Saturday 6 October 2012

Doa untuk sahabat..

Setelah setahun Yana mendirikan rumah tangga, 1 Oktober lepas Yana selamat melahirkan seorang anak perempuan di Hospital Putrajaya...

2 Oktober, saya & kawan2 pergi ke Hospital Putrajaya untuk melawat Yana & baby girlnya.. Tapi kurang bernasib baik sebab Yana masih di wad observation, sebab ada tekanan darah tinggi. Cuma berpeluang tengok & cium baby girl dia yang cute & bam bam.. 3.38kg, bulat!

Malam 2 Oktober, suami Yana sms, katanya Yana masih belum keluar dari wad observation tu, dan baby pulak kena masuk NICU.. Ya Allah, banyak sungguh dugaan Yana hadapi...

3 Oktober, Yana keluar dari wad observation & masuk wad biasa. Khabar dari kawan yang melawat Yana, Yana terlalu sedih sebab masih belum berpeluang peluk & susukan babynya.. Dia dah ok baby pulak masuk NICU..

4 Oktober, sekali lagi ku melawat Yana.. Kali ni dapat jumpa Yana tapi tak dapat jumpa babynya.. Yana nampak kuat, walaupun dioperate.. Kuat macam mana pun, dia lemah bila tengok baby dia.. Daripada gambar yang ditunjuk padaku, rasa macam nak menangis tengok baby Yana.. wayar & tiub sana sini kat badan baby kecil itu.. Kita yang bukan maknya pun rasa macam nak menangis, apa lagi la perasaan Yana...

Babynya disyaki termakan najis sendiri semasa dalam kandungan... Malam sebelum dia dimasukkan dalam NICU tu, nurse cakap dia muntah & keluar benda2 pelik.. Subhanallah..

Sehingga hari ini, baby Yana masih di NICU.. Lagi sedih pabila baby sekecil itu masih tidak dibenarkan menyusu...

Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkan segera kedua-dua anak dan ibu itu, moga mereka berdua sihat segera dan kurniakan kekuatan kepada Yana untuk menghadapi ujian ini.... Aminnn...

Me & Yana...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...