Tuesday 11 December 2012

Tragis..

Post ini agak tragis.. Nak kata saksi tak jugakla, but i was there masa kejadian.. Cuba nak capture gambar tapi dan2 la bateri bb kong masa tu..

Di jalan yang biasa saya lalu hari2, untuk hantar dan amek Tiya dari taska.. Dari Presint 5 ke Desa Pinggiran Putra...Perjalanan biasanya kurang 10 minit, tapi hari tu (7 Disember 2012), trafik jam menggila.. Nak ke Taska Tiya makan masa sampai setengah jam.. Dah agak dah mesti ada eksiden...

Hujan lebat masa tu, dalam kereta Zarra tanya macam2... Sampai kat lokasi kejadian, ku nampak kereta Perdana warna gold terputus 2.. Bahagian bonet kereta tu masih elok, tapi bahagian belakangnya remuk betul.. Ku nampak van ambulans pergi.. Dalam hati ku berkata "dasyatnya eksiden ni, kalau driver tu hidup lagi, memang panjang umur dia.." Melihatkan keadaan kereta yang remuk & langgar tiang lampu tu, macam mustahil la drivernya hidup.. Tapi tak nampak pulak mayat ke apa ke...

Dah lepas tempat tu, ku terus amek Tiya.. Nak balik ke rumah, lalu juga jalan yang sama tempat eksiden tu... Nampak polis trafik suruh semua kereta slow & himpit ke kiri jalan.. Ku dah tau ada eksiden, so ala2 kepochi memang dah slow la keretaku itu... Dan tiba2 Zarra tanya, "Mummy, kenapa orang tu tido kat atas jalan?" Subhanallah, baru nampak ada orang meninggal!!! Mayat dah ditutup dengan plastik putih & ada kesan2 darah....

Walau dirimu tidak dikenali, ku doakan moga arwah Muhammad Azeem Suhaimie Sulaiman, 17 tahun, tenang di sana.. Al-Fatihah...


Berita penuh di sini!

Mulai saat itu, serik rasanya nak drive laju2 kat kawasan tu.. Walau dah terlambat nak punch kad, takpelah, biar lambat asal selamat....

3 comments:

  1. Arwah ialah adik sy :( walaupun accidnt agak teruk . Tapi alhamdulillah jenazahnya sgt sempurna . Arwah bru habis spm sehari sebelum kejadian .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anis,

      Kuatkan semangat.. Moga Anis dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini... Al-Fatihah..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...