 entertainment. Tak yah beli majalah dah, baca blog dia lagi cepat!

  • Red Mummy pulak suka citer psl life dia yang merah! Hahaha..pun rasanya takde ngumpat2 orang....


Just named a few of famous bloggers, yang boleh dijadikan contoh kalau mahu menjadi blogger yang bagus! Tak perlu citer pasal orang lain! Tak perlu menulis sampai menyakitkan hati orang! Bayangkan satu hari nanti, anak anda yang membaca blog anda! Damn...larikkkkk!!!!! Hahahah....

Pendek kata...think before you write!

P/S: Aman tanpa anasir2 yang tidak menguntungkan! 

Tuesday 12 July 2011

Mama is away...

Mama takde kat KL for 2 weeks! 

Mama, Abah, Zafrie & Affan gi UK, melawat adikku lagi sorang (Udin), sambil tu melawat tempat orang! Bestnya kan... InsyaAllah, ada rezeki, saya target nak gi sana next year, utk graduation Udin..Udin tengah study medical kat Newcastle Upon Tyne University! Doakan moga tahun depan will be the last year for him & he's gonna be our proud doctor!

Bila mama takde, maknanya.....Mummy cuti la jaga Zarra! Walaupun terpaksa redha mengorbankan cuti, tapi takpela, Mama pun nak gi bercuti jugak kan! Minggu ni saya cuti, next week hubby lak cuti jaga Zarra! Apa kami buat sepanjang minggu ni? Dok umah diam2, ngam2 lak Zarra demam, so jadi la suri rumah sepenuh masa!

Sambil2 tu tgk Twitter/FB & makan hati dgn gambar2 yang Zafrie post!

Zafrie kat London Bridge is falling down! hahaha...


Wembley Stadium..

Inilah hero2 kecik ku! From left Affan, Zafrie & Udin..


Confirm makan hati! Canggih betul zaman skrg, dulu ingat lagi, everytime mama balik dr UK, sibukla lepak seharian kat umah mama sbb nak tengok gambar! Skrg ni gambar balik KL dulu! Jealous sungguh!! So Zaf, start simpan duit, next year gi sana!! Baeklah.....

Friday 8 July 2011

Bersihkan minda dulu...

Malaysia cukup aman!

Apa lagi yang kurang?

Syukur kita tiada peperangan, tiada pertumpahan darah, mungkin yang ada cuma ketidakpuasan hati sesetengah pihak...

Ada cara lain untuk sampaikan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun, kononnya secara aman walhal akan menyusahkan banyak pihak!

Satunya ... banyak jalan tutup & seterusnya akan beri kesan pada orang lain yang mungkin ada hal penting di luar sana! Tengok jalan2 yang akan ditutup ni :
  • Jalan Syed  Putra
  • Jalan Istana
  • Jalan Bukit Petaling
  • Jalan Bellamy
  • Persekitaran Istana Negara
  • Jalan Sultan Hishamudin
  • Jalan Lembah Perdana
  • Jalan Cenderasari
  • Masjid Negara
  • Dataran Merdeka
  • Pasar Seni
  • Masjid Jamek
  • Dataran DBKL
  • Perkarangan Sogo
  • Maju Junction
  • Masjid Kampung Baru
  • Jalan Kinabalu
  • Jalan Kuching
  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Raja Laut
  • Jalan Sri Amar
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Jalan Haji Taib
  • Jalan Raja Muda Musa
  • Jalan Raja Bot
  • Jalan Abdullah
  • Jalan Dang Wangi
  • Jalan Munshi Abdullah
  • Jalan Raja Chulan
  • Jalan Tun Perak
  • Jalan Tun Tan Cheng Loke
  • Jalan Sultan Mahmud
* Ditutup pada 9 Julai 2011 mulai jam 8 pagi hingga 6 petang.

Banyak kan! Kesian pada orang yang memang ada perkara penting perlu dilakukan di kawasan2 terjejas. Kita yang takde apa2 ni takpela, boleh dok umah, tp pada mereka yang perlu keluar, mesti meraung-raung makan hati terpaksa mengadap jem & perah otak cari jalan alternatif!

Kesimpulannya, banyak benda lain lagi boleh dibuat selain sertai perhimpunan. Baik kemas rumah ke, cuci langsir ke, mop rumah ke, bagi bersih rumah dulu! Tambah2 nak raya ni kan...Oooppss lupa, bersihkan juga minda anda ye!


Saya sayang MALAYSIA!

Mood ketika post ini ditulis : Geram & sakit hati dengan pemikiran sesetengah manusia yang bersemangat tak kena pada tempatnya!


Sunday 3 July 2011

Ada apa dengan Kursus?

Siapa suka pergi kursus? Ada ke? Kalau tak sebab wajib mesti takde orang suka gi kursus! Hahaha....

So kalau anda di tempat saya, dengan durasi kursus sepanjang 12 hari, tinggalkan insan2 istimewa, jadual yang padat, tido yang tak cukup...Apa yang korang buat masa dengar ceramah? Saya buat ni........




~~~~~~~~~~~~~


Tulis sajak!

Conteng notes!

Main sudoku!

Menghitung hari nak balik!

Makan jajan!

Kesimpulannya, ilmu dapat, happy pun dapat! Janji tak tido dalam class kan! Hahahah.....



Kursus Induksi...part 1!

Siapa cakap keje 'gomen' ni senang? Nak masuk dahla payah, interview banyak peringkat, kena test itu ini, kena bersaing secara sihat dengan calon2 yang hebat2 belaka lagi.. Dah terpilih kerja gomen, banyak pulak steps nak kena buat untuk confirmation.. Tidak semudah A,B,C ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian....

Sejak kerja gomen pada 15 Julai 2010, macam2 ujian saya dah tempuh. Dengan examnya, dengan kursusnya, hinggalah kemuncaknya, Kursus Induksi yang wajib dihadiri oleh semua kakitangan kerajaan, untuk mengesahkannya dalam perkhidmatan Kerajaan! Atau ayat senangnya, tak gi kursus ni tak boleh la confirm...

Mulai 19 Jun hingga 30 Jun 2011, berangkat la saya dengan macam2 perasaan dalam hati ni, ke Permaisuri Resort, Port Dickson. Berbekalkan beg besar giler macam nak pindah, kasut berpasang2 macam nak jual kasut, ku bawa diri dan hati yang menangis sebab terpaksa berpisah selama 12 hari dengan insan2 kesayangan ke PD! Uuuuwwwaaa nangis!!! But at the same time, happy sebab dapat jumpa kawan2...

So untuk entry kali ni, mari kita lihat gambar2 sepanjangku di sana..Biarkan aje gambar yang berbicara..cewah!!


 How do I look? memang kes naya...hahahah..

Mereka ini lah yang meng'make over'kan ku!







Sempat 'lari' keluar amek angin luar..:)

Geng Jabatan Penerangan. 86 peserta kursus, ini jelah orang2 Penerangan...

Banyak lagi gambar sebenarnya...next post la ye!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...