Thursday 24 March 2011

Meow....

Ceh title cam nak citer pasal kucing je..atau bak kata Zarra "tat"..hahaha. Sebenarnya saya nak citer pasal vacation+kenduri kawen+gathering+mini honeymoon kat Kuching, Sarawak dari 18-20 Mac 2011...


Tujuan utama ke sana sebenarnya gi wedding kawan sekelas masa UiTM dulu, yg agak kamceng dan sempoi. Pastu lebih2 masa tu digunakan untuk explore Kuching (tak sempat explore byk pun) & makan laksa Sarawak sepuas hati! :) Trip kali ni, saya gi berdua je dgn sang suami, Zarra ditinggalkan dengan nenda dia!

Jumaat, flight as early as 7.20am. Kali ini menggunakan Firefly, so naik di KLIA. Kalau kat KLIA tak sah kalau tak breakfast McD! Hahahaha...Kul 6am dah makan McD ok! Landed di Kuching International Airport pada 9am. Sampai aje di airport, kereta sewaku dah menanti! Bagus!! So, masa untuk berjalan dan makan! Haruslah mencari laksa Sarawak sampai jumpa!


Laksa Sarawak di awal pagi menjadi pengisi perut - di Ramai Cafe, Satok, as recommended by my office mate!

Dah kenyang, jalan2 lagi menggunakan map manual, ke Waterfront. Kat situ, naik perahu tambang (tambang dia 50 sen sehala), gi seberang sana, tgk tmpt jual & buat kek lapis. Sekejap je, tak sampai pun 10 minit, pastu seberang balik, jalan2 beli souvernir je kat Waterfront. Pastu dah penat & belengas, kami gi check in kat Penview Hotel, lokasi majlis perkahwinan Syibba & Gary. 

Nilah rupa jetinya..

 Ke seberang yang mengambil masa kurang 5 minit..

 Muka orang 'peghak' dapat naik bot..

Lepas berehat di hotel, malamnya kitorang ke Kompleks Perumahan Pegawai, Tabuan Jaya untuk majlis berinai besar Syibba & Gary. Nikah siangnya kitorang tak pergi sebab kepenatan! Hahaha..Malam kitorang pergi la, memeriahkan majlis yang dah sedia meriah walaupun kitorang tak datang! :)  Kali ni terpaksa gunakan GPS sbb tak nak sesat macam siang tadi..Ni antara gambar2 majlis berinai & deco di rumah pengantin!

 Nilah rupa pengantinnya..Syibba ni kawen dgn omputih dr Australia..:)

OMG..I'm so small beside her!hahah..Ni baru persalinan pertama ye u olls..

 Ni pulak persalinan kedua mereka. Gary siap make up konsep Jawa ni. Dia sangat sporting..





Siap ada fireworks u olls..Kelllasss...tengokla deco2 dia, sangat sweet dan kreatif kan!

Bila dah posing2 dengan pengantin, tak tunggu dah, sebab dah almost 12am. Tu pun dia belum tukar baju Bollywood lagi tu. Perut pun dah kenyang dengan udang sambal, ayam dalam buluh, masak lemak apa ntah (isi kelapa kot), siap dengan ulam2 petai segala, dengan sambal belacannya. Haruslah mat saleh yang datang berbau petai malam tu! Hahaha...

Kemudian, balik la kami ke hotel penginapan dan menanti untuk ke majlis reception keesokan harinya..Abis cerita first day di Kuching...to be continued..hahaha..sorry ek potong stim sket!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...