Sunday 13 March 2011

Oh Merong..

Semua orang bercakap tentang dia ketika ini!

So untuk tidak dipanggil ketinggalan, I'm going to talk about 'him' jugakla..hehehehe...

Terpanggil untuk menonton filem epik Malaysia "Hikayat Merong Mahawangsa" selepas berkurun lamanya tak menonton wayang! Sungguh!! Sejak2 ada Zarra, kurang berkesempatan menonton wayang. Sebelum ada dia, tu aktiviti wajib saya & sang suami setibanya hujung minggu. Sekarang ni, kalau nk tgk wayang, soalan pertama : 'Siapa nak jaga Zarra, angkat tangan!'

Semalam, berjaya meninggalkan Zarra bersama Tok Ayahnya, & saya menculik nendanya untuk menemani saya 'berjumpa' Merong disebabkan abah Zarra bekerja. Ha faham tak? Apa la punya complicated ayat ni! hahahah....

Ok, ni antara watak yang meninggalkan kesan pada saya..

Merong..oh dia sangat macho & gagah maskulin ye! Hero sangat tapi kenapa hero mesti mati??uuuwwaa..(eh emo lak!)


Kemawas..woi, apa jahat sangat kau ni ha? menjadi sungguh Khir Rahman membawa watak ini sampai membuatkan kita benci dia sangat2..memang sesuai kau mati! dush dush!!




Embok..Melayu sangat muka dia ni..muka Melayu suci, baik & kuat hatinya..terasa bangga menjadi wanita Melayu lepas tengok Embok! hahahaha...


Reaksi selepas menonton filem ini?

Kagum! Tak sangka ada filem Malaysia sehebat ini!! Good job KRU Studio.. Tak rasa rugi pun mengeluarkan RM13 walaupun merungut jugaklah pada awalnya sebab macam mahal..(kedekut!!) hahaha...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...