Tuesday 12 June 2012

Berjaya!

Yay, rasanya macam berjaya la jugak..

Berjaya apanya??

Berjaya ajar Zarra shi shi & yak kat toilet! Giler tak happy, bila anak yang dah nak masuk 3 tahun dah tak pakai pampers di siang hari! (walaupun mcm agak lambat!)

Kiranya kejayaan terbesar Mummy dalam tempoh cuti 3 bulan ni la.. Berisi gak cuti Mummy, bukan setakat rest kat rumah je..

Big girl Mummy.. I'm proud of u!

Mcm mana ajar dia? Mula2 dulu masa dalam pantang dah ajar slow2, bukak pampers dia siang2, masa tu ramai yg boleh tolong, Hubby ada, Mama ada, even bibik pun ada.. Dia memang ada la kencing bersepah, agak penat & hampir give up jugak la!!

Lepas tu bagi dia pakai pampers balik.. Nak jadi citer, dia kena nappy rash, tak baik2, ubat dah habis dah.. Last2 pujuk dia, cakap kat dia tak payah pakai pampers la, mcm mana nak baik gatal tu kalau pakai pampers.. Suruh dia gi kencing kat toilet...

Awalnya, setiap setengah jam saya bawak dia masuk toilet... Bila dia berjaya shi shi dalam toilet dia bukan main happy lagi.. Janji la macam2 dengan dia, asalkan dia shi shi kat toilet...

Alhamdulillah, sekarang ni, rasanya dah 3 minggu dia tak pakai pampers siang2. Kalau tido je saya pakaikan..

Yay, Zarra dah big girl! Congrats Zarra!!! Nanti Julai ni ikut Mummy gi work k, lepas tu Mummy hantar Zarra kat school baru... :)

Fenomena ni tak mungkin terjadi buat masa sekarang! 

Jimat la sikit duit beli pampers.. Kalau tak Mamy Poko sebungkus 50 keping rasanya dalam masa seminggu je habis! Pengsan!!! Skrg beli untuk adik je, tapi adik tak pakai banyak sangat.. Zarra lak 50 keping tu lambat la sikit habis.. Thanks Zarra sebab cut cost Mummy & Abah.. hehehehe...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...