Tuesday 10 May 2011

Kalau la ada..

Lamanya tak update blog! Nak update sbb ada citer baru, tapi takde gambar! Hahaha..Tunggu jap ek, nanti dah dapat gambar, ku karang story Family Day Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 8 Mei lalu & post cpt2..

So untuk waktu ni, nak citer pasal ibu dan menonton wayang..

Dulu2, masa bujang, masa dating2, masa belum ada Zarra, wajib tiap2 minggu atau sebulan 2 kali, paling cikai sebulan sekali mesti tengok movie..Tapi sejak2 ada Zarra, banyak dah movie terlepas. Camne ntah nak tengok wayang dengan si kecik tu? Ada la sekali sekala, tinggal jap Zarra kat Nenda or Tok Ayah dia, saya gi tengok movie. Tapi sangat boleh dikira dengan jari jumlahnya ye! 

Semalam, saya terbaca kat Harian Metro, tentang satu panggung wayang di Brazil yang disediakan untuk ibu dan anak kecil. Wah bestnya!! Mak-mak boleh gi tengok wayang bawak anak skali.. Cuba bawak anak kecik tengok movie kat Malaysia ni, haruslah menyumpah orang lain bila tiba-tiba budak tu meraung dalam panggung!


Panggung ni dinamakan CineMaterna. Lengkap dengan ruang khas untuk bayi sehingga 18 bulan bermain, lengkap dengan mainan dilonggokkan, siap ada tempat tukar lampin & tempat parking stroller lagi! Ia dibina untuk mengelakkan rasa 'tersisih' di kalangan ibu muda selepas melahirkan anak. Ada sorang ibu tu cakap, dia bawak anak dia gi tgk movie, bukan dpt tengok sangat pun sbb sibuk tengok anak sebenarnya, tapi sekurang-kurang dia dapat keluar dari rumah & berhibur! Bagus kan panggung camni!


Wah, dah macam berkelah! Sangat santai kan!



Lengkap segalanya! Macam sangat selesa...

Bila Malaysia nak buat camni? Selagi belum ada, selagi tulah ibu-ibu tidak berpeluang gi tengok wayang, last2 beli DVD cetak rompak tengok kat rumah! Tu pun kena tunggu anak tido, kalau tak movie ke mana, kita ke mana! Hahahaha...

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...