Tuesday 11 October 2011

Ain kawin...Tahniah!

Siapa Ain? Ain ni adik hubby, so my adik ipar la kan.. Selamat mendirikan rumah tangga pada 8 Oktober 2011, kat Melaka.. Kenapa kat Melaka?? Sebab di sana la Ain dibesarkan.. Dia tak membesar kat KL, cuma skrg ni je duduk & bekerja kat KL..

Saya tak dapat join majlis nikah & majlis berinai besar masa 8 Oktober tu sebab kan kena gi kursus dari 7-9 Oktober kat Ayer Keroh. Sedih jugak, tapi tuntutan kursus yang mewajibkan saya datang, terpaksa la mintak ampun maaf dengan family mertua walaupun tau markah sebagai menantu dah kena potong! Hahaha...

On the 9th, cepat2 amek sijil masa majlis penutup, beg pun dah saya letak kat reception dari awal lagi, baju 'uniform' family pun dah dipakai dari awal, hubby pun dah sampai, terus zzzaaasss ke Bukit Rambai.. Lebih kurang 40 minit jugakla perjalanan nk sampai rumah pengantin tu!

Jom tengok gambar!
The bride and the groom..Comel color baju diorang!

 Pengantin baru dengan pengantin lama..

 Ain with her siblings... Atas kiri - abang long (1st), Apit, Ain (5th), Botak (4th).
Bawah kiri - hubby (3rd), kak Abby (2nd) & Maman (bongsu)..

The whole family Mak Midah & Pak Khamis...

Macam pelik sebab gambar Zarra & sepupu2nya takde. Yang nampak kat atas sorang je..Mana yang lain?? Apa lagi, main la, mana reti nk duduk diam..Ada dia kesah orang amek gambar ke apa?


Tahniah Ain & Apit.. Moga berkekalan ke anak cucu & moga tabah hadapi sebarang dugaan dalam rumah tangga...



No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...