Tuesday 27 September 2011

Bali day 2...

Bangun pagi2, breakfast dulu kat hotel.. Makanannya meriah, yang paling best soo hoon+mee sup..Sodappp!!!

Morning Mummy.. I'm ready for breakfast (belum mandi, baju tido je gi makan..)

Ni la soo hoon+mee sup yang dicelur depan mata..Cili dia mantap, ntah cili apa dia guna, pedas kemain!

Lepas tu niatnya nak terjun ke pool, tapi ntah kenapa Zarra mcm tak interested sangat nak mandi pool..Abah dia je yang mandi lebih..Hahaha.. Pool Hard Rock cantik sangat, sayang tak dimanfaatkan sepenuhnya!







Dah swim ala2 manja, kitorang rush siap2 & packing untuk check out & berjalan2 Bali. Yanto dah amek Akak & abg Opie dulu, tapi abg Opie tak ikut kitorang berjalan sbb dia nak gi surf. Tempat pertama, Batu Bulan - tengok orang buat silver/gold. Diorang jual murah gak, tapi disebabkan duit takdela banyak mana pun kan, so tak beli pun..Pose je!


Lepas tu singgah kejap kat Ubud, tengok padi bukit. Tapi akak kata kat Jatiluwih lagi cantik padi bukitnya. Saya & akak turun kejap utk pose2 je.. Zarra bobok, so Abah tak turun la..


Ada pengantin tengah pose kat tengah2 padi bukit di tengah2 hari rembang!

Selesai kat situ, kitorang bergerak ke Kintamani. Kat situ tengok gunung berapi yang masih aktif, sambil lunch. Makan buffet seorang IDR97,000. Sejuk je kat atas tu. Gunung berapi tu last meletus pada tahun 90-an..



Lepas tu singgah kejap kat tempat buat kopi luwak. Kopi ni diharamkan kat Malaysia, ulama mengesahkan ia tak halal sebab kopi tu adalah hasil najis luwak (macam musang) yang dikutip, dicuci dan diproses semula. Mahal harga kopi ni. Secawan pun dah kena IDR50,000 (RM18.00). Kat situ diorang bagi kitorang minum kopi lain jugak, tapi yang lain semua free, kopi luwak je kena bayar..
 Yanto tengah explain perihal biji kopi yang dimakan luwak sebelum diyaknya...

 Nampak tak najis luwak tu? Tu najis fresh, lepas luwak yak, biji kopi tu dicuci & diproses..

 Ni ha kopinya..pekat! siapa selera nak minum? hahaha...


Dah ptg, kitorang gi Denpasar beli kain untuk dipakai masa wedding adik Hubby bulan 10 nanti. Colornya mengikut pilihan ibu mertuaku, ku hanya beli seperti yang dimintanya.. Lepas tu singgah  kejap Kampung Nusantara tempat jual souvenir, saya just beli baju Zarra & anak-anak buah je..Untuk diri sendiri tiada yang berkenan...
Dah setel, kitorang singgah makan Bakso Pendowo Malang kat Kuta sebelum balik hotel. Pergh, sedap giler bakso tu, baksonya sebesar penumbok..Makan dengan rakus sampai lupa nak amek gambar! Oooppsss...
Lastly, sampai Legian Village Hotel, check in & rest.. 



Padanlah bilik dengan harganya..1 malam je feeling hotel mahal, lepas tu lagi 2 malam dok sini je, cut cost! Hahaha...




Monday 26 September 2011

Bali day 1...

19 -22 September! Tarikh berangkatnya keluarga kecik ku ke Bali, Indonesia.. Cuti-cuti, rehat-rehat, jalan-jalan, kukuhkan ikatan 3 beranak, sambil disertai akak & abg Opie! Rizqy kena tinggal, shian dia.. Kami tinggalkan Kuala Lumpur, dengan doa tidak putus2 agar Mama sihat semula...

Flight kitorang kul 9.30am, malas nak susahkan siapa2, so kitorang naik ERL dr Putrajaya Sentral, stop kat stesen Salak Tinggi, naik feeder bas terus sampai LCCT. Sampai LCCT kul 8am, sempat makan nasi lemak dulu, lepas tu terus masuk departure hall.. Yieha!! Bestnya gi cuti!

Budak ini tak payah kejut pagi2, dia bangun sendiri at 6am! Macam tau2 nak jalan.. Her 1st experience naik ERL..atau twen katanya!

Naik bas pulak.. 1st time jugak! Ooppss jangan tekejut, ni la rambut terbaru Zarra selepas ditarah abahnya sendiri!

Finally, she saw aeroplane, yg selalu dia tengok kat awan je! Terkebil2 dia tengok live! Naik je flight, belum pun take off dia dah lena dulu...Bagus! Hahaha...

