Friday 17 February 2012

Penantian bakal berakhir...

Tajuk mcm gempak je! Hahahah...

Pagi ni rasa seram sejuk lak tengok benda alah ni!


34 weeks... Maknanya lagi 2 minggu, kandunganku ini akan genap 9 bulan! Lepas tu menunggu hari jela... Biar betul!!!!

This week saya ala2 bz mencari mak bidan & hospital untuk bersalin.. All this while saya buat check up kat Klinik Kesihatan Presint 3 je, tak buat kat hospital pun! Tapi bila dah dekat2 nak bersalin ni, baru terhegeh2 nak cari hospital nak bersalin, keputusannya Hubby suruh gi hospital swasta, sebenarnya saya pun takut gak nak bersalin kat hospital kerajaan. Bukannya menidakkan kepakaran  & perkhidmatan hospital Kerajaan, tapi atas beberapa masalah & pengalaman yang lalu, we chose to go to private!

Bak kata Hubby, 'takpela, duit boleh cari, janji awak & baby selamat & selesa..'

Dulu masa Zarra, saya check up & bersalin kat UKM Specialist Center.. Sekali kena ceaser, ha hamek kau 5 ribu lebih melayang!

Kali ni, selepas call sana sini, tanya sana sini, akhirnya ada pakar kat Pusat Pakar Hospital Putrajaya yang sudi menerimaku.. Mula2 ingatkan dah takde peluang dah sbb staff nurse kata biasanya dah 8 bulan ni gynae tak nak amik dah, tp dah rezeki kan, staff nurse tu call balik & terus set appoinment dengan Dr. Wan Hazim on 23rd February nanti! Alhamdulillah...


Mak bidan pun dah dapat, sebab nanti saya akan berpantang kat rumah sendiri je kat Putrajaya, sambil2 dibantu Mama, Hubby & bibik! Mak bidan kat area2 Putrajaya skrg ada yang dah macam business minded melampau, ada tu pakejnya 3 hari urut bertungku segala sampai RM480!! Mak aih, dia ingat org Putrajaya ni kaya ke?? Mak bidan yang saya dapat ni pun ofis mate yg bagi contact, Makcik tu org Sg.Merab, Bangi..

So apa lagi yang belum ada?? Check list dah siap ni, shopping la apa lagi!! :) Tapi kena tunggu 24hb ni, nak cuti sehari, gi Sogo & kawasan yang sewaktu dengannya, shopping segalanya sampai habis duit! Hahahah...

P/S: Lil-Z, Mummy can't wait to see u!! :)

2 comments:

  1. Salam. Saya pun tgh cari confinement lady. Ok tak, mak bidan org sg merab tu? Boleh bagi contact number dia? Thanks.

    ReplyDelete
  2. salam, boleh share confinement lady you? tlg emailkan syidadida@gmail.com

    TQ

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...