Tuesday 29 November 2011

Makan jela kan sekarang!

Siapa2 yang follow saya kat Twitter, mesti prasan yang saya selalu twit pasal makan. Makan itu, makan ini, masak itu, masak ini, nak makan itu, nak makan ini.. Hari tu my jiran kat ofis (Kak Ziti) cerita pasal 1 restoran ni. Sebab saya cakap kat dia saya teringin nak makan seafood, tapi nak gi Klang jauh sgt, apakan lagi nak gi Bagan Lalang atau Umbai tu ha!

So Kak Ziti suggested to go to Restoran Hj. Sharin Low kat Bangi. Dia ada branch kat Bukit Antarabangsa rasanya.. So pujuk2 hubby, kami pun pergi la cari restoren ni. Tapi mood masa tu takde lak nak makan seafood (mungkin sebab tak lapar giler kot!) Jumpa, then ini makanan yang kami order...

Mummy & Zarra makan nasi goreng seafood! Sedap walau nampak cam simple! Tapi portionnya mak aih, cam blh makan 3 orang! Harga : RM7

Hubby's -- beef & petai rice. Nampak pun sedap sebab Hubby makan licin! Harga: RM7

Hidangan-hidangan sampingan adalah seperti berikut:

Fu Yong egg. Ala2 telur dadar tapi lebih berisi! Harga RM7

Kailan ikan masin. Mcm biasa, tapi sedap bak kata hubby. Saya tak makan kailan, so tak try pun! :) Harga RM7 jugak!

Last but not least, butter prawn! Sedap, manis, masin butter semua ada. Harga RM25

Tengok menunya, semua nama Cina sebab ni restoran Chinese Muslim. Tapi ada la explanation pasal makanan di sebalik nama Cina tu. Harus direpeat sbb mcm2 lagi nak makan! Hahahah.. Sedap, tapi hubby kata semua tak pedas, iyelah, dah order benda tak pedas kan! Nanti kita try lain lak k b!

 Budak makan banyak!

Budak dah kenyang, Mummy suruh smile!

Yay akhirnya!

Penantian satu penyiksaan! Sungguh! Memang blh diguna pakai la ayat tu.. Apa yang saya nantikan?? Bukan apa pun, saya tunggu result Kursus Induksi yang saya attend bulan 6 dulu tu.. 

Yang buat bertambah nervous, kawan2 yang pergi sama2 kebanyakannya dah dpt result dah. Kami2 yang kat ibu pejabat Jabatan Penerangan & dah berpindah ke Putrajaya ni sorang pun tak dapat lagi.. Bila call urusetia kat kementerian, asyik tak dapat je.. Ish ish ish....


Tapi hari ni rezeki is on my side.. Sekali call je terus dapat cakap dengan urusetianya. Katanya siapa yang lulus memang result (surat & sijil) dah dihantar serentak! So dia mintak nama penuh.. Suspennya!! Dia check katanya, 'jangan risau, awak lulus...' Alhamdulillah!!!

So sekarang ni tunggu dulu sijil, lepas tu boleh submit segalanya kat bahagian Sumber Manusia untuk proses pengesahan jawatan.. Kalau yang tak tau, ada beberapa perkara yang perlu kebanyakan kakitangan awam buat untuk disahkan dalam jawatan.. Mine is like this:

1) Menghadiri Kursus Asas anjuran Jabatan Penerangan (dah gi Oktober 2010)
2) Lulus peperiksaan Jabatan Penerangan (pass in March)
3) Lulus peperiksaan undang-undang JPA (pass in 2010)
4) Menghadiri dan lulus Kursus Induksi anjuran Kementerian (baru je lulus ni ha!)

Alhamdulillah, perjalanan saya untuk keempat2 ujian di atas berjalan lancar, semuanya sekali amek je, takde yang fail.. Syukur sangat2. Sekarang bulan Novermber 2011, saya join Jabatan Penerangan Julai 2010, so agak cepatlah saya confirm! Yieha bangga dengan diri sendiri!! :)

So hubby, kita kena raikan kejayaan saya ni! :) Eh tak payahla, sebab semalam kan u dah belanja i wrislet baru! Thanks.. Nanti beli brand lain lak k, ni sebab dah tak banyak choice kan! Hahaha...




Tuesday 22 November 2011

Wedding Azira & Ikhwan..

