Tuesday 31 May 2011

Kung Fu Panda...

Rasa nak bawak Zarra tengok movie la..Yang paling sesuai haruslah 'Kung Fu Panda 2'! Takkan nak bawak dia tengok Nur Kasih The Movie lak kan! Hahahah...

Kat jalan utama rumah saya tu ada bilboard Kung Fu Panda. Asal lalu situ Zarra mesti cakap, 'Mummy nak big bear bear!' 


Tak pernah bawak Zarra tengok movie! Sebenarnya Mummy yang teringin nak tengok movie, Zarra lak jadi alasan..hahaha...Dah lama sungguh tak tengok movie. Kebetulan Sabtu ni saya off, tak kerja kat Bernama Radio24, hubby lak kerja 10am-10pm, takkan nak mensia2kan masa cuti begitu sahaja kan! Zarra jom!!!

Kita tengok jadi atau tak k! Nak ke dia dok diam2 sejam lebih dalam panggung tu? Kalau sogok popcorn jadi tak? We'll try, why not kan! So plan Sabtu --- Kung Fu Panda dengan Zarra!! Jangan mummy yang berkungfu jaga dia sudah!

Penang lagi...

Ke Penang lagi kita hujung minggu ni! Tak sabar!

Aik? Penang lagi? Kalau tak pergi, lama betul tak pergi! Bila dah pergi, 2 minggu berturut2 pulak! Apa agenda kali ni??

Agenda pertama : Ada wedding sepupu Hubby kat Kedah on 5th June.
Agenda kedua : Bermalam di Penang lepas kenduri!
Agenda ketiga : Hubby ajak jalan2 Penang, makan puas2 pakej sekali dengan mandi laut!

Walaupun baru je balik dari Penang, I'm still looking forward for this trip, sebab pergi dengan Hubby & duduk hotel tepi laut pulak! Hydro Hotel, aku datang!!!


Ni gambar yang di Google, nanti kita tengok real dia camne k!

Hotel Hydro ni kat Batu Feringhi. Mula2 macam tak dapat je stay kat hotel ni, sebabnya harga yang melambung tinggi dek bilik terhad & musim cuti sekolah. Tapi rezeki, ada pulak kawan yang berkawan dengan Manager Hydro..Apa lagi? Terus buat PR yang paling bagus punya, & dapatlah bilik Deluxe dengan staff rate! Hahahaha gelak besar & gembira!!

So blh la mandi laut kejap, buat lawatan sambil belajar ke Hard Rock Cafe jap, lepas tu gi jalan kat pasar malam Feringhi yang jual DVD cetak rompak sekeping 3 hengget je tu! Semua ni tak buat masa last week's visit dengan Mama tu..

Agak excited! Pernah ke Zaf tak excited kalau bab berjalan? :)




Ada Apa Dengan Salma?

1 Malaysia rasanya dah tau Salma juara Mentor 5! Saya ikut jugak la Mentor kali ini, sebabnya nak support my sister cum my ex-boss -- Erra Fazira! Walaupun tak support mana pun, sms vote Salma pun tak (hahaha..) tapi rasanya tengok kat TV pun dah bermaksud support! :) Support dari jauhla namanya tu..



Gaya sang juara!

Percubaan pertama Erra menjadi guru nampaknya berhasil. Walaupun ramai yang kurang yakin dengan kemampuan Erra menjadi Mentor (sebab kualiti vokalnya tidak sehebat penyanyi lain), tapi dia membuktikan pengalaman menjadikannya hebat! Datuk Siti Nurhaliza dulu pun pernah jadi Mentor, tapi protegenya kurang berjaya. Jadi, tak payah kutuk Erra sangat ye walaupun  vokal Salma dah mcm lawan tauke!! Hahaha... Especially bila dia nyanyi lagu Listen masa final tu, giler la! Rezeki kan! RM100,000 dalam tangan wo!!!

 Tahniah u olls...

BBM ku pada Erra selepas Salma menang dibalas ringkas! 'Alhamdulillahhh syukur! Thks for ur support' That's what she replied!