Sampai di Bali jam 12.30 tengahari.. Guide@supir kitorang - Yanto dah tunggu dengan tanda namaku di ruang ketibaan. Plan hari pertama, check ini hotel, rest jap, then jalan2 area Kuta je, sbb akak & abg Opie belum sampai, so tak boleh tour Bali lagi..

Yanto bawak kitorang lunch dulu, kat Wong Solo, kat KL giler Wong Solo, kat Bali pun dicari jugak! Yang bestnya Yanto ni, dia Islam, so dia memang bawak gi tempat makan halal sbb Bali 90% beragama Hindu.. Lega la sebab senang makan kan!

Lepas tu terus check in Hard Rock Hotel, Kuta.. Stay sana 1 malam je, lepas tu join akak & abg Opie kat Legian. Dah rehat kitorang jalan2 area Kuta. Kuta ni memang town la, kedai banyak, shopping mall pun ada, pantai pun ada...

Dia test katil dulu, sebelum lena setengah jam kemudian...













Tamat aktivit hari pertama di Bali..hasrat hati nak layan live band kat Hard Rock Cafe tapi sebabkan tengok anak dah lena, Mummy pun join sekali la..Hahahaha..
Nanti kita sambung citer hari ke-2 lak k!


Saturday 24 September 2011

Alhamdulillah....

Alhamdulillah...Syukur sangat2...

Saya, hubby, Zarra, akak & abg Opie gi Bali pada 19-22 September...Pergi dengan hati yang berat sebab terpaksa tinggalkan Mama yang masih di hospital..

Tapi masa kami di Bali, akak dapat sms Mama dah discharge dari PPUM pada Rabu (21 Sept). Syukur, Mama mesti dah kuat, sebab tu doktor bagi Mama keluar.. Jadinya lepas balik je dari Bali, saya & akak terus bawak anak masing2 gi rumah Maksu, sebab nak tengok 'Mama yang terbaru' & Mama pun dah mesej rindu kat Zarra...

Alhamdulillah...Saya happy sangat, Mama sambut kami kat pintu, walaupun bertongkat tapi Mama dah boleh berjalan! Tu yang penting, takdela terbaring je atas katil... Mama dah happy macam dulu2, dah gelak2, dah banyak cakap, that's what we missed for almost 2 weeks... Syukur, dengan doa kalian, dengan doa yang tidak putus, Mama dah nampak kembali pulih..InsyaAllah, tak lama lagi Mama akan sihat sepenuhnya! Amin...

Saturday 17 September 2011

Dugaan Allah..

Subhanallah..sedih sangat bila nak tulis post ni..Kami sekeluarga ketika ini masih terkejut, masih sedih dengan apa yang terjadi pada Mama..Mama sekarang ni berada kat Pusat Perubatan Universiti Malaya, selepas 4 hari di Ampang Puteri. Mama kena stroke (peringkat awal) Isnin lepas...

Isnin tu jugakla, Udin, balik ke UK...Tak dapat bayangkan perasaan Udin, bila lepas check in luggage kat airport, keluar jumpa Mama, Mama dah duduk kat wheel chair, sbb tak boleh jalan! Awal tu, Mama cakap dia sakit2 badan, tangan lenguh2, suruh pergi klinik tak nak, agaknya sebab takut kena hantar hospital & dia pun tak boleh hantar Udin gi airport. Tapi dah petang, Udin tengok dah lain macam, Udin suruh Abah & Afan yang ada sekali masa tu, hantar Mama ke hospital terus!

Mula2 pergi Hospital Serdang, lambat sangat nk tunggu jumpa doktor, lepas tu pergi pulak Hospital Ampang, masih jugak tak dapat jumpa doktor sampai dah pukul 10pm! Bayangkan dah berapa jam Mama tanggung sakit.. Last2, Maksu & Paksu masuk campur, suruh hantar Mama ke Ampang Puteri.. Saya takde masa tu, sebab ada anak kecik kan, so tunggu je perkembangan dari jauh...Sedih & risaunya Tuhan aje yang tau... Tido malam pun tak lena... 

Akhirnya Mama ditahan di Ampang Puteri, & disahkan mengalami stroke! Ya Allah Ya Tuhanku, besar sungguh dugaanMu pada Mama... Mama sedih sangat, setiap orang  datang tengok dia, dia menangis.. Mama mungkin tak dapat terima kenyataan, Mama yang sihat, ceria, kini terbaring, tak boleh berjalan! Mama, sabar ye, takde penyakit yang tiada penawar... 

Makin hari Mama makin kuat & tabah.. Lepas beberapa kali buat physiotherapy, Mama semakin positif.. Mama tau Mama boleh sihat, cuma Mama kena makan ubat, kuat semangat, buat fisio selalu, InsyaAllah Mama boleh sihat semula....

Sekarang Mama kat PPUM. Tak tau sampai bila, tapi harapnya sehingga Mama kuat sebelum dibawa balik rumah.. Mama, Angah sayang Mama sangat2, tak kira apa pun jadi kat Mama, I will always be with u.. Mama kena kuat, Mama kena sabar, Angah yakin satu hari nanti Mama akan pulih seperti sediakala... Aminn...