Ahad lepas, 20.11.2011, saya ada dua jemputan ke wedding.. Date cantik kan, berebut2 orang nak kawen on that day. Cita2 nak gi dua2 majlis, tapi punah ye sebabnya tak sempat. 1 wedding kat MAEPS, Serdang, 1 lagi dekat Bandar Tun Hussein Onn.. So I chose to go to MAEPS je, sebab tu yang paling dekat dengan rumah..

Siapa yang kawen? Azira & Ikhwan.. Azira ni saya kenal dari zaman muda remaja lagi, masa tu saya kerja dengan Erra Fazira, Azira lak mmg fanatik fan pada Erra. Mana2 show yang open to public, mesti Azira ni datang dengan Mamanya.. Kata pun fanatik kan! :)

Jom tengok gambar wedding Azira, saya tak dapat pun bergambar dengan pengantinnya, sebab rushing nak hantar Zarra & Abahnya balik rumah, then saya kena kerja kat Bernama Radio24, at 3pm! 





Ada Mia Sara. jadi flower girl lagi.. Zarra tgk Mia ni dia cakap 'Cuak' sebab Mia kan berlakon citer Cuak kat Astro Ceria tu..

 Sempat jumpa geng2 BE -- BE stands for Bersama Erra (fanclub Erra Fazira)

 Zarra sangat excited dapat jumpa bear..

 Orang suruh buat 'best', dia buat jari gitu lak.. Langsung tak takut dengan bear, sampai malam pun tak habis citer dia jumpa bear2!

 Ni Mama Azira.. Mama lagi kurus dariku ni, camne?

Overall, simple yet nice wedding, ala2 garden wedding.. Congrats Azira & Ikhwan. Moga ikatan perkahwinan ini akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat!

Monday 21 November 2011

Good job darl!

Congrats Amanda! Amanda ni cousin saya.. Dia dapat 5A dalam UPSR! Gud job girl!! Nanti pujuk2 Mummy mintak masuk boarding school ye!


Amanda & Zarra!

 Amanda & Rizqy!

Yang buat lebih salute kat Amanda, she's only 11 ok! 1 year younger than other UPSR candidates.. She makes everyone of us proud, Mummy & Daddynya apa lagi la kan! Nanti 'Aunty De' boleh jadi cikgu Zarra ye! :) Congrats once again!

Saturday 19 November 2011

Zarra's Progress..

As today, Zarra berumur 2 tahun, 2 bulan, 2 minggu gitu.. Macam2 ragam, macam2 perangai.. Mulut pun pok pek pok pek, kadang2 apa dia cakap pun Mummy kurang faham.. Hahaha.. 

Zarra dah makin besar, makin bijak, makin menghiburkan, tu yang buat Mummy selalu rindu kat dia, especially masa weekdays sebab weekdays (unless Abah dia off), Zarra duduk rumah Nenda.. Weekend je dengan Mummy & Abah.. Sedih kan! 

But it's ok, tu la pengorbanan Mummy, susah2 dahulu, senang2 kemudian.. Ramai yang tanya, tak sedih ke? Eh, orang2 yang bertanya tu pun macam 'kureng' lak, ada ke Mak yang sanggup berpisah dengan anaknya kalau ada pilihan??? Kalau ada pilihan saya pun tak nak berpisah la, ni sebab dah takde pilihan.. InsyaAllah bila nursery bawah ofis tu bukak, saya tak tinggal dah Zarra dengan Nenda dia masa weekdays..

Jom tengok gambar terbaru Zarra.. Bila dibelek2 gambar lama dan baru ni, besar dah Zarra.. Kejap sangat masa berlalu rasanya! Ha mula la nak feeling2 tu kan! Hahahaha..







I love u sayang! 

Wednesday 16 November 2011

The latest me!

Saya mempunyai satu masalah ketika ni..Iaitu....malas nak amek gambar solo!! Sebabnya ku rasakan diri ini sangat gemuk, & sangat tak elok untuk dicapturekan!

Tapi hari ni tiba2 mcm nak amek gambar solo.. Ni la hasilnya!!




As 16th November 2011, I'm 5 months preggy atau bahasa doktor 21 minggu! Dengan berat 53kg, ni la rupaku setakat hari ni... Pasni kalau rajin, I'll update lagi gambar2 perut yang dah maju ke depan, tu pun kalau ada mood! Hahahaha....

Tuesday 15 November 2011

Mengidam lagi...

