Thursday 14 June 2012

4 Tahun Lalu...

4 tahun lalu... Umurku 25, umur dia 26...

4 tahun lalu... Aku masih di bawah jagaan Mama & Abahku, sehingga 14 Jun, sekitar jam 5 petang...

4 tahun lalu.. Aku seorang, tiada tanggungan mahupun sesiapa yang perlu aku bela..

4 tahun lalu... Aku bersedia bertukar status, satu keputusan hidup dan matiku...


14 Jun 2008, status bujang bertukar kepada status isteri..

14 Jun 2012, status terus berubah menjadi ibu kepada 2 anak perempuan, dan masih menjadi isteri yang bahagia!

14 Jun 2012, Zafirah dan Aidil masih kukuh bersatu sebagai suami isteri, meraikan ulang tahun perkahwinan keempat kami dengan Zarra & Zazza.. Alhamdulillah, moga ikatan ini berakhir di syurga...

Moga senyuman pada waktu ini tidak berubah selamanya...

To my dearest hubby, terima kasih kerana memahami jiwa ini, jadilah sahabat dan teman saya selamanya, jadilah Abah yang terbaik untuk anak-anak kita.. Hanya maut yang mampu memisahkan kita.. Aminnn...

Kekuatan Mummy & Abah..

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...