Saturday 17 September 2011

Dugaan Allah..

Subhanallah..sedih sangat bila nak tulis post ni..Kami sekeluarga ketika ini masih terkejut, masih sedih dengan apa yang terjadi pada Mama..Mama sekarang ni berada kat Pusat Perubatan Universiti Malaya, selepas 4 hari di Ampang Puteri. Mama kena stroke (peringkat awal) Isnin lepas...

Isnin tu jugakla, Udin, balik ke UK...Tak dapat bayangkan perasaan Udin, bila lepas check in luggage kat airport, keluar jumpa Mama, Mama dah duduk kat wheel chair, sbb tak boleh jalan! Awal tu, Mama cakap dia sakit2 badan, tangan lenguh2, suruh pergi klinik tak nak, agaknya sebab takut kena hantar hospital & dia pun tak boleh hantar Udin gi airport. Tapi dah petang, Udin tengok dah lain macam, Udin suruh Abah & Afan yang ada sekali masa tu, hantar Mama ke hospital terus!

Mula2 pergi Hospital Serdang, lambat sangat nk tunggu jumpa doktor, lepas tu pergi pulak Hospital Ampang, masih jugak tak dapat jumpa doktor sampai dah pukul 10pm! Bayangkan dah berapa jam Mama tanggung sakit.. Last2, Maksu & Paksu masuk campur, suruh hantar Mama ke Ampang Puteri.. Saya takde masa tu, sebab ada anak kecik kan, so tunggu je perkembangan dari jauh...Sedih & risaunya Tuhan aje yang tau... Tido malam pun tak lena... 

Akhirnya Mama ditahan di Ampang Puteri, & disahkan mengalami stroke! Ya Allah Ya Tuhanku, besar sungguh dugaanMu pada Mama... Mama sedih sangat, setiap orang  datang tengok dia, dia menangis.. Mama mungkin tak dapat terima kenyataan, Mama yang sihat, ceria, kini terbaring, tak boleh berjalan! Mama, sabar ye, takde penyakit yang tiada penawar... 

Makin hari Mama makin kuat & tabah.. Lepas beberapa kali buat physiotherapy, Mama semakin positif.. Mama tau Mama boleh sihat, cuma Mama kena makan ubat, kuat semangat, buat fisio selalu, InsyaAllah Mama boleh sihat semula....

Sekarang Mama kat PPUM. Tak tau sampai bila, tapi harapnya sehingga Mama kuat sebelum dibawa balik rumah.. Mama, Angah sayang Mama sangat2, tak kira apa pun jadi kat Mama, I will always be with u.. Mama kena kuat, Mama kena sabar, Angah yakin satu hari nanti Mama akan pulih seperti sediakala... Aminn...

Ni masa 1st day Mama kat Ampang Puteri.. Saya EL & bawak Zarra tengok Nenda.. 
Dia pulak yang sibuk nak makan bubur Nenda!

Mama buat physiotherapy 2 kali sehari kat Ampang Puteri, kat PPUM tak tahu lagi mcm mana...

Ni kami melawat Mama kat PPUM semalam. Sebabkan budak2 tak boleh masuk, Abah bawak Mama keluar jumpa cucu2! Dia happy sgt tgk cucu2 dia walaupun tekejut tengok rambut Zarra yang dah gondol!

Nenda & Rizqy.. Tangan kiri Nenda tak kuat, dah tak boleh dukung cucu..Harapnya hanya untuk seketika...

Pembaca2 blog saya, tolong doakan Mama saya sihat semula, secepat mungkin..Tak sanggup tengok Mama sakit, tak sanggup lihat Mama menangis lagi.... Mungkin doa kalian mampu merawat dukanya, InsyaAllah....

2 comments:

  1. itula hari tu baca dkt tweet kak zaff terkejut sgt. insyaAllah , smg mama kak zafirah cpt sembuh. bersabar ye dgn dugaan ini. nnt kirim slm jg utk mama kak zafirah dan smg dia kuat menghadapi dugaan ini :)

    ReplyDelete
  2. thanks Ijah..Mama dah discaj & duduk rumah skrg..nampak lebih sihat, lebih kuat & lebih ceria..Alhamdulillah, Allah beri Mama kekuatan...

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...