Ntahlah, mengidam ke mengada..hehehe...tapi so far saya teringin nak makan benda yang senang2 je, takde lagi la teringin nak makan benda2 pelik mcm daging unta ke, daging kuda ke, buah durian belanda ke..hahahha...

This time around, dok tak dok bak kata orang Kedah, tiba2 saya teringin nak makan kacang botol!! Pergh, nasib senang.. Tapi tak nak kacang botol mentah yg buat ulam tu, saya nak kerabu kacang botol campur kerang.. Sedapnya... Biasanya saya makan Mama yang buat, tak pernah lak makan kat mana2 kedai..


So tadi saya dah pegi pasar malam kat Presint 2 tu, dah berjaya mendapatkan kacang botol yang diidamkan, kerang, kelapa, cili2 segala untuk buat kerabu.. Tapi esok baru nak buat.. Dgr Mama ajar mcm senang je.. Malam ni tak nak buat sebab Hubby tak makan kat rumah, dia ada main bola, so dia makan kat luar je.. Tak best lak makan sorang2, so esok jela buat..

Hhhuuuurrrmmm bersabarlah wahai tekak! Buat masa skrang ni, cuba bayangkan kerangupan kacang botol tu, krup krap krup krap..ddaaappp eeerrr...Nak2 lak dah jadi kerabu... Mak aih.. Tengok jela gambar google ni dulu!



Wednesday 9 November 2011

Cerita sedih tentang makan...:(

Sejak2 doc dah advised kena jaga makan, kurangkan makan nasi, jangan minum teh, kopi, nescafe & benda2 manis, so saya pun kena la ubah sikit cara pemakanan harian saya... Saya dah mulakan cara makan gini lebih kurang seminggu la...

Breakfast: Mee atau bihun atau kuey teow dengan air kosong

Lunch: Bihun sup or mee kari or mee bandung dengan air limau

Dinner: Roti or anything yang bukan nasi.. Or kalau teringin sangat blhla makan nasi sehari sekali.. dengan air kosong jugak

In the middle of any meal, kalau rasa lapar, saya minum susu, Milo, makan biskut, kuih2, Nestum,  or buah epal..

Siapa cakap tak teringin makan nasik, kalau blh mmg tiap2 meal nak makan nasik, tapi demi kesihatan & si kecik kat dalam perut ni, saya kena belajar bersabar & kuatkan semangat! Sedih kan, orang kata masa mengandung la blh makan macam2 tapi saya tak boleh...:(

Kadang-kadang susah jugak sebab saya kena masak untuk Hubby kan..So bila dah tau nak masak dinner la let say, siang tu saya tak makan la nasik sebab confirm malam saya akan makan nasik. Tu pun makan half portion je nasik tu, lebihkan lauk.. Uuuuwwwaaa sedih, tunggula nanti kalau doc kata saya ok & berat pun dah stabil, mungkin saya boleh makan benda2 sedap lain....:(

Nanti saya ada mood nak amek gambar terbaru, saya masukkan sini ye! Sekarang ni rasa agak down sebab rasa diri gemuk! :(

Friday 4 November 2011

Beza Pregnant Dulu dan Sekarang!

Uuuuwwaaa saya tengah stress sekarang ni!! Sebabnya -- berat badan naik mendadak! Apasal la jadi gini, makan normal je mcm orang tak pregnant, dulu masa tak preganant gitu jugak saya makan, tp tak pulak berat naik.. Sekarang ni dah melampau2 dah naik!

1st Pregnancy - berat asal 49kg, berat masa admitted nak bersalin 58kg!
Now - berat asal 47.5kg, berat masa 5 bulan pregnant 53kg! Uuuwwwaaaaa.....:( jauh lagi perjalanan ni!

1st Pregnancy - muntah, mual, loya yang sangat teruk. Makan apa je semua muntah balik!
Now - takde masalah di atas kecuali kalau perut kosong mula loya angin! 

1st Pregnancy - dah 8 bulan baru perut terserlah dengan ketara!
Now - baru 5 bulan tapi perut dah macam 7 bulan dulu2!

Orang yang tengok ku hari2 kata tak naik pun badan, kalau pakai baju kurung gi ofis lagi la tak nampak perut ni! Tapi hakikatnya, tuan punya diri yang tau & doc serta nurse kat Klinik Presint 3 dah bising dah sebab berat badan saya naik cepat sangat!

