Tuesday 29 November 2011

Yay akhirnya!

Penantian satu penyiksaan! Sungguh! Memang blh diguna pakai la ayat tu.. Apa yang saya nantikan?? Bukan apa pun, saya tunggu result Kursus Induksi yang saya attend bulan 6 dulu tu.. 

Yang buat bertambah nervous, kawan2 yang pergi sama2 kebanyakannya dah dpt result dah. Kami2 yang kat ibu pejabat Jabatan Penerangan & dah berpindah ke Putrajaya ni sorang pun tak dapat lagi.. Bila call urusetia kat kementerian, asyik tak dapat je.. Ish ish ish....


Tapi hari ni rezeki is on my side.. Sekali call je terus dapat cakap dengan urusetianya. Katanya siapa yang lulus memang result (surat & sijil) dah dihantar serentak! So dia mintak nama penuh.. Suspennya!! Dia check katanya, 'jangan risau, awak lulus...' Alhamdulillah!!!

So sekarang ni tunggu dulu sijil, lepas tu boleh submit segalanya kat bahagian Sumber Manusia untuk proses pengesahan jawatan.. Kalau yang tak tau, ada beberapa perkara yang perlu kebanyakan kakitangan awam buat untuk disahkan dalam jawatan.. Mine is like this:

1) Menghadiri Kursus Asas anjuran Jabatan Penerangan (dah gi Oktober 2010)
2) Lulus peperiksaan Jabatan Penerangan (pass in March)
3) Lulus peperiksaan undang-undang JPA (pass in 2010)
4) Menghadiri dan lulus Kursus Induksi anjuran Kementerian (baru je lulus ni ha!)

Alhamdulillah, perjalanan saya untuk keempat2 ujian di atas berjalan lancar, semuanya sekali amek je, takde yang fail.. Syukur sangat2. Sekarang bulan Novermber 2011, saya join Jabatan Penerangan Julai 2010, so agak cepatlah saya confirm! Yieha bangga dengan diri sendiri!! :)

So hubby, kita kena raikan kejayaan saya ni! :) Eh tak payahla, sebab semalam kan u dah belanja i wrislet baru! Thanks.. Nanti beli brand lain lak k, ni sebab dah tak banyak choice kan! Hahaha...




No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...