Wednesday 29 May 2013

Luncheon bersama YB Menteri..

Kejadian ni berlaku pada 25 April 2013.

Lokasi: Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur

Saya dan kawan-kawan di Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Jabatan Penerangan Malaysia  dijemput untuk menghadiri majlis makan tengahari bersama YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (yang lama), Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim. Motifnya adalah sebagai tanda penghargaan Menteri kepada kami warga penerbitan yang telah banyak menghasilkan bahan2 penerbitan (buku-risalah-coffee table books) sepanjang pentadbiran beliau.

Waktu majlis tu belum lagi pilihanraya, tapi semua pun dah maklum yang Dato' Seri Dr Rais tidak bertanding dalam PRU-13, seterusnya mengesahkan bahawa kami akan mendapat Menteri baru selepas pilihanraya. 

Itu majlis terakhir kami bersama Dato' Seri Dr. Rais, majlis yang simple tetapi cukup bermakna. Dalam menjadi tetamu, kitorang jadi AJK juga. 'Watak' ku lagi penting, jadi pengacara majlis (emcee). Perrrggghh sejak tau2 kena jadi emcee tu, mula la tido tak lena! Giler tak nervous, majlis Menteri tu!!!


Me in action! Muka nampak tenang tapi gigil sebenarnya!!

Majlis stop sekejap untuk lunch.. Tapi ku makan tak kenyang mana pun, makan cepat2 dah kena naik stage balik.. Rugi! Dahla lunch by Pak Engku...

 Group photo with Dato' Seri Dr. Rais. Turut serta Ketua Pengarah Penerangan - Dato' Haji Ibrahim Abdul Rahman, Timb.Ketua Pengarah Penerangan - Datuk Hajah Poziah, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komuikasi dan Kebudayaan.

 Terima 'amanat' personally daripada Dato' Seri Rais.

Lama jugak Dato' Seri Rais luangkan masa dengan kitorang.. Sempat jugak dia bagi amanat personally padaku. Katanya 'suara bagus, ada bakat jadi emcee, cuma perlu lebihkan eye-contact dengan audience.." InsyaAllah Dato' Seri, saya akan perbaiki segala kekurangan. Saya budak baru dalam bidang ni.. :)

Warga BPDN bersama Pengarah, Datin Omi Habibah Shariff. Masa ni birthday Datin, dan Datin bersara secara rasmi.. (Datin in grey tudung)

Acara selepas majlis selesai! Mampu posing tengah bandar gini?? From left - Kak Zureen, Roslen, Hidayah & Me!

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Rasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu mengacarakan majlis yang dihadiri Menteri. Tak sia-sia tido tak lena! Hahahah...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...