Wednesday 5 October 2011

Bali day 3...

Hari ketiga kat Bali memang world!! Mau taknya, kul 2 pagi dah bangun, kul 2.30 pagi kitorang dah bertolak dari hotel ke Lovina.. Nak tau kenapa pagi2 buta? Sebabnya perjalanan ke Lovina amek masa 3 jam, dah tu semua nak kejar sampai sana b4 6 pagi, sebabnya nak tgk DOLPHIN!!!! Dolphin adalah satu2nya tarikan di Lovina, kalau takde dolphin tu mmg mati la tempat tu!

So, Zarra tido dengan baju cantik malam tu, kul 2 lbh dukung je dia masuk dalam kereta. Dia tido sepanjang perjalanan, dah sampai sana, kul 5.30 pagi saya kejut dia sebab nak siap2 nak ke laut. Nasib dia tak meragam, redha je dengan aktiviti Mummy Abahnya..:)

Seorang kena bayar IDR150,000 untuk sewa bot & life jacket. Bot kecik je, mmg muat kami berlima je..Gelap2 lagi kitorang dah meredah lautan! Sampai tengah laut tepat kul 6 pagi.. Apa yg kitorang nampak? Mestilah dolphin kan, takkan ikan duyung lak! Real betul, bukan main dia lompat2 depan kitorang. Masa kami tengok tu, tak banyak lagi bot yang sampai, dalam 3 bot gitu je.. Kitorang excited betul! Tak pernah tengok dolphin live depan mata!


 Muka cuak naik bot! hahahaha...

Matahari tengah naik..cantik kan..ni dalam kul 6 lebih ni..sana matahari naik cepat..

 Ni je gambar dolphin yg paling cantik berjaya dicapture.. 

Makin cerah, makin banyak bot kat tengah laut tu...Dah boleh jam kat tengah laut! Dolphin lak mcm malu2, sekali muncul, dia nyorok, pastu muncul lak tempat lain..Berkejar2 semua pilot bot serbu port dolphin tu! Best sangat experience tu!

Dalam kul 7.45am, kitorang dah selamat kembali ke darat..Zarra sempat tido lagi atas bot, ada dia kesah???


On the way pulang, banyak la tempat kitorang singgah...Mula2 pergi tengok air terjun berkembar kat Gitgit. Subhanallah, memang sangat2 cantik tempat tu, air jernih & dalam.. Tapi ia tak menjadi port berkelah macam kat Msia ni, sbb orang sana ada kepercayaan sendiri yang membuatkan diorang tak mandi kat situ..




Lepas dah amek angin, dah puas pose, perut pun dah lapar, kitorang gi 'brunch' dulu kat restoran makanan Padang. Siap mandikan Zarra kat situ lagi.. Dah makan kitorang ke Bedugul, kat situ tengok kuil, sebab kat Bali memang banyak kuil2 yang cantik, yang jadi destinasi wajib dilawat kalau pergi Bali...

Zarra pose ikut patung tu!




Lepas Bedugul, kitorang bergerak pulak ke Tanah Lot. Siapa pergi Bali tapi tak pergi Tanah Lot ala2 tak sah la tripnya! Tanah Lot ni ada kuil kat tengah laut, kalau air pasang memang tak boleh la nak gi ke kuil tu.. Cantik tempatnya...




Dah selesai ke Tanah Lot, kitorang bergerak ke Krishna..Krishna ni tempat beli souvenir Bali..Best, harga pun bagus..Hubby sempat lukis tatu berangan kat situ..Berangan sangat! Lepas selesai, gi makan nasi padang lak, baru terasa lapar sebab belum lunch..Sedapnya lahai nasi padang tu!

Hubby yang berangan orang local..
Kitorang balik hotel awal, iyelah masing2 dah penat! Mau tak penat, pagi2 buta dah keluar tengok dolphin...Kul 5pm camtu dah sampai hotel...Ingat malas nk kuar dah, tiba2 akak ajak gi pantai, tengok sunset..Tergoda la pulak dengan ajakan itu...


 Anak Mummy 'peghak' main pasir!


Malam tu tak gi mana2 pun...Jalan2 area Legian je, lepas tu beli maggi makan dalam bilik..Legian susah sikit nak cari makanan halal, Kuta lebih senang..So Maggi pun Maggi la..lepas tu zzzz..tamat sudah hari ketiga kami..Esok nak balik dah!

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...