Tuesday 31 May 2011

Ada Apa Dengan Salma?

1 Malaysia rasanya dah tau Salma juara Mentor 5! Saya ikut jugak la Mentor kali ini, sebabnya nak support my sister cum my ex-boss -- Erra Fazira! Walaupun tak support mana pun, sms vote Salma pun tak (hahaha..) tapi rasanya tengok kat TV pun dah bermaksud support! :) Support dari jauhla namanya tu..



Gaya sang juara!

Percubaan pertama Erra menjadi guru nampaknya berhasil. Walaupun ramai yang kurang yakin dengan kemampuan Erra menjadi Mentor (sebab kualiti vokalnya tidak sehebat penyanyi lain), tapi dia membuktikan pengalaman menjadikannya hebat! Datuk Siti Nurhaliza dulu pun pernah jadi Mentor, tapi protegenya kurang berjaya. Jadi, tak payah kutuk Erra sangat ye walaupun  vokal Salma dah mcm lawan tauke!! Hahaha... Especially bila dia nyanyi lagu Listen masa final tu, giler la! Rezeki kan! RM100,000 dalam tangan wo!!!

 Tahniah u olls...

BBM ku pada Erra selepas Salma menang dibalas ringkas! 'Alhamdulillahhh syukur! Thks for ur support' That's what she replied!

Kak Erra sangat humble! Kalau ada yang tak tau, saya pernah bekerja dengan Erra satu ketika dulu. Rasanya 6 tahun jugakla saya berkhidmat untuknya..Mula sebagai penari latar, kemudian di'up'kan menjadi Personal Assistan (P.A). Sambil jadi P.A saya terus juga menjadi penari latarnya. Dihitung2, rasanya 3 tahun jugak saya jadi P.A dia. Saya resign bukan sebab tak puas hati ke apa, cuma rasa dewasa sebab dah nak kahwin & nak cari kerja yang lebih 'terurus'! Hahaha rasa dewasa tu yang tak tahan tu! Nak tengok gambar nostalgia kami?? :) Sikit je la k!

 Ni masa saya bertunang (1 September 2007)

Ni masa ikut bos diving kat Pulau Tenggol, Terengganu

 Ni masa jadi back up dancer..

Ni masa jadi pengapitnya!

Ha ni agak baru, raya tahun lepas! Dah ada Zarra & Aleesya..Anak kami sebaya!

Ok dah2 la tu gambar, tak nak dicop tumpang glamer mentang2 dia menang! :) 

Kak Erra, congrats on your hard work, Salma, you deserve to win & all the best! Jangan give up belajar dengan sifu yang sangat baik, tak kedekut, caring, supportive & segala2 yang positif tu ye! Wah puji lebih nampak! Hahaha....






No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...