Kak Erra sangat humble! Kalau ada yang tak tau, saya pernah bekerja dengan Erra satu ketika dulu. Rasanya 6 tahun jugakla saya berkhidmat untuknya..Mula sebagai penari latar, kemudian di'up'kan menjadi Personal Assistan (P.A). Sambil jadi P.A saya terus juga menjadi penari latarnya. Dihitung2, rasanya 3 tahun jugak saya jadi P.A dia. Saya resign bukan sebab tak puas hati ke apa, cuma rasa dewasa sebab dah nak kahwin & nak cari kerja yang lebih 'terurus'! Hahaha rasa dewasa tu yang tak tahan tu! Nak tengok gambar nostalgia kami?? :) Sikit je la k!

 Ni masa saya bertunang (1 September 2007)

Ni masa ikut bos diving kat Pulau Tenggol, Terengganu

 Ni masa jadi back up dancer..

Ni masa jadi pengapitnya!

Ha ni agak baru, raya tahun lepas! Dah ada Zarra & Aleesya..Anak kami sebaya!

Ok dah2 la tu gambar, tak nak dicop tumpang glamer mentang2 dia menang! :) 

Kak Erra, congrats on your hard work, Salma, you deserve to win & all the best! Jangan give up belajar dengan sifu yang sangat baik, tak kedekut, caring, supportive & segala2 yang positif tu ye! Wah puji lebih nampak! Hahaha....






Friday 27 May 2011

Kerja sambil berjalan..

Kerja sambil berjalan, bukan lawatan sambil belajar ye! Sebabnya ada 1 penceramah ckp, ayat lawatan sambil belajar tu salah, sebabnya belajar tu jadi sambil2 je, yg utamanya nak melawat. So, saya pun tukar la jadi kerja sambil berjalan, maknanya, kerja utama, berjalan yang kedua..hahaha...

Last month, rasa macam nak sangat gi Penang! Rindu giler nak jalan2 Penang, makan sedap2 kat Penang..Last visit ke Penang was in 2 years back, when Zarra was 7 weeks in my womb. Dah lama sgt tak gi Penang!

Tup2 last 2 weeks dpt arahan bos, kena gi Penang, buat NAZIRAN..Apa tu naziran? Naziran tu ala2 spot check ke Pejabat Penerangan Daerah yang terpilih, setiap bahagian di ibu pejabat akan hantar seorang Pegawai untuk buat semakan mengikut bidang tugas masing2. So saya ni bekerja di Bahagian Penerbitan, kena la check sama ada bahan penerbitan dari ibu pejabat sampai atau tidak di daerah. Check juga sama ada bahan penerbitan di sana tu update atau tidak..gitulah secara kasarnya tugas2 naziran ni..

Yes! Dapat jugak gi Penang!! :) Disebabkan kena pergi sendiri (sama ada drive atau flight), hotel pun duduk sorang2, saya pun ajakla Mama & Zarra teman..Terbayang2 dah benda menarik kat Penang!

Of course la makan sampai lupa diet u olls..:)

Jadinya bertolak la kami 3 generasi ke Penang pada Isnin lepas (23 Mei). Sampai je Penang terus check in di Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru. Mula2 mcm tak jumpa, tapi malu bertanya sesat la jalan kan, so buat2 tak malu berhenti & tanya org. Simple, terus sampai Seri Malaysia..Rest jap, lepas Maghrib dengan yakinnya kitorang keluar nak gi makan char kuey teow! Tak sesat ye..Lokasinya di depan pintu masuk USM. Dulu2 zaman selalu gi Penang, selalu makan kat situ, Sani Char Kuey Teow namanya, tapi this time sangat hampa sebab --- gerai tu ada lg, cuma bukan Sani, jadi apa ntah, tapi kitorang makan gak sbb malas nk gi tempat lain dah. Nasib baiklah not bad char kuey teownya...

24 Mei, mula buat naziran di Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut. Lokasinya dekat je dengan jeti feri. Betul2 kat bandar. While mummy working, apa aktiviti Zarra? Ni dia....


Senang hati bye2 Mummy...

