Friday 17 February 2012

Besarnya Pengorbanan Ibu...

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.


Subhanallah, besar sungguh jasa dan pengorbanan seorang ibu. Saya bangga menjadi kaum wanita! Macam nak nangis baca artikel ni, takut pun iye jugak terutamanya point no.6 tu!

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkan proses kelahiran anak keduaku ini.. Moga kali ini, sukarnya tidak sesukar kelahiran sulung.. Selamatkan ku dan anakku Ya Allah.. Aminnn...

Copyright© LifeFit.my

4 comments:

  1. 1st timer...lagi takut baca....nak bersalin,xtau nak bayangkan...susah or senang nnt ujian kita......

    ReplyDelete
  2. yg 2nd time ni pun takut gak ayu.. doa & tawakal banyak2 pada Allah, lain orang lain habuannya.. moga2 ujian pada kita mampu kita hadapi...Amin...

    ReplyDelete
  3. my advices and talking from my experience and sedikit ilmu yg amat cetek, sebelum bersalin (sepanjang mengandung) bykkan bersolat,bc quran dan berdoa supaya dipermudahkan sakit bersalin..dan di akhir2 bulan nanti, sblm masuk ke labour room minta maaf dan minta halalkan mkn minum dr ibu ayah kita,esp suami dan juga orang lain yg mungkin kita pernah buat dosa.sbb ada baca, kalau org ckp tak baik tntg kita, boleh jadi satu doa.dan biasanya waktu bersalin lah tuhan akan menguji kita.insyaAllah kalau dpt redha ibu dan suami, mudahla jawabnya..semoga selamat semuanya dan semoga kuatkan diri menghadapi segala kemungkinan..byk pahala dapat tu (boleh kurangkan rasa sakit) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. lain orang lain habuannya, walau dah buat semua benda yg biasanya org advice, dah lakukan amalan secukupnya, tp kalau dah ditakdirkan rezeki mendapat kesukaran ketika bersalin, mana mampu menidakkan ujian Allah.. hanya mampu berdoa, berusaha & seterusnya tawakal pada Allah, moga2 dipermudahkan segala urusan.. Aminnn...

      Delete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...