Tuesday 8 October 2013

Rotavirus..

Kisahnya begini ..  

Ahad (22 Sept) : Tiya muntah2 dan cirit-birit. Banyak kali! Tapi dia masih ada selera makan. Abis semua yang dia makan keluar masa dia muntah..

Isnin (23 Sept) : Saya EL sebab Tiya masih muntah2 dan cirit-birit... Pergi klinik, klinik cuma bagi ORS - Oral Rehydration Salt. Masuk dalam air, bagi Tiya minum, sikit je dia minum, mgkin tak sedap. Yang sedihnya, dia tak nak makan apa2..

Selasa (24 Sept) : Saya kerja macam biasa, malam tadi Tiya dah tak muntah dah. Tu yang berani hantar gi taska balik. Tapi tengahari saya amek dia, sebab Teacher mesej bgtau Tiya muntah 2 kali kat school. Masih lagi cirit-birit, siap demam sikit. Ingatkan nak gi emergency Hospital Putrajaya tp takut kena menunggu lama sorang2 sebab hubby kerja. So tak jadi, just monitor dia kat rumah je...

Rabu (25 Sept) : Decided to bring Tiya to paediatrician. Hubby hantar Zarra kat school, Mummy yg gigih ni pergi la klinik sorang2 bawak Tiya. Dia tak sihat, senyap je duduk kat passenger seat dalam kereta tu walaupun takde baby seat. Cuba kalau dia sihat, mana mungkin dia nak duduk diam..

Ku pergi paediatrician kat Kajang Plaza Medical Centre. Tu je yang terlintas dalam kepala. Paeds tu cakap, Tiya suspected kena rotavirus! Makan langsung taknak, susu pun kurang, cirit-birit masih heavy. So dia advice tahan Tiya kat wad untuk monitor & drip air. Malangnya, Kajang Plaza takde katil kosong! Mak aih, ramainya orang sakit!!! So ku mintak dia refer Tiya pada Hospital Columbia Asia, Cheras..

Terus lah Mummy bawak Tiya ke sana. On the way tu dia tido je. Takde energy langsung sebab dah 3 hari tak makan.. Sedih betul tengok dia! Puas ku kuatkan semangat ni untuk dia.... Jumpa paeds kat situ - Dr. Hew, terus dia suruh admit. Tapi situ pun takde wad kosong jugak!! But good news, ada sorang patient dah nak discharge, so tunggu semua clear dulu then Tiya boleh masuk wad... 


Camwhoring 2 beranak sementara tunggu nak masuk wad.. She looks ok, but the reality she's not!

Tiya dapat single bed, sebab Doc mintak dia diasingkan in case of she's positive with rotavirus, virus tu berbahaya dan sangat senang berjangkit dengan patient lain.. Bahagia jugakla duduk situ! Hahahah... Masuk bilik, Doc datang & cucuk dia.. Kuat dia ni, sikit je nangis... 


Marah betul dia tangan kena cucuk.. Susah nak bergerak...

Petang tu Hubby datang hospital lepas habis kerja.. Teman kami sampai malam.. Zarra duduk dengan Nenda dia.. Nasib baiklah rumah Nenda tu dekat je... Saya tido dengan Tiya kat hospital sebab dia ni memang 'melekat' dengan Mummy... 

Khamis (26 Sept) : Pagi2 hubby dah datang bawak breakfast.. Doc cakap Tiya positive kena rotavirus. Virus ni berpunca daripada bahan-bahan tercemar, contohnya air atau mainan yg ada bakteria. Umur2 dia ni, semua benda pun nak masuk dalam mulut, so tak tau la apa yg bervirus sampai jangkit kat dia.. Takde ubat, just masukkan air untuk elak dia dehydrate & make sure dia minum air/susu banyak.
 

Sayu betul la tengok dia macam ni!

 Kakak jaga adik... Tapi kakak taknak duduk hospital dengan adik, sebab dia 'fobia' dengan hospital tu, dulu pernah warded situ 8 hari!

 TQ Nenda sebab tolong jaga kakak Zarra & selalu datang hospital bawak makanan, jenguk Tiya..

Bukak sekejap drip, bukan main happy lagi dia!

Tangan bengkak sebab air tak masuk ke 'saluran' yang betul.. :(

Jumaat (27 Sept) : Pagi2 Dr. Hew datang sebab nak cucuk tangan kanan Tiya, sebab tangan kiri dah bengkak.. Tapi bila dia tengok Tiya aktif berlari, dia tak jadi cucuk. Dr. Hew cakap biar dulu, just make sure dia minum susu macam biasa (atau lebih banyak) & petang nanti dia datang lagi sekali tengok macam mana. Alhamdulillah Tiya nampak sihat, cuma dia masih kurang makan... 

Petang lebih kurang pukul 6.30pm, Dr. Hew datang & cakap Tiya dah boleh discharge sebab dia nampak dah 'kuat'.. Yahooo! Alhamdulillah, Mummy yang happy! Tapi nak tunggu GL insurance semua, pukul 10 malam jugakla baru sampai rumah.. Malam tu bukan main bahagia dapat tido kat rumah sendiri....

Aksi bebas kat rumah.. Lega agaknya dapat balik rumah, 3 hari terperap dalam hospital...
3 hari 2 malam kat hospital, bil hampir RM1500.00. Nasib la insurance cover... Sekarang Tiya dah sihat dah, gi check up, berat naik hampir 1kg lepas 2 hari keluar hospital.. Dah kuat makan balik dah, Alhamdulillah... Terima kasih Dr. Hew, thank u to all nurses in Columbia Asia Cheras. Dah 2 kali anak warded situ, ku sangat puas hati dengan service & environment hospital tu.. Tapi kalau boleh, tak nak warded lagi.. :)



No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...