Monday 20 May 2013

Happy Teacher's Day!

Anak kecil berusia 4 tahun pastinya masih tidak memahami erti sambutan Hari Guru... Tapi sebagai Mummy, ku rasakan tidak salah mendedahkannya, agar dia belajar menghargai gurunya seawal ini. Dia akan bersama guru-guru untuk tempoh yang lebih panjang. Harapnya dia akan lebih memahami selepas ini...

Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun. On 15th May, kebetulan ku keluar berjalan, teringat nak belikan sesuatu untuk Teacher Zarra. Takdelah mahal pun, tetapi cukuplah sebagai tanda ingatan..

On 16th May, ku bagi Zarra bawak present tu.. Suruh dia bagi pada Teacher Mas. Dia tanya kenapa? Ku cuba terangkan dalam cara yang paling simple sekali, supaya dia faham walau tak banyak. Dia bawak present tu, bagi kat Teacher Mas & ku suruh dia peluk Teacher... Dia buat je, malu2, Mummy yang syahdu.. Teacher gelak je, kawan2 dia semua tengok. Pelik agaknya kenapa Zarra bagi present kat teacher.

Taska Laman Cerdik buat sambutan Hari Guru pada 17 Mei. Dalam message book, parents digalakkan membawa makanan (kecuali junk food) untuk memeriahkan majlis sambutan.. Pasti meriah, walaupun parents tak dijemput join! Hahaha..

 Cantik kan deco dia.. Semua students masuk taska impressed!

 Tengoklah Zarra tu, sengih bukan main! 

 Dengan kawan2.. Look at her (2nd from right), sibuk berpeluk dengan Mia si best friendnya..

100 pcs apam polkadot ordered for them.. 50 daripada Zarra & 50 daripada Zazza.. :)

Adik dah duduk taska yang sama dengan kakak, cuma dipisahkan oleh bilik yang berlainan. Sebab tu gambar adik takde, Mummy tak sempat captured. Adik masih dalam proses menyesuaikan diri dengan taska baru.. So letak je dia dalam bilik tu, kena lari cepat2, nanti dia menangis nak ikut.. Hahaha... 

But from her teacher's feedback, adik ok, kuat makan, tido pun ok... Masa celebration teacher's day tu, teacher kata dia makan banyak!! Iye memang kuat makan sekarang, walaupun gigi cuma 3 batang...

Happy Teacher's Day to all teachers.. Semoga terus-terusan sihat untuk berbakti kepada anak bangsa..

Untuk Teachers di Laman Cerdik, terima kasih kerana menjaga dan mendidik Zarra & Zazza...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...