Habis kerja, lebih kurang kul 3pm kitorang keluar, hajatnya nak ke Bukit Bendera & makan2 kat Gurney Drive..Yakin je drive tanpa map mahupun GPS ye! Mama tak pernah gi Bukit Bendera, saya pernah pergi sekali tapi nak pergi lagi skali sbb nak naik train baru & bawak Zarra! Tambang 8 hengget!

 Zarra tido la pulak..

 Eh dah bangun! Macam tau2 je dah sampai atas!



 Nice view kan!

 Kat atas tu ada Bird Park, bayar RM5 for adult, Zarra masuk free..



Selesai kat Bukit Bendera, kitorang gi Gurney Drive pulak..sampai jugak walaupun pusing 3 kali kat tempat yang sama..hahahah..Kat situ apa lagi, makan sampai sengkak kata org Utara..:) Nasi goreng udang, sotong kangkong, laksa, & ABC..semua sedap! Lepas tu balik hotel, tido tak ingat punya!!

Ni je gambar yang sempat dicapture, makanan lain dah licin masuk perut!

25 Mei, saya ke Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya pulak..lokasinya lebih kurang 40 minit dari Hotel Seri Malaysia..Selesai kerja, balik hotel & saya buat last minute decision utk tukar hotel! Alasannya esok kena pergi ke Jawi (sebelum jambatan Pulau Pinang), so agak jauh utk rush balik amek Mama & Zarra for check out..Kemas2 dalam keadaan rushing, call reception inform utk check out & call pulak Summit Hotel utk buat reservation. Adventure sungguh!

Sebelum ke seberang, sempat lagi singgah beli jeruk. Wajibla kan gi Penang beli jeruk! Lepas tu buat2 salah jalan, gi kat Queensbay Mall & posing tepi laut tengah2 hari buta konsepnya! :)

Seksi bibir Mama! Zarra lak buat muka comel kena cium! Nampak jambatan kat belakang lagi tu!

Anak lagi besar dari mak!

Berjaya sampai Hotel Summit, Bukit Mertajam tanpa sesat. Paksa Zarra tido, tak nak gak lena. Last2 apa kitorang buat? Apa lagi.....'twim' la bak kata Zarra..Kali ni turut disertai Mummy dia yang tak pandai berenang & setakat berendam kat children pool! Hahahha...


Dia yang takut2kan Mummy dia!

26 Mei, gi naziran kat Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan, lbh kurang 30km dari Hotel Summit. Buat kerja cepat2 sebab nak rush check out! Tapi sebelum tu sempat gak posing, bukti gi kerja sambil berjalan..hahahah...


Kesimpulannya, pengalaman adventure 3 generasi di Penang sangat menarik! Takdela sesat sangat, sikit2 je! Hahahaha..Kerja siap, jalan pun dapat!

Thursday 19 May 2011

What a day!

Ish lama sungguh tak update post baru, bukan takde citer, kadang2 keadaan tak mengizinkan.. Bila dah ada mood nak menulis, gambar lak takde! Fine, sentap tengok blog dilanda kesunyian! Hahaha..Kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba! (eh ada ke org tunggu post baru aku ni?) Hahahaha.. Tak kisahlah u olls, janji I update! :)

This time nak citer pasal family day Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia. It was held on 8th May 2011 (same day lak dengan Mother's Day).. Sambutan Hari Ibu kecil2an dah disambut few days before, makan2 sefamily kat TGIF The Gardens.. Best sangat dapat berkumpul!

Family day ni pulak, blh dinamakan hari penuh cabaran dan dugaan! Dah la few times tertangguh, last2 8 Mei dipilih, lokasinya di Taman Pertanian Cahaya, Seri Alam kat Shah Alam..Tu pun saya nyaris2 tak dapat join sbb hubby kerja. Memang agak payah la kalau gi sorang2 bawak Zarra, susah nak handle wo budak kicik badan besar tu! Pujuk punya pujuk punya pujuk, last2 hubby setuju pergi, alasanku, "tak pergi tak dapat hadiah b! Boss ckp, dtg je dpt 3 hadiah!" Hamek!! Pujukanku menjadi nampaknya! Yesss!!