Saya dah mula control makan nasik dah, sejak sebulan lalu dah kurang makan nasik, sekali sehari je makan or kadang2 tak makan langsung nasik. Air2 manis lak saya dah tak minum, kopi, tea, nescafe lagi la lama tak sentuh! Saya cuma minum susu & air kosong je.. Tapi berat naik jugak!!

And now, here I am, lagi 2 minggu saya kena gi klinik & minum air gula sebab takut kencing manis! Uuuuwwwaa pls la, I am more stress now! Siapa kata mengandung boleh makan sesedap rasa?? 

I am officially fat!!!!

Zarra dah balik!

Hilang rindu kat Zarra sebab semalam saya gi amek dia kat rumah Nenda. Abah abah dia off hari ni...

Mula2 sampai rumah Mama, Zarra tengah bobok! Saya lepak2 jap pastu dia bangun la.. Tapi dia taknak kat Mummy... Merajuk la tu sebab tinggal dia lama... :( Lama jugakla baru dia panggil Mummy, lebih kurang 5 minit gitu.. Lepas tu tanya nak balik rumah tak?? 'Nakkk' jawab dia.. Bawak masuk kereta pun takde masalah, sembang je sepanjang jalan!!

So, start petang semalam sampai Selasa Mummy tak sunyi dah.. Dah ada tempat bebel2, tempat sembang2, tempat gelak2... I love u Zarra! Nanti Mummy fikir nak bawak Zarra jalan gi mana cuti weekend ni k!

Tuesday 1 November 2011

New Place, New Environment, New Spirit!

Bukan main lagi tajuk post this time...:)

Betul, I'm comfortable with my new office, my new work station & my new environment.. Haruslah kau comfortable kan, kalau nak ke ofis dari rumah tak sampai 5 minit! Hahahaha...

Walaupun tempatku jauh sikit dari masyarakat, tapi tu yg buat lagi best sebenarnya! Hahahaha hampeh!





Segalanya masih tersusun rapi, maklumlah tempat baru.. Best sebab banyak almari, so atas meja tak semak! Semalam jugak saya berjaya kemas tempat sendiri.. Nanti nak beli bau2 wangi la, biar bertambah selesa.. Nak letak bunga2 segala, sorry I bukan minah bunga! Selagi tak diarah transfer, di lokasi inilah ku akan mencari rezeki demi bersuap2 nasik! :)

Access pass pun dah dapat.. Dengan pass ni la ku akan punch card hari2, selain untuk keluar masuk ofis.. Kelasss semua digital u olls!

Apasal muka kembang mcm dah pregnant 8 bulan ni?? Pakcik guard ni tak crop cantik2 la.. (betul ke salahkan orang? Kau yg dah kembang ngaku jela Zaf!) Lagi satu, kalau siapa tanya nama siapa memang pendek umur! Hehehe.....

So far, I'm in love with my new work place.. so dah comfortable tu tak reti2 nak kerja rajin2? Baiklah....:)

Yay..finally!

Setelah tertangguh beberapa hari, finally semalam, saya & kawan2 'sebahagian' mula beroperasi dari pejabat baru kat Putrajaya!!

Memang best la... Kalau dulu kul 5.30am dah bangun, kul 6.00am dah kuar rumah.. Angkat la Zarra yang tengah tido tu, hantar dulu kat Nenda dia... 6.40am gitu drive pulak ke Wisma Sime Darby.. Balik pun mcm tu la, 4.30pm kuar ofis, amek Zarra dulu, dalam kul 6.00pm baru sampai rumah Putrajaya.. Itu dulu ye!!

Sekarang??? Jeng jeng jeng...6.30am alarm bunyi, blh lagi snooze 10 minit! Siap2 segala, 7.10 gitu baru kuar rumah, 7.15am dah sampai ofis siap parking! Yahhoooo!! Bahagia sungguh!

Tapi yang kurang bahagianya, untuk sementara waktu ni Zarra stay dengan Nenda dia during weekdays, unless Abah dia off.. Uuuuwwwaaa sedihla pulak! Balik rumah awal sunyi je rasa... 

Sabar ye Zaf, nnt nursery bawah ofis dah bukak, blh hantar Zarra kat situ.. Pergi & balik kerja blh bawak dia sekali..

That's life, sana senang, sini susah..Mana 'kan dapat kesempurnaan kan! Dugaannnn....

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...