Tuesday 6 March 2012

Waiting patiently.....

I'm 37 weeks preggy atau dalam bahasa mudahnya 9 bulan seminggu dah! Masih menunggu detik2 istimewa itu dengan penuh sabar dan debar!! Walaupun kadang-kadang rasa tak sabar.. Hahaha.. Ala apa sangatla kan tunggu 2/3 minggu berbanding membawak perut ke hulu ke hilir dah 9 bulan lbh selama ni..

Sementara menunggu tu, Alhamdulillah persediaan menyambut Lil-Z dah selesai.. Tidak di lupa persediaan untuk kakak Zarra dia sekali la kan.. Mana blh lupa kat kakak Zarra busuk masam tu!

Ni benda paling last skali Mummy buat..Siap dah semua, tunggu 'tuan' dia lahir je.. Color agak play safe di situ sebab was-was lak dengan jantina Lil-Z! Hahaha...

Disebabkan ku akan berpantang di rumah sendiri je nanti, makanya perlu la disempurnakan bilik kedua dan ketiga untuk keselesaan semua..

Bilik kedua, dijadikan bilik Zarra & hubby teman dia, sebab Mummy akan tido dengan Lil-Z sepanjang dalam pantang nanti...

Bilik ketiga pulak, ala-ala bilik tetamu la untuk Mama, bibik atau siapa2 la yang akan datang melawat & menjagaku nanti..

Mummy & Lil-Z haruslah duduk master bedroom kan! Senang la sikit sebab ada toilet dalam bilik, orang dalam pantang kan tak boleh berjalan sgt! Gitu ayatnya... Hahaha....



Zarra dalam bilik dia.. So far nampak dia suka duduk dalam bilik ni.. Banyak mainan, ada small table & chairs utk dia main sekolah-sekolah, ada TV yang lengkap dengan CD Upin Ipin, Barney segala.. Cuma bila nak tido malam, ayat standard dia masih; 'Arra nak tido dengan Mummy, bilik Mummy ni bestlah!' Hampeh kan! Hahaha...

Alhamdulillah, semua dah ready, beg Lil-Z & mummy pun dah masuk dalam kereta, so anytime sakit boleh terus zassss ke hospital! Bilanya ntah??

1 comment:

  1. wahh tak lama aje lagi ek sis? semoga selamat semuanya! :)

    ReplyDelete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...