Tuesday 6 September 2011

Meriahnya Lebaran part II..

Raya kedua (31 Ogos) seperti yang dirancang, kami sekeluarga bertolak ke Sungai Petani, Kedah. Cita2 asal nak bertolak kul 6am, saya pun siap tido rumah akak malam raya pertama tu untuk memudahkan pergerakan. Tapi haruslah cita2 menjadi angan2 aje sebabnya, 6.30am jugak baru gerak dr rumah. Maklumlah ramai anak2 nak diuruskan..Hahahah...

Dah masuk hiway, of coz la lapar sebab belum breakfast, so janji jumpa Mama & rombongannya kat R&R Rawang. Mama siap sempat masak nasik goreng Siam & mee goreng lagi. Katanya tak boleh tido, so dia masakla..Kelas mama, excited nak balik kampung la tu! :)

Kitorang konvoi 2 kereta, kereta saya ada 4 dewasa (me, hubby, akak & abg Opie) & 2 kanak2 -- Zarra & Rizqy. Kereta lagi satu ada 6 orang dewasa - Mama, Abah, Afan, Udin, Zafrie & Mak Tok. Bergerak la kami dengan satu misi --- beraya lebih maut daripada biasa ke Utara! Hahahah...

She's ready to go! Budak ni kena naik kereta dengan Nenda sebab kacau 
Rizqy yang tak sihat!

Sampai Sungai Petani lebih kurang kul 11am, rumah pertama - Kelab Cinta Sayang, rumah best friend Maksu yang memang wajib diserbu kalau raya. Kat sana lagi ramai yang join, family Maksu, Pakcik & Pakki.. Tuan rumah mungkin nak pengsan, tapi redha jela dengan kedatangan tetamu yg diharap membawa rezeki lebih! Hahahah..Rumah aunty Farihah @ aunty doktor gigi bak kata abg Opie adalah sangat grand ye! Very the English, sampai jiwa pun rasa seolah2 berada di perkampungan English zaman dahulu kala..:)





Tuan rumah - aunty Farihah yang pakai baju hijau kat belakang tu! Pengsan tengok rumah dia yang sangat meletup!

Lepas dah kenyang, segeromobolan kami bergerak ke rumah Mak Chaq (kakak sulung Mama). Kat situ lg meriah, makan pun meriah, siap pakat dengan Wani beli kek untuk surprise Mama..31 Ogos kan birthday Mama...Jadinya, semua pun happy sebab perut kenyang & surprise menjadi!

Thanks for the cake Wani!
Birthday Mama (31 Ogos), Zarra (1 Sept), Abah (5 Sept)! Potong kek sekali!

Lepas tu....pergi Yan pulak..ni pun rumah wajib kalau raya kat Kedah. Jumpa tok-tok, makcik-makcik kat sana, tapi x makan pun, plus sangat panas & letih sudah!

Last but not least, Paksu ajak semua gi rumah Tok Pah (maknya) kat Bukit Mertajam. Tok Pah buat mee yang kami namakan mee Tok Pah! So sampai Bukit Mertajam dah petang, makan cepat2, kitorang kena balik hotel cepat2  sebab Rizqy tak sihat..menangis aje dia! 


Pengakhiran aktiviti raya kedua -- pengsan tido kepenatan di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani!

 Ni adalah contoh pengsan terbaik!! Hahahaha...

Tunggu post lepas ni pasal Penang pulak k!

2 comments:

  1. wah ini mmg betul2 raya ni sampai zarra pun pengsan ahaha.

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  2. raya sungguh tahun ni! hahhaa...selamat hari raya ijah!

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...