Wednesday 29 May 2013

Zazza Teahara in a new nursery!

Dah lama nak tulis pasal ni, tapi memanjang lupa je...

Tiya officially moved to the new nursery on 2nd May 2013. Dah masuk Taska Laman Cerdik, sama dengan kakaknya.. Cuma dipisahkan dengan bilik berbeza. Kakak punya area kat belakang, untuk kids from 4-6 years old. Bilik budak2 1 year+ depan sekali, besar ruangnya.. Kat situ la anak2 comel ni main, tido, makan semua.. 

Ni gambar lama... The 4th pic is Tiya's area..  1st and 2nd pics tu area kakak..


 Pics courtesy from Ijang.. Ku tak sempat amek gambar Tiya, hari2 letak je dia dalam bilik tu, terus lari keluar cepat2 sebelum dia meraung! hahahaha...

So far, dah hampir sebulan Tiya kat situ.. Masih dalam proses membiasakan diri.. Awal2 dulu memang menangis la sebab tak kenal teacher baru.. Tu la masalah kalau tukar taska, taska lama dulu ok, takde masalah langsung, Tiya pun serasi dengan Teachers semua. Tapi disebabkan faktor lokasi dan masa, Mummy terpaksa pindahkan Tiya ke taska bawah pejabat ni. Puas menunggu Tiya cukup umur, sebab Taska Laman Cerdik cuma terima anak bermula setahun 6 bulan, tu pun Tiya dapat gak masuk walaupun baru setahun sebulan...(Daftar sejak umur Tiya 3 bulan tau!)

Tukarkan Tiya ke taska baru ni ada pros and cons la kan.. Have to accept everything, asalkan tiada kejadian2 yang melampau sudah..

Satu tak bestnya, taska ni aircond 100%, walaupun aircondnya taklah sekuat aircond kat pejabat, but still, babies kalau tak selesema tak sah! Kuat ye anak, InsyaAllah nanti kamu biasa... Zarra dulu pun memanjang selesema, tapi sekarang dah imune agaknya.. Hahahha..

Yang bestnya, Mummy tak payah kelam-kabut berkejar nak punch card pagi2, sebab dua2 anak Mummy dah duduk taska yang sama, bawah ofis pulak tu, lebih bahagia di situ...

Gambar Zarra dah 'naik' kat dinding Laman Cerdik, akhirnya setelah berapa lama berhutang gambar.. Yang penting siap ada Mummy & Abah.. :)

Buat Pn. Yuzila (pemilik Taska Naliadif) dan semua teachers Taska Naliadif (taska lama Tiya), terima kasih kerana mengasuh Tiya/Zazza sejak umurnya 5 bulan sehingga dia berusia setahun sebulan. Tiada cacat celanya, saya sangat menghargai jasa kalian. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Buat ibu bapa yang mahu menghantar anak, saya recommend Taska Naliadif ni!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...