Saturday 6 October 2012

Kursus!!

Kerja gomen dan kursus, standard.. Memang tak dapat dipisahkan! Hahaha.. Syarat perkhidmatan, kena hadiri kursus selama 7 hari setahun.. 7 hari, mcm sikit, tapi susah gak tau nak cukupkan dalam masa setahun..

Awal tahun rasa mcm awal lagi nak kursus, relax la.. Katanya.. 

Tengah tahun dah cuti bersalin 3 bulan pulak sampai bulan 7..

Dah hampir hujung tahun ni baru menggelupur nak cari kursus... Check dalam buku log latihan. ku baru pergi 3 hari kursus.. Baki 4 hari lagi mesti dilengkapkan sebelum tahun 2012 berakhir...

Jadinya, minggu depan kena pergi kursus.. Kena! Wajib!! 


Kursus Pemerkasaan Diri.. Gitu, perkasa la lepas ni! Hahaha... 

3 hari 2 malam kat JB, mesti menarik sbb ada geng! Dah lama tak pergi kursus jauh2, tahun lepas memanjang keluar KL je, tahun ni, ni la baru nak keluar..

JB.. aku datang!!! Legoland?? JPO?? Oh no! Ni nak kursus ke nak berjalan?

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...