Tina, sahabat sejatiku akan melahirkan anaknya bulan depan. Lagi sorang anak Ramadhan akan lahir (sama ngan Zarra)!
Semalam Tina buat kenduri doa selamat sempena kedatangan Ramadhan & juga doa supaya dia mudah melahirkan selain mendoakan keselamatan ibu dan anak! Tapi sebabkan saya kerja kat Bernama Radio24 dari 10am-4pm, saya hanya sempat jenguk majlis sesudah segalanya selesai!
Saya dengan Tina ni sangat rapat sejak dari zaman UiTM. Jadi dah mcm trend untuk kami berdua akan cuba sedaya upaya menghadiri apa jua majlis yang diadakan antara satu sama lain, tak kira la lewat atau cepat, konsepnya janji datang, demi menghormati sabahat!
Best jugak datang lambat ni, dah takde tetamu, boleh borak sepuas hati, boleh makan sewenang-wenangnya (betul ke ayat tu)..Hahahaha....Sambil tu sempat la bergambar dengan bakal ibu yang masih maintain slim, perut je bunc!
All the best my dear, jumpa di hari kamu bersalin, InsyaAllah....aku doakan semua selamat ye! Tak sabar nk melihat baby kamu!!!
No comments:
Post a Comment