Seawal 8am dah sampai Shah Alam. 1st time jejak kaki kat situ walaupun pernah menjadi pemastautin Shah Alam satu ketika dulu!

Dugaan pertama : Kereta parking luar, pastu naik bas masuk dalam. Ingatkan bas dah drop, jalan sikit sampaila location family day tu! Nan hado, jauh ye, 1km gak rasanya berjalan..Nasib belum panas! So redha jela konsepnya!! Zarra sambil berjalan sambil tengok binatang!


Ni la lokasi Family day nye...


Barisan goody bag & hadiah yang bersedia untuk dikorbankan!

Acara standard Family Day -- sampai je register, dpt goody bag yg door giftnye berisi kain-utk-buat-baju-raya 4 meter sorang, beg comel color pink siap buku mewarna & pencil color utk si kecil Zarra & aneka junk food utk abah Zarra..:) Lepas register sarapan dulu nasi lemak,bihun bungkus & teh tarik. Dah kenyang barulah blh bergumbira kan! Tak panas lagi gumbira la, kita tunggu jap lagi apa jadi??? Jeng jeng jeng....

Lepas tu bermula acara yang menggembirakan hati anak2 serta orang-orang tua yang berjiwa muda & sporting!! Sukaneka la apa lagi? Saya join tak? 2 game je ye, sbb dah berpeluh kejar Zarra yang sibuk nak kejar monyet! Ayo anak Mummy!!! Game pertama, isteri baling belon berisi air pada suami..Baru masuk balingan ketiga berkecai belon tu dibuatnya! So gagal! Game kedua saya join treasure hunt khas utk staff bahagian, org lain tak blh masuk. So yg tu dapatlah no.3, hasil kerjasama sekumpulan!

Nama game ni "Pasanganku Cun Giler"..hahaha habis partner dikerjakan sebegini rupa..

  Ni pulak "Kakiku Sejiwa"..

 Ni lupa nama apa, tapi mak-mak sibuk tlg anak2 kumpul gula2..

Tu la belon yg saya baling 3 kali je pastu berderai! Hahaha...

Banyak lagi games sebenarnya, lebih kurang 11 games totalnya! Acara kemuncak biasala, penyampaian hadiah! Yess!! Time ni saya bz sikitla sbb konon2nya AJK hadiah..

Dugaan kedua : Tengah2 sibuk tu sempat jeling2 Zarra & hubby, memang mcm tak nampak, sudah! Mana lak diorang pergi ni? 20 minit kemudian, Zarra balik siap dah tukar baju & rambut kuyup!! Dia 'twim' rupanya! Dah nampak swimming pool haruslah tidak disia2kan peluang itu kan! Fine!!

Zarra sebelum kuyup dengan kawan2 Mummy!

Yes! Mummy happy dapat hadiah..tapi kongsi 6 orang la...

Lucky draw no.17, dapat periuk multi cooker! Hambik, tak masak macam2 tak taula! 
Uuuwwwaaa tak dapat comforter!! :(

Dugaan ketiga : Jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari! Matahari dah tegak atas kepala, perut dah lapar, Zarra pulak dah terlentok atas abah, penat 'twim' la tu! Makan pun tak, dah lena dulu..So Mummy amek nasi & lauk, suaplah kat abah yang memangku Zarra..Konsepnya bermanja di dalam hutan! Hahaha...

Dugaan keempat : Nak balik!! Sebab dah panas & penat sangat! Zarra pun dah tido..So, balik la sambil hubby dukung Zarra yang tengah tido, kami kena berjalan balik keluar dari lokasi family day tu utk mendapatkan bas! Subhanallah, jalan dahla jauh, panas terik lak tu, si Mummy mengkendong beg2 & hadiah, si abah pulak mendukung Zarra yang beratnya hampir 20kg! Pitammmmm!!! Half way, terpaksa kejut Zarra suruh jalan, kesian dia, gosok2 mata & jalan la slow2...:( 

Dugaan kelima: Dah sampai bus stop, ada lagi 2 ofismate yg keluar lebih awal..Tunggu punya tunggu, 4 bas dah lalu tak berenti pun sbb dah penuh! Zarra tengok je bas tu siap cakap 'bash'..Dia agak excited nak naik bas tapi bas tak stop! Kitorang tunggu lagi, dengan harapan ada bas kosong akan lalu..Sekali bukan bas yg datang, geng2 ofis pulak makin ramai sampai kat bus stop tu. Ingatkan keluar awal blh balik awal! Sekali lagi NAN HADO!