Ni masa 1st day Mama kat Ampang Puteri.. Saya EL & bawak Zarra tengok Nenda.. 
Dia pulak yang sibuk nak makan bubur Nenda!

Mama buat physiotherapy 2 kali sehari kat Ampang Puteri, kat PPUM tak tahu lagi mcm mana...

Ni kami melawat Mama kat PPUM semalam. Sebabkan budak2 tak boleh masuk, Abah bawak Mama keluar jumpa cucu2! Dia happy sgt tgk cucu2 dia walaupun tekejut tengok rambut Zarra yang dah gondol!

Nenda & Rizqy.. Tangan kiri Nenda tak kuat, dah tak boleh dukung cucu..Harapnya hanya untuk seketika...

Pembaca2 blog saya, tolong doakan Mama saya sihat semula, secepat mungkin..Tak sanggup tengok Mama sakit, tak sanggup lihat Mama menangis lagi.... Mungkin doa kalian mampu merawat dukanya, InsyaAllah....

Saturday 10 September 2011

Alamak!

Ada orang nak datang raya esok!!! Alamak.... Apa nak masak ni? Tu la benda pertama yg difikirkan!!

Udin nak balik UK dah Isnin ni.. So mama call, katanya Udin nak datang raya umah saya Ahad ni! Alamak, apa nak bagi diorang makan ni? Walaupun anak beranak kan, haruslah kena ada hidangan, takkan nak hidang kuih aje!

Ingatkan Mama, Abah & Udin aje, sekali mama call, 'mama ajak family Makmi & Pakki sekali, & akak/abg Opie sekali tau!' Uih, terus nervous...

I tak pandai masak banyak2 la...Tapi mama relax aje, 'kamu masak apa yang boleh. yang lain mama masak!' Fuh, selamat!!! Mama lak yang menjemput... Saya ni bukan tak nak jemput orang, tapi masa selalu clash dgn Hubby. Kalau Sabtu saya kerja, dia cuti, Ahad saya cuti, dia lak kerja. So camne nk jemput orang datang rumah kan, mana nak masak sorang2 dengan perut berisi, mana nak berlawan dengan Zarra lagi! Nasib Mama membantu!

So...I'm so excited to have those guests to my new heaven tomorrow!! Yieha!!! 

Kawan2..nanti 1 fine day, saya masak untuk korang lak k! :)

Friday 9 September 2011

Meriahnya Lebaran part III..

As promised, saya sambung lak citer raya kami sekeluarga ke Penang. Kitorang ke Penang masa raya ke-3 (1st September). Tapi lepas check out, gi beraya rumah BFF akak, Aziz & rumah kawan Mama lak kat Alor Setar.
Sampai Penang dalam pukul 4 lebih gitu, dengan jamnya, salah masuk entrance hotelnya, akhirnya selamat jugak kitorang melandingkan diri atas katil empuk G Hotel, Gurney Drive..classs betul hotelnya!

Kat Penang takde rumah untuk beraya pun, memang sessi relax & cuti2 Malaysia je. Lepas Magrib, kitorang catwalk ramai2 je ke hawkers kat Gurney Drive tu. Perut masing-masing lapar giler, jadinya makanan atas meja dah macam nk buat jamuan 50 orang makan! Hahahah...

Lobby G Hotel..

 Kelas...baru ingat nk buat souvenir, tiba2 ternampak harga kat tepi tu! Hahaha...

Bersedia dengan perut yang kosong!



  Makan sampai mengah!

Esoknya, still takde apa2 plan, kecuali nak gi tengok rumah baru Paksu kat Feringghi. So, dah bangun, acara wajib kalau duduk hotel untuk kanak2 mestilah swimming!! Bapak2 pun turut serta, manakala ibu-ibu dan nenda hanya pose cantek tepi pool! :)


Ni pool kat Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah... Disebabkan Mummy lupa bwk swim suit Zarra, seluar pendek ajela jawabnya!

 Manja dengan Tok Ayah ni! (Sebenarnya jealous Tok Ayah dukung Rizqy!)


Episod 2 - pool kat G Hotel pulak..

 Yang tak mandi, makan la apa lagi!

 Nak check out dah, bye2 G Hotel..nanti kami datang lagi ye!

Dah check out, kitorang pergi Feringghi, tengok rumah Paksu & lepas tu pergi lunch.. Semua dah kenyang, bergerak la kami pulang ke KL.. Perjalanan agak mencabar, 4pm masuk hiway, 10pm baru sampai tol Jalan Duta. Total, 6 hours on the road. Tukar driver dah berkali2, sampainya tak jugak! Baru la merasa jam masa musim perayaan camne... Next year nak 'balik kampung' lagi tak? Tengok dulu la..Hahahaha....

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...