Thursday 24 March 2011

Mummy besh!

Pulangnya dari Sarawak, saya dengan sang suami berpakat membawa Zarra gi Zoo Negara. Saje bagi hadiah kat dia sebab dah tinggal dia 3 hari dengan Nenda dia. Sengaja juga memilih Isnin untuk pergi, sebabnya kurang sesak dengan lautan manusia di zoo sampaikan nak tengok binatang pun tak nampak!

Tepat seperti dijangka, selepas membayar 20 hengget seorang (amboi mahai no!), kitorang pun mengejar Zarra yang berlari girang ke dalam zoo yang lengang! Ye, ulang sekali lagi, lengang ye....Jumlah manusia yang boleh dikira dengan jari! Jangankan Zarra happy, mummy & abahnya turut gembira! Dia agak jakun la, mungkin tak pernah tengok binatang2 live, dlm kuantiti yang banyak..Selama ni tengok TV atau kat buku je...

 Mummy hanya mampu dukung Zarra untuk posing aje! Hahahah..

 Abah tu apa?

 Ni favorite Zarra..Semua binatang pun bird!

Bird lagi!

Bird jua..walaupun mummy ckp peacock! Dia jawab, bird! Fine!!

Cuaca memang sangat mengizinkan kami untuk berlari riang! Hahaha..redup2 manja, tenang, namun berubah menjadi hujan gerimis ngam2 masa dah habis tawaf zoo! Just nice!! Zarra sangat pok pek, dalam bahasa yang hanya dia aje yang faham. Yang mummy faham, semua binantang pun bird & fish! Oh ada lagi satu binatang yang dia sebut betul! Ni dia....

Bear!!!
Memanglah betul kalau dah binatang ni je penuh dua rumah (rumah mummy & rumah nenda!)

Kesimpulannya, mesti dalam hati Zarra berkata : Bagus mummy ngan abah ni, tinggal Zarra 3 hari, pastu bwk Zarra gi zoo. So Zarra maafkan kalian berdua! Hahahaha.. Dia sangat gembira sehinggakan tak sampai 5 minit masuk kereta, mintak 'memilk' dan zzzzzz....Lena terus!


2 comments:

  1. Zarra jawab: Nanak maaf lagi. Mummy kena bawa Zarra g jln2 lagi. Pasni Aquaria pulak. Zarra nak tengok fish.

    ReplyDelete
  2. Ala, aquaria mahal la,tgk ikan je lak tu. Zarra kan kak, gi tesco pun dia happy, asalkan ada fish! LOL!!

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...