Dugaan keenam :  Keputusan yang agak perit-tapi-perlu dibuat! Kitorang sepakat jalan ramai2 untuk mendapatkan kereta. Nampak mcm dekat, tapi MasyaAllah, punyalah jauh, dengan panas terik, dengan bawak Zarra & barang2 lagi, rasanya dekat 3km gak la berjalan! Zarra jalan jugak, nak ckp penat tak pandai, tapi makin lama makin slow langkah dia..Kesian sangat, nak dukung lama2 memang Mummy & Abah surrender..Ending yang sangat sedih ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian! :(

Masuk je kereta, bukak aircond full-blast & terus singgah stesen minyak beli aiskrim, milo sejuk & segala2 yg sejuk..Hati panas betul! Sabar jela...

Kesimpulannya, siapa yang rasa teringin nak pergi Taman Pertanian Malaysia, sila fikir 1000 kali atau lebih dulu ye. Tidak digalakkan membawa anak di bawah usia 4 tahun atau lagi bagus tak payah pergi pun takpe! Hahahaha..tapi fikir postif jela utk tidak terus-terusan marah sampai rasa macam nak makan org, kalau takde acara camni, memang sampai bila pun takkan jejak kaki kat Taman Pertanian Malaysia tu! Good place, with new experience! Hahahaha...

Tuesday 10 May 2011

Kalau la ada..

Lamanya tak update blog! Nak update sbb ada citer baru, tapi takde gambar! Hahaha..Tunggu jap ek, nanti dah dapat gambar, ku karang story Family Day Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 8 Mei lalu & post cpt2..

So untuk waktu ni, nak citer pasal ibu dan menonton wayang..

Dulu2, masa bujang, masa dating2, masa belum ada Zarra, wajib tiap2 minggu atau sebulan 2 kali, paling cikai sebulan sekali mesti tengok movie..Tapi sejak2 ada Zarra, banyak dah movie terlepas. Camne ntah nak tengok wayang dengan si kecik tu? Ada la sekali sekala, tinggal jap Zarra kat Nenda or Tok Ayah dia, saya gi tengok movie. Tapi sangat boleh dikira dengan jari jumlahnya ye! 

Semalam, saya terbaca kat Harian Metro, tentang satu panggung wayang di Brazil yang disediakan untuk ibu dan anak kecil. Wah bestnya!! Mak-mak boleh gi tengok wayang bawak anak skali.. Cuba bawak anak kecik tengok movie kat Malaysia ni, haruslah menyumpah orang lain bila tiba-tiba budak tu meraung dalam panggung!


Panggung ni dinamakan CineMaterna. Lengkap dengan ruang khas untuk bayi sehingga 18 bulan bermain, lengkap dengan mainan dilonggokkan, siap ada tempat tukar lampin & tempat parking stroller lagi! Ia dibina untuk mengelakkan rasa 'tersisih' di kalangan ibu muda selepas melahirkan anak. Ada sorang ibu tu cakap, dia bawak anak dia gi tgk movie, bukan dpt tengok sangat pun sbb sibuk tengok anak sebenarnya, tapi sekurang-kurang dia dapat keluar dari rumah & berhibur! Bagus kan panggung camni!


Wah, dah macam berkelah! Sangat santai kan!



Lengkap segalanya! Macam sangat selesa...

Bila Malaysia nak buat camni? Selagi belum ada, selagi tulah ibu-ibu tidak berpeluang gi tengok wayang, last2 beli DVD cetak rompak tengok kat rumah! Tu pun kena tunggu anak tido, kalau tak movie ke mana, kita ke mana! Hahahaha...

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...