Sunday 7 October 2012

29th birthday..

It's 7th October.. Alhamdulillah syukur masih berpeluang meraikan ulang tahun kelahiranku yang ke-29..

Final year as 20s.. Age is just a number, yes, that's right, apa yang penting pengalaman hidup selama 29 tahun ini mengajarku erti dewasa, mematangkanku, menjadikanku lebih kuat & mendidikku menjadi insan sempurna.. Walau sedar tiada siapa yang sempurna di dunia ini, namun ku cuba untuk menjadi hampir sempurna...

Abah & Mama, terima kasih atas segalanya, atas sokongan dan dorongan tika susah mahupun senang.. Susah payah Abah dan Mama besarkan Angah tak terbalas rasanya, hanya Allah yang mampu membalasnya... Angah sayang kalian sampai mati..

Adik-beradikku -- akak, Zafrie, Udin & Affan, pengalaman semasa kita kecil sentiasa terpahat dalam ingatan Angah, moga hubungan kekeluargaan kita aman selamanya..

Hubby sayang, perkenalan sejak kita berumur belasan tahun sehingga ke hari ini menjadikan kita saling memerlukan & terima kasih atas pengalaman suka duka selama ini.. Our DoubleZ make us stronger day by day...

Friends from all over places, terlalu ramai untuk disebutkan satu per satu, kerana bagi saya, anda semua sahabat, tiada musuh di hati ini, terima kasih kerana menceriakan dan melengkapkan hidup Zaf!

Sayang semuanya, doakan yang terbaik untuk saya....

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...