Thursday 3 January 2013

Picnic!!!

31 Disember 2012 - hari terakhir 2012 dipenuhkan dengan aktiviti bersama keluarga.. Skema naw ayat kau kan!!

Pagi 31 Disember tu saya bertugas di Dataran Merdeka sempena Larian Tahun Baru anjuran Jabatan Penerangan Malaysia.. Seawal 6.30 pagi lagi dah sampai sana.. Habis duty dalam kul 10, bos cakap tak payah masuk pejabat.. So teruslah balik... Yay!!

Hubby called few times tanya kat mana... Ada projek katanya... Ku ingatkan projek apa, rupanya berkelah 4 beranak di Sg. Tekala, Semenyih... Barang semua dia dah pack dah, tinggal tunggu saya sampai je....

Ke Tekala la kami... Cuaca hari tu sangat best, redup je, matahari pun takde.. Sampai Tekala dalam kul 12.. Bayangkan kalau ada matahari, mau panas terik yang amat la kan.. Tapi as i said redup je....

 Abah the planner with the kids..

 Kakak Zarra yang excited.. siap bawak pelampung kiri kanan..

 Adik Tiya mcm excited jugak tengok air.. Walaupun dia tak tau air tu yg buat dia terkejut akibat kesejukan!

Mummy yang excited jugak tp lebih pada excited amek gambar anak2.. Dengan muka tak semenggah bangun kul 5 pagi tu!

 Bagi adik celup kaki dulu... Bunyi gakla dia sebab air tu sejuk... 

 Yes kakak memang sangat gumbira!

Adik dah ok sikit sebab dapat pelampung..

 Anak siapa yang terbiar ni?

 Ish kat mana la saya ni?

 Mummy jom balik... Tengok adik dah meraung tu..

We had fun (walaupun ku tak mandi pun).. Tenang rasa jiwa tgk air sungai yang mengalir, wajah2 kesayangan tengah bergumbira... Tambah2 pulak orang tak ramai sebab 31 Disember bukan hari cuti.. So I like la pendek kata! :)

Masuk je kereta, dua beradik itu terus zzzzzzzzzzzzzzzz..............

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...